Sunday, January 16, 2011

3 malam tanpa bintang

Khamis, Jumaat, Sabtu yang lalu, saya berniat ingin menelaah di rumah. Namun demikian, dek kerana terlalu banyak cita-cita seperti ingin menjadi petani dan surirumah yang berjaya serta halangan kesihatan yang tidak berada di tahap optimum, niat hanya tinggal niat.

Tiga malam yang tidak layak diberi bintang itu saya anggap satu kegagalan dan perlu diqada. Oleh itu, saya merancang sepanjang minggu hadapan saya akan berpagi-pagian ke sekolah, lalu memanfaatkan masa dengan berkualiti. Hari ini hari pertama kerja dalam minggu ke tiga bulan Januari, saya berjaya datang awal. Awal satu dua jam dari kebiasaan, hak hak hak... tapi bukan pukul lapan sebagaimana yang diazamkan.

Kemajuan dalam menganjalkan waktu kepada yang lebih berkualiti sebenarnya telah dipalu oleh arahan pejabat bahawa saya akan dipanggil bila-bila masa untuk ditemuduga dalam minggu ini. Kemungkinan besar selepas temuduga, saya akan kembali melangsingkan waktu saya sesuka suki (demi menjaga kesihatan dan mengurangkan tekanan supaya penyakit tiga berangkai tidak menyerang saya pada usia muda, dan kalau diizinkan tidak menyerang langsung seperti ibu saya yang sihat sejahtera kerana mengamalkan prinsip hepi-go-laki).


No comments:

Post a Comment