Thursday, January 27, 2011

In laws

Hari ini saya mempunyai masa untuk bercerita mengenai keluarga Abe Mat.

Abe Mat ialah seorang anak bongsu kepada ibu bapa mertua saya. Sebelum kulitnya menjadi gelap, beliau seorang berkulit putih seperti khairul fahmi che mat.

Ibu mertua saya seorang yang kurus, malahan anak-anak beliau kurus-kurus semuanya... (boroi tidak termasuk kategori gemuk). Beliau suka minum teh o cicah biskut mayat. Bila saya ber'diet' selama 40 hari di sini (didesak supaya cukupkan 60 hari) saya dibenarkan minum air teh o cicah biskut mayat juga, "Yahoo!" sorak hati saya dengan ceria.

Bapa mertua saya bernama Daud, arwah lebih dikenali sebagai Ripin di sekitar Lubuk Gong. Saya sangat sayang bapa mertua saya kerana saya boleh peluk-peluk beliau. Arwah seorang yang sungguh cermat. Halaman rumah sentiasa bersih, dinding rumah selalu kena sental. Pendek kata ibu mertua saya goyang kaki sahaja bab-bab mengemas rumah. Hukhuk, Abe mat memang ada ciri-ciri arwah kalau saya tak sepahkan barang secara berlebih-lebihan.

Abang sulung kepada abe mat ialah cikgu Zaid yang masih mengekalkan kesulungan beliau pada usia 50an. Pasangan cikgu Zaid ialah Cikgu Zan.Mereka dikurniakan 10 orang anak dan seorang cucu, yang seorang lagi bakal 'say hi' hujung tahun ini. Kami memang hormatkan cikgi Zaid.

Abang nombor 2 abe mat namanya abe G...saya menggelarkan beliau reporter kerana hakhakhak, rahsia...beliau selalu dibuli oleh saya. Beliau seorang security di ibu kota. Pasangan beliau ialah Kak Yah, seorang ustazah di ibu kota juga. Saya tidak membuli Kak yah kerana kami berada dalam satu kelab, iaitu kelab biras-biras tuk ayah ripin.

Abe P dan Kak Emi juga menetap di KL, saya selalu kena buli oleh mereka. Walaupun nama saya ala-ala bollywood, abe P panggil saya Jenab. Ces! sungguh. Pada suatu hari, saya tertinggal berus gigi,lalu beliau bermurah hati memberikan saya berus gigi baru saiz kanak-kanak. Saya sungguh terharu... Abe P...Abe P... Mungkin kerana beliau ingin membalas dendam kerana saya merendam sekotak rokok dunhill beliau beberapa tahun yang lalu kerana saya amat geram melihat beliau merokok.

Nombor 4, Kak Zaleha dan suami beliau abe Pa. Kak Ha adalah satu-satunya anak perempuan ibu mentua saya dan seorang surirumah yang berjaya, abe Pa seorang askar dan mudah berkira, sporting macam saya kerana tarikh lahir kami hampir sama. Semasa saya berdiet selama di R.Panjang, Kak Ha menjaga makan pakai saya. Abe Pa baru menamatkan kursus wirering dan jika beliau melakukan kerja-kerja pasang wayar,pelanggan berasa cukup puas hati kerana beliau seorang yang teliti.

Abe Yi dan Kak Ani ialah in laws saya yang terakhir, Abe yie bertanggungjawab menjaga harta amanat arwah ayah pin iaitu menjaga kebun getah seluas 12 ekar. Beliau dan Kak Ani bekerja sendiri. Semasa saya berdiet, Kak Ani memandikan ucuk saya setiap hari dan menatang ucuk saya bagai minyak yang penuh. Beliau mengajar saya bagaimana menjadi seorang yang bagus dalam hal ehwal menjaga ucuk.

Sebagai kesimpulan, saya amat bersyukur dikurniakan ahli keluarga besar yang riang ria tiada masalah berat-berat seperti menaip laporan dan mendapat tekanan pihak atasan. Jika saya mendapat tekanan tinggi dari persekitaran luar, saya akan pulang ke Rantau Panjang... mengikut buku fizik T5, hukum bernaulli, jika tekanan tinggi, halaju rendah,sebaliknya tekanan rendah halaju menjadi tinggi... kenapa? tak percaya? Selepas berdiet dalam persekitaran bertekanan rendah, kemungkinan besar work progress saya selepas mengalami halaju tinggi.

2 comments: