Hari ini saya mempunyai masa untuk bercerita mengenai keluarga Abe Mat.
Abe Mat ialah seorang anak bongsu kepada ibu bapa mertua saya. Sebelum kulitnya menjadi gelap, beliau seorang berkulit putih seperti khairul fahmi che mat.
Ibu mertua saya seorang yang kurus, malahan anak-anak beliau kurus-kurus semuanya... (boroi tidak termasuk kategori gemuk). Beliau suka minum teh o cicah biskut mayat. Bila saya ber'diet' selama 40 hari di sini (didesak supaya cukupkan 60 hari) saya dibenarkan minum air teh o cicah biskut mayat juga, "Yahoo!" sorak hati saya dengan ceria.
Bapa mertua saya bernama Daud, arwah lebih dikenali sebagai Ripin di sekitar Lubuk Gong. Saya sangat sayang bapa mertua saya kerana saya boleh peluk-peluk beliau. Arwah seorang yang sungguh cermat. Halaman rumah sentiasa bersih, dinding rumah selalu kena sental. Pendek kata ibu mertua saya goyang kaki sahaja bab-bab mengemas rumah. Hukhuk, Abe mat memang ada ciri-ciri arwah kalau saya tak sepahkan barang secara berlebih-lebihan.
Abang sulung kepada abe mat ialah cikgu Zaid yang masih mengekalkan kesulungan beliau pada usia 50an. Pasangan cikgu Zaid ialah Cikgu Zan.Mereka dikurniakan 10 orang anak dan seorang cucu, yang seorang lagi bakal 'say hi' hujung tahun ini. Kami memang hormatkan cikgi Zaid.
Abang nombor 2 abe mat namanya abe G...saya menggelarkan beliau reporter kerana hakhakhak, rahsia...beliau selalu dibuli oleh saya. Beliau seorang security di ibu kota. Pasangan beliau ialah Kak Yah, seorang ustazah di ibu kota juga. Saya tidak membuli Kak yah kerana kami berada dalam satu kelab, iaitu kelab biras-biras tuk ayah ripin.
Abe P dan Kak Emi juga menetap di KL, saya selalu kena buli oleh mereka. Walaupun nama saya ala-ala bollywood, abe P panggil saya Jenab. Ces! sungguh. Pada suatu hari, saya tertinggal berus gigi,lalu beliau bermurah hati memberikan saya berus gigi baru saiz kanak-kanak. Saya sungguh terharu... Abe P...Abe P... Mungkin kerana beliau ingin membalas dendam kerana saya merendam sekotak rokok dunhill beliau beberapa tahun yang lalu kerana saya amat geram melihat beliau merokok.
Nombor 4, Kak Zaleha dan suami beliau abe Pa. Kak Ha adalah satu-satunya anak perempuan ibu mentua saya dan seorang surirumah yang berjaya, abe Pa seorang askar dan mudah berkira, sporting macam saya kerana tarikh lahir kami hampir sama. Semasa saya berdiet selama di R.Panjang, Kak Ha menjaga makan pakai saya. Abe Pa baru menamatkan kursus wirering dan jika beliau melakukan kerja-kerja pasang wayar,pelanggan berasa cukup puas hati kerana beliau seorang yang teliti.
Abe Yi dan Kak Ani ialah in laws saya yang terakhir, Abe yie bertanggungjawab menjaga harta amanat arwah ayah pin iaitu menjaga kebun getah seluas 12 ekar. Beliau dan Kak Ani bekerja sendiri. Semasa saya berdiet, Kak Ani memandikan ucuk saya setiap hari dan menatang ucuk saya bagai minyak yang penuh. Beliau mengajar saya bagaimana menjadi seorang yang bagus dalam hal ehwal menjaga ucuk.
Sebagai kesimpulan, saya amat bersyukur dikurniakan ahli keluarga besar yang riang ria tiada masalah berat-berat seperti menaip laporan dan mendapat tekanan pihak atasan. Jika saya mendapat tekanan tinggi dari persekitaran luar, saya akan pulang ke Rantau Panjang... mengikut buku fizik T5, hukum bernaulli, jika tekanan tinggi, halaju rendah,sebaliknya tekanan rendah halaju menjadi tinggi... kenapa? tak percaya? Selepas berdiet dalam persekitaran bertekanan rendah, kemungkinan besar work progress saya selepas mengalami halaju tinggi.
Thursday, January 27, 2011
Monday, January 17, 2011
Kawan yang dah jadi sami
Dulu. Cerita dulu-dulu.
Saya ada hubungan antarabangsa yang istimewa dengan seorang lelaki. Boleh diklasifikasikan sebagai cinta antara dua benua.
Selepas beberapa tahun berpisah secara sopan, beliau pun menjadi sami. Daripada seorang yang merokok dua kotak sehari, pemanah yang tangkas dan menyertai beberapa siri pertandingan negeri, dan seorang pendaki gunung yang hebat... beliau bertukar seperti gaban menjadi seorang sami. Tak sempat saya nak mengajaknya kepada agama saya, beliau sudah menjadi sami. Apa nak dikata. Jauh. Lagi pula negara atas gunung Islam tak sampai. Ke ada? Akan tetapi setahu saya tidak ada masjid di sana.
Beliau sebelum melibatkan diri dalam acara sami secara gila-gila, pernah menyatakan ingin menceraikan isterinya kerana apabila dia balik dari 'prostration', beliau mendapati isterinya curang dengan bersama lelaki lain. I caught her red handed, ujar beliau dalam tangisan berbulan madu. Tapi tiadalah saya bergelak ketawa atas kesedihannya secara terang-terangan. Lagi pula, faktor utama yang kawan sami saya tidak sedar ialah salah sendiri; melawan fitrah dan sunnah alam.
Sekarang, apabila beliau fokus dalam pengembaraan mencapai tahap tertinggi kasta, saya nampak beliau sudah okay. Beliau berpotensi untuk mengembara ke seluruh dunia dan sudah ada pengikut sendiri, berkemungkinan besar beliau akan sampai di wat Tumpat tempat patung buddha tidur. Oleh kerana perasaan cinta pertama saya tewas kepada pengorbanan ala-ala shah Jehan Abe mat,perasaan berbunga-bunga saya pun telah normal , serta faktor muka beliau pun dah berkedut + tak sehensem sepuluh tahun yang lalu, abe mat lagi hensem bila tua...maka saya berani mengajaknya berjumpa. Namun beliau ingat abe mat akan sedih. Oh tidak, saya tidaklah seperti bininya yang main kayu kayan... sudah tentu saya ajak abe mat sekali.
Petang ini beberapa jam yang lalu, kawan sami saya itu tanya sudah ada anak atau tidak... dan bila dia boleh melihatnya. Saya kata dengan izinNya, beliau boleh saja melihat anak saya InsyaAllah. Beliau pun memberi harapan kepada saya sebagai bekas kekasih gelapnya dan sebagai seorang guru sami yang warak; jika kita berjumpa saya akan memberi restu kepada anak itu (i will give my bless for your baby).... meronta-ronta hati saya ingin berkata ; BOLEH BLAH!

Sunday, January 16, 2011
3 malam tanpa bintang
Khamis, Jumaat, Sabtu yang lalu, saya berniat ingin menelaah di rumah. Namun demikian, dek kerana terlalu banyak cita-cita seperti ingin menjadi petani dan surirumah yang berjaya serta halangan kesihatan yang tidak berada di tahap optimum, niat hanya tinggal niat.
Tiga malam yang tidak layak diberi bintang itu saya anggap satu kegagalan dan perlu diqada. Oleh itu, saya merancang sepanjang minggu hadapan saya akan berpagi-pagian ke sekolah, lalu memanfaatkan masa dengan berkualiti. Hari ini hari pertama kerja dalam minggu ke tiga bulan Januari, saya berjaya datang awal. Awal satu dua jam dari kebiasaan, hak hak hak... tapi bukan pukul lapan sebagaimana yang diazamkan.
Kemajuan dalam menganjalkan waktu kepada yang lebih berkualiti sebenarnya telah dipalu oleh arahan pejabat bahawa saya akan dipanggil bila-bila masa untuk ditemuduga dalam minggu ini. Kemungkinan besar selepas temuduga, saya akan kembali melangsingkan waktu saya sesuka suki (demi menjaga kesihatan dan mengurangkan tekanan supaya penyakit tiga berangkai tidak menyerang saya pada usia muda, dan kalau diizinkan tidak menyerang langsung seperti ibu saya yang sihat sejahtera kerana mengamalkan prinsip hepi-go-laki).

Wednesday, January 12, 2011
Romantik
Pernah seorang kawan lelaki bertanya kepada saya apa definisi romantik ... adakah suami saya seorang yang romantik. Adakah romantik itu diukur dengan pemberian hadiah, 'surprise', atau diukur berapa kali kah dia berbisik saya-sayang-kamu kepada saya.
Apakah sebenarnya yang dikatakan romantik itu?

Monday, January 10, 2011
MSc by Research
Aku nak tinjau juga berapa orang yang ambik master dengan research ni yang tak menangis, walau dalam hati.
Sehinggakan kita terpaksa mencipta waktu-waktu untuk berlapang dada, dan setiap detik menaruh tawakal kepadaNya.
Jika sekiranya penyelidikan kita tiada kekangan waktu, wang, dan perlumbaan menerbitkan jurnal serta pengiktirafan...apa mungkin kita tidak akan menangis?
Terbaca nota seorang kawan, di mana beliau mencatat bahawa Elbert Einstein pernah berkata; 'it is not that i'm so smart, it is just that i stay with the problems longer..'
Jadi, Msc by research amat berbeza dengan Msc by coursework... sila faham.
Msc by research biasanya kita menjadi bijak dengan hanya melakukan troubleshooting dan try and error yang memakan masa sehingga berbulan-bulan.

Saturday, January 8, 2011
Pegaga
semalam 2 pekan sudah dijelajahi. namun kelibat pegaga spesis yang saya mahu tak ketemu.
Sehari berlalu, keesokannya saya ajak 'soulmate' ke pekan Jelawat, syukur kelibat pegaga itu wujud, walaupun akar tak ada. Bijak juga mereka selamatkan market masing-masing. Mungkin juga kerana sekarang musim banjir?
Jika tren potong akar ini berlarutan, projek saya menghadapi musibah yang agak besar kerana stok ekstrak akar semakin habis. Masih banyak strain bakteria yang perlu diuji. Saya berdoa agar mereke kembali menjual 'whole plant' selepas tamatnya musim tengkujuh.
Walaubagaimana pun saya terpaksa beli untuk dihantar ke herbarium, nasib baik ada seketul dua baki akar dicelah-celah batangnya itu.
Hairan juga , pegaga jepun, tapak kuda, pegaga kampung, cantik saja dipamer dengan akar di pekan-pekan yang telah dilawati. Ini memang sesuatu yang mencabar emosi bakal seorang penyelidik pegaga yang agak tidak sabar menghabiskan projek beliau.

Wednesday, January 5, 2011
Boss
Tahun baru ni aku nak berlagak hebat sikit. Nak lebihkan ke'bos'an dalam diri supaya lebih anggun dan tahu nak wang besar banyak mana.
Jadi ikut-ikutan dan pak angguk untuk mengelak konflik tidak bagus untuk peningkatan kendiri. sgt tidak bagus der

Saturday, January 1, 2011
Fenomena
Gelora Bung Karno.
Nama yang ditera pada stadium itu sendiri melambangkan jiwa dan roh. Melambangkan emosi dan semangat. Melambangkan daya juang.
Secara peribadi, saya suka dengan nama Gelora bung karno.
Tanggal 29 hb 12 , 2010, di dalamnya tercetus satu fenomena luar biasa , aura dari anak-anak muda dari tanah melayu yang memahami erti maruah, erti daya juang, dan erti jiwa. Faktor utama gelora kebangkitan ini pada pandangan saya ialah kerana cemuhan, hinaan, dan ejekan-ejekan melampau ekoran kegagalan di peringkat kumpulan.
Lalu anak-anak muda ini bangkit.
Jika ada omelan-omelan picisan yang masih memandang sinis keupayaan mereka, yang menyatakan 'pertarungan' era moden sudah di atur dengan wang dan tidak seasli zaman mokhtar dahari, saya kira omelan itu tidak berasas.
Hakikatnya mereka menang, dan kemenangan ini mencetuskan fenomena.
Fenomena sebegini amat bagus. Datang dengan hikmah. Rata-rata barisan pemain adalah anak muda remaja. Jika dahulu kita punya Rasyid Sidek dalam gelanggang badminton yang sentiasa berjuang dengan ikhlas, lalu keikhlasan itu terserap dalam jiwa anak-anak muda. Kesannya ramai belia sibuk bermain badminton pada waktu petang di kawasan kejiranan semata-mata terkena semangat juang Rasyid.
Hari ini anak-anak muda tidak mustahil mula memilih idola mereka untuk disibukkan pada waktu petang. Mungkin mereka memilih Khairul Idlan Talaha untuk dijadikan model dalam mempraktik teknik gelecek bola. Mungkin juga memilih safee sali sebagai idola, dan Muslim, dan Syafik, dan Shaari dan Khairul Fahmi dan ramai lagi.
Fenomena ini sihat. Jika sibuk dengan semangat yang sihat, secara tidak langsung mengurangkan fenomena tidak sihat seperti merempit dan sebagainya.
p/s: Nabi suka memanah, dan gusti :)

Subscribe to:
Posts (Atom)