Tuesday, November 30, 2010

Hatiku kau guris luka

Perangai comel gak saya ni/ Jenis makan dalam.

Sekali teringat ayat sadis tu rasa nak menitik air mata...tapi ditahan-tahan. Ego beb...Kalau nangis lebih-lebih kang xmacho.

Dalam sebulan dua ni emo menjadi-jadi, manja. Bila terkena penangan lidah orang yang tak tahan dengan emo akibat perubahan persekitaran dalaman ni, bukan setakat terguris, lebih dari itu 'tertusuk' dalam.

Aku kalau dah makan hati sendiri, susah nak pulih de. Kalau dah sekali orang kata perangai macam #### , ingat sampai bila-bila. Dalam dua tiga hari ni, bila jumpa kawan tu, aku senyap. Aku tak taulah seteruk mana perangai aku masa aku bagi order suruh off lagu rock jinbara yang bingit telinga tu...at the same time masa tu aku kena gastrik, lenguh lumpuh lagi, sakit kepala lagi...kalau tak datang penyakit-penyakit ni buleh je sabar dengan lagu setan tu.

Nak kritik perangai aku pun...guna la perkataan yang harmoni sikit..kalau aku sempurna , bumi ni bukan tempat tinggal aku tau...may be aku dok junjung arasyh ke, dok tawaf atas langit ke...

Sebab aku dah makan hati, lagi la aku buat perangai comel...maka dengan itu dia akan 'mengecopsahkan' la bahawa apa yang disemburnya itu betul. Ada aku kesah?


Monday, November 29, 2010

My memory


My memory with PG first residents

This is rare sub spp of homo sapien



Our shadows ... Taken on 2008, where the friendship has begun.


The footprints created by those feet leaving behind the sweetest memory and freedom.



How to describe the uncertainty with certain words. As the uncertainty itself never clear the doubts.

Now we move on with future is nowhere to be seen, leaving behind our good old days. For the memories are the most important booster to keep us together within this hectic days.

Wednesday, November 24, 2010

Komen menteri pasal chong wei kalah yang meng'angin'kan darah i

Kegagalan Chong Wei perlu dipandang serius

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek akan mengadakan perbincangan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengenai program pembangunan dan latihan skuad badminton negara berikutan kekalahan Datuk Lee Chong Wei pada Sukan Asia di Guangzhou, China, semalam.

Katanya, kegagalan Chong Wei perlu diambil serius dan BAM perlu mencontohi pemimpin-pemimpin persatuan sukan lain yang datang menyaksikan perlawanan membabitkan pasukan negara dan memberi sokongan serta motivasi kepada atlet kebangsaan.

“Kita tidak mahu ranking sukan badminton kita jatuh pada kedudukan yang rendah,” katanya.

Barisan kepimpinan BAM perlu mencontohi Persekutuan Hoki Malaysia apabila pemimpin sukan hoki negara iaitu Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hadir menyaksikan serta memberi semangat dan motivasi kepada pasukan hoki Malaysia di Sukan Asia.

Kehadiran mereka memberi impak yang besar kepada skuad kebangsaan sehingga pasukan kebangsaan memperoleh mata seri dengan Korea Selatan dan menewaskan pasukan China, seterusnya mara ke pusingan separuh akhir dalam acara hoki.

Ahmad Shabery mengulas kekalahan Chong Wei, pemain nombor satu dunia dan juara All-England kepada pemain tuan rumah Lin Dan pada perlawanan akhir acara badminton semalam sekali gus gagal mengakhiri kemarau 40 tahun pingat emas dalam acara perseorangan.

Beliau akan mendapatkan maklumat mengenai berapa ramai pemimpin, pengurus dan ahli jawatankuasa persatuan-persatuan sukan lain yang hadir di Sukan Asia dan apakah perkara yang dilakukan oleh mereka dalam memastikan skuad kebangsaan berjaya dalam acara sukan yang disertai di sana.

Ahmad Shabery yakin atlet Malaysia dapat menyumbang beberapa pingat emas lagi dalam acara-acara sukan yang lain sama seperti yang ditunjukkan atlet kebangsaan pada temasya Sukan Komanwel di New Delhi, India, bulan lepas. - Bernama


KENAPA I JADI ANGIN? SEBAB KENAPA HANYA CHONG WEI DI HIGHLIGHTKAN...AKU YAKIN CHONG WEI DAH CUKUP TERTEKAN DENGAN HARAPAN ORANG DALAM MASA BEBERAPA TAHUN NI... DALAM BERPULUH2 ORANG PEMAIN BADMINTON, WHY HAS TO BE THE ONLY HIM...YANG LAIN TU MAKAN KEJADAH APA? fOR HOW MANY YEARS HE MUST CARRY ON ALL THE RESPONSIBILITIES. hAFIZ TU JADI MODEL MAJALAH LAGI BAIK..BUAT MENYEMAK...

WE NEED TO REFORM OUR OLD AGE ; MISBUN, RASHID, RAHMAN, FOO KOK KEONG...THEY WORKED TOGETHER AS A TEAM LORRR NOT MISBUN ALONE...

Monday, November 22, 2010

Jual Viagra

Apa punya canggih fitnah zaman sekarang. Ada ke guna EMel I nak jual Viagra. Jadi orang yang dapat emel tu kompem2 la nampak muka i yang jual. Bingung...

mACAMAna nak buat ni.

Sunday, November 14, 2010

PSAE

Kalu Mc conkey yg kompeni buat , hidup...kalau Mcconkey hasil dari air tangan aku tak mau idup PSAE ni...kang nanti SV tanya apa aku nak jawab...takkan nak bagi alasan; jodoh maut di tangan Tuhan doktor...dia tak mau hidup.

Petang ni aku bagi can lagi sekali, tapi tak mau bagi macconkey dah...nak bagi Muller hinton puloks./

Wednesday, November 10, 2010

Life as it is.

sekarang kerja makmal saya seperti kek lapis serawak.

Minggu ini saya fokus kepada Minimal Inhibitory Concentration (MIC) dan Minimum Bactericidal Concentration (MBC) Staph aureus dengan 8 x 15 sample ekstrak, secara tidak langsung mengabaikan terus kromatografi lapisan nipis yang sama pentingnya.

Dalam masa yang sama, MIC dan MBC perlu dijalankan kepada Pseuso dan Salmonella.

Cakap senang, tapi proses nak filter ekstrak dan makan masa sehari suntuk, ditambah dengan penyediaan media agar... malam tadi dalam proses pindah ke BSC, tumpah 4 ekstrak, terpaksa guna stok yang disediakan untuk ulangan kali ke 3. macamana?

nak buat stok baru, crude dah nak habis. nak pakai untuk 4 strain bacteria lagi. Otak cari 'solution' pantas sambil hati menangis x ada lagu. mencongak M1V1=M2V2 dengan baki sample yang tinggal hujung-hujung kuku.

HATI MENANGIS SIAPA TAHU.

Monday, November 8, 2010

Masa depan

Sekarang ni tak payah nak pikir masa depan yang panjang, fikir masa depan yang esok pun aku dah gabra.

Tak sempat nak pikir pasal diri sendiri. Dalam mimpi pun aku otomatik sambung kerja,... mana nak pikir nak gi spa, nak beli suplement licin kulit, buang toksik, nak belai baby aku, baby kucing, nak belai abe mat lagi...

pasal skolar yang buleh sambung ke tak buleh sambung ke...itu pun aku xsempat nak risau. Tawakkal sajalah aku...

huh...

dasat.

Sunday, November 7, 2010

artikel inspirasi

“Suami boleh masak?”

“Anak berapa orang?”

“Bila nak tambah yang seterusnya?”

“Ada pembantu rumah?”

“Kalau nak ambil pembantu rumah, ada masalah?”

Itu adalah di antara soalan yang dituju oleh panel penemuduga kepada isteri saya semasa temuduga di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Hampir tidak ada soalan serius berkaitan klinikal. Kebanyakannya lebih menyentuh aspek sosial serta visi dan misi yang ada di fikiran calon program Clinical Masters di bidang Emergency Medicine yang seorang ini.

Ia kenangan lebih empat tahun lalu.

MAHU PILIH BIDANG APA?

Family Medicine atau Emergency Medicine?” kami saling bertimbang tara.

Pengalaman bekerja selama kira-kira tiga tahun, belum cukup untuk menjelaskan fikiran, bidang apakah yang bakal isteri saya membuat pengkhususan. Biar pun saya tidak mempunyai sebarang kena mengena dengan bidang perubatan, perkongsian hidup kami sebagai suami isteri dengan kerja-kerja di hospital saban hari isteri saya ceritakan sebagai rutin harian kami, saya secara tidak langsung memainkan peranan sebagai pembantu peribadinya.

Semasa di Republic of Ireland, kontrak kerja untuk setiap posting para SHO (senior house officer) hanya enam bulan.

Ini bermakna setiap enam bulan para doktor ini perlu memohon kerja!

Terdesak untuk mendapat kerja, hampir apa sahaja tawaran yang diiklankan, pasti akan dipohon.

“Sanggupkah kita berpindah ke Cork?” isteri saya bertanya.

“Tak mengapa. Di mana-mana sahaja. Asalkan kita bersama” saya membalas.

Setiap Khamis, saya akan membeli surat khabar Irish Independent kerana memantau iklan tawaran kerja. Haematology, Medical, Cardiology, Endocrinology, apa sahaja yang diiklankan, saya akan menggunting keratan akhbar, menandakannya selepas menyelesaikan tugasan memasak, mengemas rumah, memandikan anak dan melunaskan assignment pengajian Open University UK.

Bersama-sama isteri yang keletihan pulang bekerja, kami akan mengemaskinikan resume beliau dan menggunakan ‘kuasa bahasa’ saya ‘menggoreng’ surat permohonan kerja.

Mengapa mahu bekerja di Jabatan Haematology Hospital Universiti di Galway?

Mengapa mahu bekerja di Jabatan Perubatan Kecemasan Hospital Tallaght di Dublin?

Mengapa mahu bekerja di Jabatan Perubatan Hospital Naas di County Kildare?

Kami menempuh kehidupan berpindah randah dari satu bandar ke satu bandar apabila menerima tawaran kerja yang dipohon. Biar pun penuh jerih dan payah, kehidupan semasa itu sungguh sederhana, bahagia lagi mendamaikan.

“Hah, kenapa menangis?” pernah sekali saya menyergah isteri.

“Sakit hati dengan doktor dari Pakistan itu. Sentiasa membuli!” cerita isteri saya.

“Lawan, jangan biarkan. Habiskan semuanya di hospital. Jangan dendam dibawa balik ke rumah” saya menghasut.

Dari semasa ke semasa, saya memberikan telinga untuk mendengar segala keletihan dan tekanan kerja, salah diagnosis hingga seperti hampir putus nyawa kerana khuatir, juga dibuli doktor-doktor lelaki yang chauvanist.

Mempertimbangkan semua pengalaman itu, saya yakin isteri saya paling gembira semasa beliau bertugas di Wad Kecemasan. Di Hospital Tallaght, di selatan Dublin, ibu kota Republic of Ireland.

Memang meletihkan.

Begitu juga persepsi rendah doktor di jabatan lain yang menganggap Wad Kecemasan sebagai tempat buangan.

Tetapi di situlah isteri saya belajar bertindak spontan terhadap kes-kes yang tidak boleh dijangka, mempelajari pelbagai kemahiran membabitkan O&G, psikiatri, paedatrik, medikal, surgikal, radiologi malah undang-undang (medico-legal).

Segalanya berbaloi.

“Programnya panjang dan berat. Peringkat yang menentukan siapa kita untuk seluruh usia kerjaya akan datang. Janganlah pilih mengikut keperluan semata-mata tetapi pilih yang paling diminati. Yang ada passion! Jangan khuatirkan abang dan anak-anak. Kami menyokong sepenuhnya, Insya Allah” itu ulasan penutup saya sebelum beliau membuat keputusan akhir.

Isteri saya memilih untuk menjadi pakar di dalam Perubatan Kecemasan.

Bidang ini memberi peluang yang paling luas untuk seorang doktor mempelajari hampir kesemua aspek pengkhususan yang wujud di dalam perkhidmatan kesihatan. Bidang yang masih agak baru di Malaysia namun mempunyai prospek yang tinggi di masa hadapan, adalah bidang yang paling menepati jiwanya, seorang wanita Muslimah yang sukakan cabaran, namun cepat bosan dengan rutin kes yang terlalu spesifik dalam skop yang terbatas.

Perubatan Kecemasan merangkumi sejumlah besar bidang General Medicine dan surgikal dan sub-surgikal. Seorang doktor di bidang perubatan kecemasan bertanggungjawab memeriksa dan merawat pesakit dalam jumlah yang besar, memerlukan pengetahuan yang luas dan kemahiran prosedural yang pelbagai termasuk prosedur bedah, resusitasi trauma, advanced cardiac life support dan advanced airway management. Seorang doktor di dalam bidang Perubatan Kecemasan juga harus mempunyai banyak kemahiran pakar untuk resusitasi pesakit (Critical Care Medicine), anesthesia, plastic surgery, orthopedic surgery, cardiology, obstetrics and gynecology, ENT, cardiothoracic surgery dan radiology.

Clinical Masters in Emergency Medicine adalah pilihannya.

Bismillah, dengan nama Allah langkah pertama dimulakan.

EMPAT TAHUN YANG PENUH MEHNAH

Semenjak di tahun pertama program pengajian, kehidupan kami menempuh pelbagai ujian.

Kursusnya pelbagai, selain tutorial mingguan dan laporan kes, isteri saya juga pergi ke sana sini mendapatkan pelbagai kemahiran yang hakikatnya terlalu lasak untuk seorang perempuan. Belajar berenang untuk proses menyelamat di dalam air, menyertai latihan bersama akademi polis untuk mengenal tabiat peluru, bomba, tentera, pasukan paramedik, malah pasukan Formula 1, Karate dan 1001 lagi… sungguh mencabar!

Namun, gelanggang ujian yang besar buat kami adalah kelangsungan mahligai rumahtangga dan keluarga.

Saya yang ketika itu bergaji amat kecil, bekerja keras untuk menampung kehidupan. Isteri juga berusaha untuk bekerja sambil belajar, kehidupan kami yang serba sederhana menempuh pelbagai ujian.

Tidak sedikit salah faham yang terjadi.

Tidak kurang pertengkaran yang berlaku.

Semuanya banyak berpunca daripada tekanan hidup hingga perkara kecil menjadi besar.

Dalam suasana hidup yang masih kurang pilihan, saya menerima apa sahaja peluang tugasan dan kesannya membawa kepada banyaknya out station hingga ke luar negara. Keadaan itu meninggalkan isteri saya menanggung keletihan yang banyak, dengan tambahan kelahiran cahaya mata kami yang ketiga, Muhammad Imaduddin, ketika isteri saya bertarung dengan peperiksaan Tahun 1 yang amat mencabar. Tiada cuti bersalin. Hanya cuti tahunan sebanyak dua minggu dengan tambahan beberapa hari ihsan rakan-rakan di Jabatan Kecemasan, beliau kembali bertugas semasa masih di dalam ‘tempoh berpantang’.

Selepas siri kerja saya di Republic of Ireland (2 kali), Australia, Jepun, Indonesia, Dubai dan Doha, saya nekad menjadikan tahun 2009 sebagai tahun domestik. Saya menyimpan pasport dan selama setahun, saya menolak semua jemputan ke luar negara kerana mahu memberikan sokongan yang diperlukan oleh isteri.

Tanpa ke luar negara, sekurang-kurangnya sebarang permasalahan kami tempuh bersama.

Salah faham dan perbalahan tetap berlaku. Namun, kuasa besar yang menjadi pelampung keselamatan hidup kami adalah kekuatan komunikasi.

Komunikasi dengan Allah berupa doa.

Komunikasi antara kami melalui perbincangan.

Setiap konflik yang timbul, kami memaksa diri untuk duduk berbincang.

Air mata, amarah, ketawa, suka dan duka, bersulam mengkuang menjadi tikar kami menempuh hidup yang serba mencabar. Dalam warna warni hidup itulah, terbitnya pelbagai artikel di blog www.saifulislam.com dan membawa kepada berhasilnya buku Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai ke Syurga serta Murabbi Cinta yang merakam suka duka kehidupan kami.

Tiada apa yang hendak dibanggakan.

Semuanya lebih berupa sebuah kesyukuran dan kelegaan.

Bermula dengan sebuah kehidupan yang serba sederhana, berempat, berlima dan di Tahun 3 pengajian, kami menyambut ahli keenam di dalam keluarga dengan kelahiran Ahmad Muizzuddin. Proses mengandung dengan kehamilan songsang (breech pregnancy) serta komplikasi Placenta Previa peringkat 2, keputusan berat terpaksa dibuat untuk menangguhkan satu semester pengajian setelah sebulan isteri saya terlantar di wad.

Alhamdulillah Ahmad Muizzuddin lahir, biar pun dengan cabaran yang besar, 6 bulan penangguhan yang tidak dirancang itu memberikan banyak kelegaan buat kami sekeluarga.

PUNCAK PERJALANAN

Hari ini, detiknya telah tiba.

Setelah 4 tahun setengah perjalanan, hari ini isteri saya menduduki peperiksaan akhirnya.

Saya doakan agar kesemua modul peperiksaan ditempuh olehnya dengan tenang, baik malah cemerlang.

Sebagai suami, pembantu peribadi, dan peminatmu, sekalung doa kupanjatkan ke hadrat Allah agar minggu ini dirimu, juga teman-teman yang bersama menempuh peperiksaan itu, dilimpahkan oleh Allah dengan rahmah, barakah, taufiq dan ‘inayah, agar di hujung minggu ini, kita sama-sama mengakhiri perjalanan ini dengan sebuah PERMULAAN.

Sebagai doktor pakar di bidang Perubatan Kecemasan.

An Emergency Physician.

Selamat maju jaya, sayang!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Saturday, November 6, 2010

Santai hujung minggu

Di Rantau Panjang.

Petang Jumaat.
Parkir saja kereta depan tangga, saya meluru ke rumah seberang jalan. Beli lokcing. nyum-nyum. Tunggu penghuni rumah yang ke KK ziarah orang sakit sambil makan-makan lokcing dalam cuaca redup. nyum-nyum.

Malam tu pulak.
Sedang-sedang syok-syok baca majalah upin dan ipin, mok mentua saya memaksa saya ke rumah juru mandi mayat merangkap bidan. Takdok aroh la mak mentua...yang lebih kurang macam mok saya...lebihnya mok mentua saya ni, saya tak berani nak tunjuk perangai. Kl mok saya, dah lama saya bantah.

Nak juga tau berapa hari lagi saya nak jadi mok budak. Beria-ia nak menaja majlis solat hajat dan melenggang yang saya sendiri tak dapat nak bayang 'apekebenda' nya itu.

Apa lagi, bercentum la muka saya malam itu akibat mood nak membaca majalah upin ipin terhenti. Tapi sekejap saja lah... kira centuman 'rate' orang-orang otai.

Pagi esoknya.

sambung baca majalah apo? (Kira cuci minda habis-habisan) sampai tengahari sambil baca e-metro. tengahari makan nasik dengan gulai rumah orang kahwin. Abang ipar saya a.k.a abe pa tak ikut.

Petang.
saya tunda balik rumah, sebab berdengki abe pa yang tekun buat kertas kerja di komputer. ish ish... komited. Balik buat wiring terus ngadap assignment. Dengan anak 4, dan seorang bini beliau mampu belajar lagi.

Dari pagi saya belayar di internet tanpa hala tuju, namun selepas menyaksikan adegan abe pa yang hanya berpelikat paras lutut, mengadap komputer dan berpikir-pikir pasal kerja dengan menghirup asap tembakau dunhill, saya mula dihantui hasad dengki. Saya lantas membuka jurnal-jurnal. Malangnya hari hampir ke penghujung dan peratus gerak kerja saya di hujung minggu amatlah mengecewakan, berbanding dengan abe pa. Patut la dia tak mau makan nasik dan gulai di rumah orang kahwin...

Lepas maghrib ni saya nak singgah di sekolah sebelum balik rumah.

Tuesday, November 2, 2010

api! api!

kira-kira 2 hari kebelakangan ini, kampung saya tiada api. Mandi air telaga sampai lencun lantai. Pergi sekolah main sarung saja baju-baju dan tudung kategori tak payah gosok.

Nasib baik musim hujan, anak-anak saudara kurang meragam. Bayangkan musim panas...dengan nyamuk dan hawanya, budak-budak umur setahun dua mana reti nak sabar.

Hari pertama aku masih bergembira dengan fenomena ini... dengan harapan orang - orang tenaga yang casnya berada di petala tinggi , cergas masuk kampung baiki mana2 kabel yang rosak. Tapi meleset sungguh, musnah harapan. Sekampung bergelap, macam zaman datuk nenek dulu. Tambah-tambah musim hujan makan ubi kayu rebus dengan kopi HPA di hadapan cahaya lilin. Waduh-waduh... romantik sekali kalau hanya berdua-duaan. Namun disebalik suasana itu, bayangkan lah telefon pun tak boleh caj, baju tak bergosok, periuk elektrik dah tak berfungsi, kerja yang ada dalam laptop tak langsai ...

Semalam sampai rumah dah lewat, bila tengok rumah bergelap, merudum emosiku, tambah pula dengan kerja banyak perut lapar maghrib tak solat lagi. Aku dihembus angin lintang. telefon 1-5454 24 JAM TNB CARELINE (konon2 care sangat la)... robot tu kata; ANDA BERADA DI GILIRIN 24. beringgit-ringgit duit habis semata-mata bergayut dengan mesin operator tak dapat-dapat. Pagi ni telefon lagi...begitu la juga.

masuk hari ini... 2 hari kampung saya terputus bekalan api...bahasa comelnya bekalan elektrik.