Wednesday, July 22, 2020

DIHC next roll



Part last sebelum jumpa Mr.right saya sekarang.

The real crush was here and it was really real.

Awal awal ok lah, seperti dirancang. Seminggu sekali, dua minggu sekali email dalam dua tiga baris. Kawan tu pula balas. Awal awal steady lama lama dah ada 'my dear' dalam baris ayat yang dibalasnya. Sebenarnya, kalau kita faham perangai gentleman di luar negara sana my dear tu biasa ja tapi kita ni lah yang terkena kejutan budaya. Terbuai buai dibuatnya. Dari situ kot terjatuh berlepuk kita kat Malaysia.

Seminggu dua minggu berutus surat bila berturutan dah jadi bulan, dari bulan dah jadi tahun. Tahun tu pulak bertahun tahun. Bhutan tu walau tak pernah sampai tapi sampai satu tahap dah boleh bayang budaya hidup, perayaan dan kegemaran orang orang kat sana.

Bhutan tu jauh dan negara yang bernama Bhutan masa tu jarang sangat orang nak kenal. Gigih google. Dari layan tak layan dah lain macam.

Sampai satu tahap kitorang discuss pasal agama, aktiviti harian, rutin hobi semua...

Kat sana masjid tak ada. Semua pengamal budha at that time .. sekarang tak pasti. Kalau nak pi mungkin kena bawak stok megi banyak2 dan cari la telur ayam ke ikan.

Bila kita bincang bincang soal way of life, dia ambik alcohol dan merokok juga. Suka memanah dan masuk tournament juga. Years passed, dia kata dah stop alcohol and smoking. I was happy.

Dah bertahun, perasaan dah ada ..dari sikit jadi banyak tapi relationship ni tak mungkin terjadi kalau bukan dengan izinNya.

So and so awal awal lagi dah janji sapa sapa yang kawin dulu, be honest and bagitau.

Well pada tahun bersejarah saya dan Mr. Right itu... it happened that saya yang being honest dan bagitau my crush dulu .

(Crush ke bila dua dua dah develop perasaan antara satu sama lain).

Sakit tuh di sini nak melepaskan dan hal hal perasaan ni bukan boleh setel dalam sehari dua atau sebulan dua. Padan muka kita.

Satu saya percaya, setiap berlaku pasti ada hikmahnya. Everything happens by reasons.


Dia dah berubah ke arah yang lebih baik walau tak honest dengan saya macam yang dalam kontrak... at least dah jadi sami. Sami terus. Tak kawin mamat tu. I am sorry sebab tak dapat betul2 guide ke arah jalan yang betul2 benar. You think that the road you taken was the right one ... it seems beautiful and harmony, yes but it is not. The door of heaven is on the other pathway.

Last dia kerja di
Rabsel tours and Trek
Thimpu
Bhutan

Sekarang is no where to be seen. Sami yang betul2 sami meditation dari mana ke negara mana wallahu a'lam.

Habis sini lah ceritanya. Ada banyak kenangan dan cerita ...

Saya tutup kisah ini dan buka buku bersama my MR Right next part.










Wednesday, May 13, 2020

Sambungan di sini DIHC part berikutnya

Ceritanya ringkas. Nak kena ada bf sebab dah termenipu dalam borang.

Ini bukan masalah, tapi lebih kepada tak senang duduk. Ya lah sebelum ni isi mana mana borang jujur je gitu tiba tiba yang ni buat..lagipun organisasi beb, bukan main pondok pondok masa kecik.

logiknya pada zaman bodoh tu,  kalau aku ada bf jadi dalam borang tu dah jadi tak menipu. Why not cari lah seorang. Wahh macam senang.

Macamana nak ada boyfriend yang mana pada masa yang sama tak mau. Masa tu kalau dengar orang couple ada perasaan geli haha apatah lagi kalau bayangkan diri sendiri.

Pada suatu hari yang lapang, sekali lagi masuk icq. Mirc jarang masuk, ni malaysia punya irc.

selalu log in icq. icq international boleh dapat kawan2 luar negeri, boleh speaking. Cakap inggeris berterabur pun tak ada masalah sebab orang lain pun sama juga segi teraburnya.

Biasanya bila nak kenal lebih mesti akan taip 'asl'. Asl ni bukan asal tau, it stands for age, sex, location. Dalam dua tiga member chat ada sorang ni yang saya selesa borak.

Then an idea came to my mind.



saya tanya, dah ada steady girlfriend? Dia cakap tak ada. 


Kalau macam tu jadi boyfriend saya lah ... sampai kita jumpa yang betul2 then kita declare each other. Kena honest lah.

Ok. Deal. 

Wahlaaa senang betul cari boyfriend. Haha.

chit chatnya panjang dalam tu saya bagitau la alasannya. Alasannya mudah kalau ada orang tanya saya dah ada bf ke belum senang aku nak menjawab ada.

Dengan dia ni selamat, orangnya jauh nun di Bhutan kerja tourist guide naik gunung minggu minggu kalau ada job. Mana nak sampai Malaysia cari saya. Sekadar dalam sistem suria yang bernama icq tu je lah. ye sekadar dalam tu je la pada mulanya huhuhu.


Monday, May 11, 2020

DIHC 3

Boyfriend by contract

Tak pasti dengan tepat time zone crush landing on you tu. Awal tahun akhir sekolah tak silap. 2003? hotmail pun dah autolupus...history surat semua dalam tu. tapi for sure Masa tu MIrc dan icq bak kata budak2 zaman now tengah trending.


Well, dalam sistem suria yang lain itu, itulah... irc icq tu. saya ada kawan kawan juga. Selalu lepas kelas lepak dalam sejam dua. Waktu senggang. Tak adalah sampai gian. Tak ada special sangat pun cuma seronok la kan berkawan dengan orang tak kenal. Tak kenal dan tak nampak. Rasa selamat dan terasa kita jaga kita haha.

Pada suatu hari, sedang saya syok melepak bergolek ke sana ke sini di ruang tamu rumah sewa kawan datang bawak borang. Borangnya macam suaipadan punya borang.

Saya kan aktivis yang tak berapa aktif..jadi seolahnya kalau tak berpunya lagi seeloknya isi borang. Kurang2 in shaa Allah akan dipasangkan dengan yang sekufu dan baik2.

Saya dah alamak! Berdebar pun ada. Tahap debaran tu macam la kalau isi borang tu esok orang masuk minang. Tapi seriusnya saya masa tu tak ada perasaan langsung nak berpadan padanan. Dalam debaran lain macam tu saya kena isi juga borang tu sebab nak kena hantar segera kepada pucuk pimpinan.

Kawan tu dah la jauh naik motor daki bukit vista angkasa nak kena tunggu kita pikir isi borang simple pun payah. Tak tunggu lama bahagian sudah ada calon ke tak ada lagi tu saya tanda part yang sudah ada calon

Hah kau dah menipu!

Habis la kalau sapa2 yang ada simpan perasaan kat ai dulu keciwa tengok status ai kat borang. huhu. fake! fake!

Ya ampun rasa bersalah gila menipu sebab selama ni saya seorang pembaris. Dari perasaan bersalah gila itulah hakuu pun kononnya nak betulkan keadaan supaya jadi tak menipu: I had to find a boyfriend!

to be continue....

Tuesday, April 28, 2020

DIHC part 2

   Entering university, i was an activist... with little experience in making friends (boys) . i was in my own bubble space. There re few girl friends from former school in that space.

    Jadinya as what so called orang aktif persatuan, ruang lingkup kawan pun dah luas. Dealing with charismatic young leaders, buatkan saya rasa rendah diri juga. And after two years involved there was someone yang i got rather close and comfortable to chat with. He was always making a midnight phone call, discussing projek2 kelab so on so forth. Day light kan ada kelas, sukan kannn...fokus kelas lah siang siang.

First i did not realize anything unusual until my two roomates tetiba tegur  " kau ni kannn, almost tiap2 malam dalam seminggu dia call bergayut lama2. ke ada menda ni udang balik mee kot ni."

bergayut diorang bagi kat atas muka kauuu! ko rasa apa perasaan. Kalau diorang tak switch on my otak pembaris i had nothing to do with that young leader except hal tugas.  So, it was time i started thinking differently.

And guess what... after few months he kind of seeking my attention. That was might be nak kepastian samada i already had someone and was it ok for him to make a move.

Well, as the case was not clear i left it with unclear answer either. Easy.

clear for me was "be my girl friend." not lapik lapik even i understood that lapik lapik but i kinda straightforward person.

so there was nothing much happened, we continue to be the 'ok'  buddy in the organization. cheered each other.

   

 



     

Monday, April 27, 2020

Do i have crush part 1


tadika = tak ada
sekolah rendah = adalah admire saja, not crushed
sekolah menengah = the one who fall first was him.
kolej- -
universiti - terjerumus sikit
final year - a contract bf.
2004- married with a total stranger. bukan semua di atas.

 It was not easy to get crushed with someone even a fall sebab girl high school. 2 tahun di kolej pun kolej semua perempuan.

half of my years during my secondary school i stayed in a hostel.

Masa tingkatan 3, ada junior rapat ke katil. Chit chat pasal sabun susu kambing la apa then she added "kak, abang saya nak kenal"

blurred. "Mana dia kenal saya?"

Rupanya adik satu dorm tu simpan gambar kita.

goshhh.

And the episode of contacting each other began. He made a call first


Si abang adalah pemain bola sepak liga perdana masa tu. Apa khabar tuan sekarang, harap tuan sihat hendaknya. Si junior saya tu which is adik kesayangan abangnya tu bagi share kad stadium abang to convince yang abang dia ni betul2 football player. main ke reserve ke saya tak pasti lah sebab tak pernah tanya.

that was my first sweet experience in my teenage years after all. thank you.









Saturday, April 18, 2020

  Assalamualaikum
Hai

Salam 2020

Dah bersawang blog, tak tahu apa nak tulis. Alasan.

Padahal dalam facebook hari hari tak tau berapa kali sehari menulis.


Semalam tak lena tidur,  berfikir fikir facebook saya sudah tidak ada privasi untuk melontarkan isi hati, buah fikiran dan sepatah dua kata.

Ya tak salah kan? tapi bila tersalah anda kena bersedia untuk dikecam.

kaku juga untuk mula menulis di sini tapi eh, tiba tiba laju pula ideanya.

well, saya sudah 40 tahun sekarang tapi masih tetap cantik di mata saya sendiri. haha.

nanti kita sambung lagi.





Thursday, November 23, 2017

Setiap orang ada hak untuk bersinar


 Ibu bapa mana yang tidak mahu anak berjaya cemerlang dengan kapasiti A paling maksimum dalam slip. Kan? Tapi, sekiranya ada anak yang di asah macamana sekalipun, tak jadi apa. Diri punya badan dah memang tak nampak whiteboard blackboard. Otak dah cannnot go. ABC pun nampak macam ada cendol jagung ais krim dah.

 ADA SATU CERITA BENAR

 Saya ada seorang anak saudara yang perlu saya hargai.

 Saya tak mahu 'highlight'kan anak anak saudara yang lain yang cemerlang dalam belajar. Ini sudah lumrah. Grad mesti sinonim dengan bijak dan haruslah ada ucapan tahniah. Begitu juga jika ada keputusan baik dalam peperiksaan mestilah dapat ucapan tahniah. Kan.

 Anak saudara yang ini lain. Lepas pt3, dia berani menyatakan tidak mahu belajar. Tidak nampak jalan katanya. Wah! Mau tidak terperanjat. Umur 15 tahun, tidak mahu belajar dah. Tapi, dia ada wawasan. Saya gelarkan dia Kakak.

 Dalam umur 16 tahun kakak ambil sijil jahitan. Setahun belajar kakak sudah pandai menjahit baju kurung tradisional mini dan moden, kemeja dan seluar serta blouse. Sekarang pun dalam usia muda kakak sudah menerima tempahan. Sebelum umur 20 kakak sudah mahir dalam menjahit. Bayangkan kemasan jahitan kerja tangannya pada usia yang muda.

Bayangkan pula jaringan kenalan untuk servisnya. Dalam masa orang keliling menjeling kakak kerana keputusannya yang pendek akal kata masyarakat, kakak mengorak langkah tidak berpaling.

  Saya bawa kakak ke BOP minggu lepas, kakak sudah bertanya berapa sewa lot marketplace place. Yessss. Dan dalam kereta semasa kami pulang saya berkata kepadanya "kakak, tahun depan kakak register SPM. Kakak belajar waktu paling kakak selesa. Daftar dengan subjek paling minima. Kita buat sama2."

 Ada sinar di matanya. Bagi saya, kakak bukan tidak cemerlang. Tapi, kakak ada zon masanya yang tersendiri untuk menjadikan dirinya sebutir permata.

 Saya yakin dan percaya, ramai anak muda di luar sana yang hilang dalam diri. Mereka perlu sokongan dan pimpinan ibu bapa. Bagi pihak parents, jangan terlalu menekan, mendesak dan memandang rendah anak anak yang 'dilihat' tidak cemerlang. Anak itu permata. Permata sifatnya berkilau. Cari kilauan itu.