Selepas bergraduasi pada 2004, Ogos...saya mula bekerja untuk beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pengajian. Semasa dalam tempoh bekerja, saya merindui zaman persekolahan entah sebab apa.
Saya terkenangkan kawan-kawan yang telah membawa haluan hidup masing-masing selepas mendapat skrol di dewan utama universiti. Saya teringatkan senda gurau, susah senang, dan saat-saat makan sepinggan serta tidur sebantal. Saya rindukan kawan-kawan sehingga terasa ada sendu di hati, ada air di mata. Kawan-kawan saya yang dahulu, pada waktu ini ada yang masih di bangku universiti, ada yang berjaya mengurus kerjaya sendiri, ramai yang menjawat jawatan di sektor kerajaan dan swasta. Juga, mungkin sedang merealisasikan cita-cita menjadi surirumah yang berpendidikan tinggi.
Wah... selepas masuk semula ke gedung ilmu sekitar 2007 (sebagai ra) dan 2010 (sebagai pelajar), saya diketemukan dengan kawan-kawan sepengajian yang baru, juga berpeluang mendapat semula pengalaman semasa muda dahulu. Namun, pengalaman ini juga bakal dirindui semula tidak lama lagi.
Persoalannya, mengapakah di alam kerjaya kemanisan nilai persahabatannya tidak semanis di gedung ilmiah ini?
Bagi saya, persahabatan bukan lah material, ia hadir seiring dengan keikhlasan dan ketulusan hati.
I value my friendship with my every single breath. Friends of my past and still keeping me in touch, so do friends of today.
Happy birthday Siti Nur Zahida, Nur Azila Zulkifly, Nur Baiti, Mohd Azuan Mustafa. I give my purest friendship for you to keep. Please forget me not.
No comments:
Post a Comment