Wednesday, June 29, 2011

Melawat Abdullah Azzam






a) Abdullah Azzam dengan Abi


b) Dari kiri ; Abdullah Azzam dan Sheikh Mutawalley bersama ayah-ayah mereka.


Semalam kami melawat Abdullah Azzam, gembira melihat Abdullah Azzam semakin pulih walau sinar matanya masih pudar.

Siapakah Abdullah Azzam dalam sejarah Islam? Selain siapakah Sheikh Mutawalley dalam siri kebangkitan Islam?


Abdullah azzam adalah mentor kepada Osama Laden, insan terhormat dalam medan jihad era moden. Abdullah Azzam gugur sebagai syuhada, dan terkenal di kalangan ummat Palestin. Inilah Abdullah Azzam.


c) Sheikh Abdullah Azzam RM

Saya tidak mahu cerita panjang tentang Sheikh Mutawalli

Saya mendoakan kedua anak-anak kepada ayah mereka di atas ini menjadi aset penting untuk memasak tampok kegemilangan Islam era baru, sebagaimana yang dinamakan kepada mereka. Amiiinnn ya Rabbal alamiin... Ya Allah Ya Tuhan kami, panjangkanlah umur mereka untuk syahid demiMu.












Sunday, June 26, 2011

Abdullah Azzam B. Muhd Zaidi

Muhammad Azzam ialah anak kepada anak saudara abe mat. Azzam sangat comel dan berumur 8 bulan.

Semalam Azzam tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad 6 Selatan HUSM, sehari sebelum itu Azzam telah menunjukkan tanda-tanda yang tidak menarik seperti tidak aktif. Hari ini, saya mendapat berita, kejadian tidak sedar diri terjadi lagi.

Berita mengenai Azzam banyak mempengaruhi jadual saya.

Saya berdoa agar Azzam cepat pulih.

Saya berdoa agar abi dan ummi azzam tabah mengharungi dugaan, mereka masih lagi menuntut di Universiti San'a Yaman dan masih muda. Allah menyayangi mereka.

Wednesday, June 22, 2011

HZ BABY VILLAGE CONTEST






Assalamualaikum WBT tuan kedai, "))


hUHUHuUU... ini PAPA AZKIYA punya pasal. Tak pasal-pasal kena masuk peradu-aduan dalam Hzbaby ni. Apa tuan hamba papa azkiya cabar daku gamoknya.

Hamba tidaklah tercabar mana dengan ugutan tuan hamba papa azkiya, tapi bila buka blog tuan kedai, napok macam tulisan eja e.a.r.t.h s.a.v.e.r, semangat pahlawan hamba menyala-nyala kerana hamba memang into dengan alam sekitar. Maka hamba PUN memberi sokongan moral kepada insan yang kasih kepada alam dan manusia. Begitu adanya. Hadiah? itu memang faktor utama hamba masuk PERADUAN, tak jadi manusia awam la kalau tak materialistik (gamoknya la)

Alang-alang masuk, hamba nak masuk kategori A yang TEGARRRRRRRRRRRR.Nah buktinya!



Bukti a: CD spongebob toing toing



Bukti B: CD Kartun harimau kiut yang sedang main kejar-kejar la, badminton la, dan sebagainya seperti mana tertera di CD itu.

Bukti C: Tidak terdapat di sini, sebab xsanggup nak melondeh seluar watak utama karangan ini banyak-banyak kali. Tapi ada yang rupe kulit harimau bintang, harimau belang, kulit lembu, kalau nak mood romeo sikit hamba pakaikan CD polka dot dot biru.


OK LAH tokey, kawan tokey iaitu hero dalam cerita pendek hamba ni pakai lampin pakai buang dalam 2 bulan sajalah bermula dari hari beliau diperanakkan, sebagaimana tarikhnya dalam IC beliau. Selepas itu mak dia mula tayang CD warna warni depan mata beliau, ternganga-nganga beliau kegembiraan.

Bermula dari tarikh itu, beliau terus berCD. Makan CD, minum CD, tidur CD, dan main pun pakai CD. Mandi tak pakai apa-apa. Mak beliau basuh CD dengan sabun basuh pinggan GLO. Ngeh ngeh ngeh... petua dari sapa entah. Tapi insert dan CD jadi wangi ooo pakai glo...kan yang tak ada bamboo tu bau hancingnya kuat ye dak? basuh ngan glo fuhh wangi gilers. Orang jutawan sikit belilah HDA pureen.

Nak basuh poo pun senang jugak. Nak kering pun senang jugak. Mak beliau kerja kalah operator kilang yang ambik banyak OT, tapi sempat je rotate CD 7 helai. Insan marhain seperti mak beliau cukup la dengan 7, kalau jutawan beli lah semua corak kiut2, yang ada kat sini, tak apa. Tokey tak marah pun kalau barang dia habis.

Nak suggest member pun kena la yang pejuang alam sekitar jugak yer dak...hamba rasa mentor blog hamba cikgu pipiyapong layak la dicadangkan untuk ini sebab jiwa beliau jiwa rocks(batu-batuan) yang sinonim dengan alam. Anak sedara cikgu pipiyapong pun ramai, cikgu mungkin berminat beli untuk besday. Hah, mun mokcik anis, molek la beli ko firas, wat gi brunei, tanam pokok banyak2 buat hapa, diapers bukan buleh buat baja pun. Tak lut tanah 100 tahun tu...nanti ayam makan tercekik, mati. Cacing makan tercekik, mati. Air tak surut, banjir. Habis pokok bungan mun. Meh beli CD. PAPA AZKIYA, APA LAGI? AJAK ORANG JOIN PERADUAN, TAPI DEMO TAK BELI, MANA ADA KLASS.




Sukan Orang Kurang Upaya (SUKOKU) Peringkat Negeri, saringan hari 1


Gambar 1: Ini saya (bukan wajah sebenar)

Gambar 2: Anak-anak istimewa

Gambar 3: Bersama guru masing-masing


Gambar 4: Antara sukarelawan



Inilah antara aktiviti kegemaran saya... setakat ini saja yang saya mampu. Bersama mereka terasa hati cepat penuh. Teringat kata-kata Dr.Ziad ketika bertemu beliau beberapa tahun dahulu: "Wohoo...Dok sini lagi? saya ingat awak dah terbang ke mana-mana ikut MERCY." Saya cuma mampu tepuk dahi.

Thursday, June 9, 2011

Sheikh Abu Bakr di USM

Lupakan seketika cita-cita saya mahu menjadi wartawan kampung melor.

Saya nak kisahkan sikit hari-hari saya yang masih tidak bertanda di sini. Hehe. Semalam hari malas saya. Mengapa saya malas ketika saya berazam untuk rajin? Kisahnya bermula pada seketul tayar kereta. Plan di waktu pagi saya terganggu kerana timing lari, setibanya saya di usm, semangat saya merudum sebanyak 40%. Ruduman itu melarat sehingga lepas waktu makan tengahari namun begitu, graf sedikit naik dengan ter'otoklef'nya media. Naik sedikit saja ya. Selepas itu saya balik rumah.

Berkenaan Sheikh abu Bakr.

Jeng jeng jeng.

Selepas saya buat kerja sesi pagi (hari ini saya rajin...kahkahkah riak nak rak), ada satu pengumuman untuk ke bilik seminar. Sheikh Abu BAkr der... tengok muka saja sayu rasa hati.

Ini lah cerita saya yang sebenar untuk entri ini.

Sheikh seorang yang buta, dibutakan matanya oleh yahudi, dengan laser dan renjatan elektrik, 8 kali masuk penjara. Beliau tidak dapat melihat sejak 1981.

Sheikh ke Malaysia untuk rawatan mata. Semoga disembuhkan Allah.

Antara yang terkesan dalam hati saya ialah beliau membawa pesanan wanita-wanita palestin, mereka bertanya kepada kita yang menetap di negara aman ini dengan pertanyaan yang lebih kurang begini;

Kami telah mengorbankan suami, anak-anak, dan harta kami...apakah yang telah kamu korbankan untuk al-Aqsa.

Begitulah...

Perlu diingat Al-Aqsa bukan tanggungjawab orang-orang Palestin sahaja, tetapi tanggungjawab semua umat berdasarkan beberapa hal berikut:

a) Masjid Aqsa adalah binaan ke 2 selepas kaabah
b) Masjid ke 3 paling suci selepas masjid Haram dan masjid Nabi
c) Tempat nabi melakukan isra miraj
d) Al-Aqsa sunat diziarah ( tetapi bukan buat masa sekarang)
e) Al Quds bumi suci tempat lahirnya ramai nabi dan ulamak, dan terdapat makam sahabat
f) Sydn Omar pernah menawan Aqsa tanpa peperangan
g) Solahuddin al-Ayyubi juga pernah menawan al-Aqsa

Banyak lagi info yang saya dapat, tetapi itulah yang terkesan di hati.

p/s: Terkenangkan Areefa yang terbang ke kampung halamannya, Ghaza pada minggu lepas, semoga Areefa dan keluarga berada di bawah lindungan Allah dan kembali meneruskan pengajian musim depan.





Tuesday, June 7, 2011

Metro... Metro...sungguh tabloid

Selepas Tuhan meminjamkan saya seorang Sheikh di rumah, saya sudah tidak mampu membaca surat khabar yang satu ini. Cerita-cerita sadis, tajuk-tajuk ngeri, gambar-gambar yang teruji perasaan. Menakutkan jika melihat dunia dari kaca mata Metro.

Perlukah dipaparkan jasad berdarah, jasad yang berkecai, jasad yang terkambus bumi...perlukah? Tambahan pula jasad itu milik suatu roh yang masih tidak punya dosa.

Nasib baik sistem elektronik sekarang boleh main tekan. Pejam sebelah mata, tekan ruangan arena. Itu pun sebab tertidur malam tadi, tertinggal berita sukan. Kalau tak memang saya tak tekan-tekan der... tambahan pula ada laporan dari awam yang akhbar ini pernah melabel penyokong TRW, syaitan merah. Saya memang hangin satu badan.

Thursday, June 2, 2011

Visi dan Misi (fuyyooo)

Mengikut perkembangan tren menulis terkini saya ada suatu visi untuk dijayakan dalam blog saya ini.

hehehe...

Oh, sebelum itu saya nak bercerita pasal melawat anak kembar mat zek/

Pada satu masa dahulu saya seorang perempuan yang ketiadaan deria perasaan ibu-ibu, bahasa genetiknya alel deria itu tersupressed. Oleh itu tiap kali kawan-kawan saya yang masih perawan ini shout out loud pasal baby dan kegilaan mereka pada baby, saya menjadi kagum yang melampau...tiap kali baby lalu mereka akan membeliakkan biji mata genre blink blink. contoh dialog: ooo comelnyeeeeeeeeeeee; macam kucennnnnnnnnnnnn la..cute nyeeeeeeeeeeeeee.. ; lambatnya kaknot nak datang rindu rasyadlaaaaaaaaaaaaaaaaa (nama tiada kaitan antara yang hidup dengan yang mati) dan berbagai contoh lagi. Padahal mereka pakwe pun tak ada walaupun semua lawa-lawa dan sopan-sopan, macamana perasaan ibu-ibu ini dijelmakan secara semula jadi?

Sayangnya, saya tidak begitu...kalau dengan kucing itu kes lain la bro.

Selepas ada budak kecik sorang di rumah, sedarlah saya... wohooo, saya pun ada perasaan ibu-ibu jugak. Perasaannya sama dengan perasaan menjaga kucing juga cuma lebih banyak lagi. Jadi bila melawat anak kembar mat zek, tiba-tiba saya menjadi terkinja-kinja tengok baby. Apa kejadahnya lah aku minindakkan tindakan reflek sampai tak ingat dunia, misteri alam kan? Comannyaaaaaaaaaaa budak kecik... anugerah terindah hidup ini.

Okay berbalik kepada Visi dan Misi... saya rasa visi saya seterusnya ialah menjadi wartawan untuk kampung saya dengan mengambil gambar dan aktiviti terkini penduduk kampung, demi menghargai warga jiran tetangga. Misi pertama saya ialah mengambil foto bengkel Lok, seorang mekanik cina yang hensem dan ada anak yang comel. Misi yang lebih mencabar lagi, saya nak ambik gambar Lok sekali dengan bini beliau. Hehehe... semoga saya berani. Saya sudah merangka jawapan jika Lok bertanya begini: Kenapa anda tiba-tiba saja berminat dengan saya serta kerjaya saya?

Wednesday, June 1, 2011

Bersantai-santai

Oh, sebenarnya tarikh akhir menghantar bab 3 tesis saya pada 31 hb 5 2011. Semalam. Selepas hantar melalui e-mel, saya pun balik. Demam terbawa-bawa ke hari ini. Tapi nasi habis juga taram dalam satu pinggan untuk alas pagi, lauk ayam goreng dengan tiga ketul hempedal (hempedal??) beliau. Telan sajalah, perut saya memang muat pun isi sarapan kalau setakat 3 ketul pedal dengan nasi pinggan penuh, walaupun bau aroma tidak dapat saya hayati. Orang demam memang begini, selera makan (walaupun tak dapat bau aroma) memang tinggi.

Hari ini saya terpaksa meneruskan kerja-kerja saya di makmal, tetapi saya sepertinya mahu bersantai-santai dahulu separuh hari sempena meraikan kejayaan saya menghantar bab 3. Jadi, saya ambil masa santaian saya ini dengan memenuhi buku skrap saya :() !

Sebenarnya sistem imun saya sukar digugat oleh mana-mana strain patogen, kecuali semasa saya menduduki peperiksaan besar-besar (tidak termasuk di U, sebab di U saya malas dan tidak begitu berusaha baca buku pun sambil bergulung-gulung dalam toto dan tengok winter sonata). Jadi saya rasa, menghantar bab 3 adalah satu perkara serius dalam hidup sehingga sistem imun saya sedikit rabak.

Di sini saya berhipotesis bahawa, jika satu tesis mengandungi 5 bab, sistem badan saya akan mengalami gangguan teknikal sebanyak 5 kali.

Err, orang demam macam saya begitu bersemangat ke sekolah hari ini, di mana rakan-rakan saya yang tidak demam... semua orang tak nampak bayang lagi...dah masuk waktu rehat sesi pertama (merujuk kepada sistem rehat sekolah rendah) ini sudah lebihhhhhhhhhhhhh.