Wednesday, April 7, 2010

Memilih broadband

Arakian sudah letak jawatan sebagai kelawar jadian, maka hamba terpaksa lah menuntut ilmu broadband. Supaya hamba ini buleh bekerja di tepi katil saiz queen dalam gua batu kapur bercat putih di kampung yang terletak dalam taman puteri saadong. Kelam kelibut masuk keluar pintu tmpoint, interview jiran-jiran kampung yang juga penternak berjaya di farmville...

Salah seorang penduduk kampung yang telah berhijrah ke kalalupo berfb dengan hamba dan berkata; i tak taulah celcom di kampung kita tu, kalau rumah i , i buleh buat kandang dengan jayanya, kalau rumah yah dia kata kandang dia tak leh siap. Yah oyat ko i." Kata beliau yang menyandang jawatan pegawai khidmat pendidikan di sekolah area Gombak.

Owh, tidak buleh jadi. Hamba pun membatalkan niat suci hamba untuk melanggan celcom. Bukan celcom tak molek. Molek pekertinya celcom ini, cumanya hamba dimaklum atas batu jemala hamba celcom 3G tidak ditanam di kawasan gua hamba.

Lalu hamba melanggan tm streamyx untuk memeriahkan lagi majlis di pondok hamba. Hamba dok tunggu lagi ni tukang tmnet mari cucuk menatang tu rumah hamba.

Di harap cepat sikit encik tm, hamba kena anta manuskrip 28 hb april ni, nak kena antar proposal mintak geran hari senin ni. Semuanya memerlukan sokongan encik encik sekelian.


1 comment:

  1. wah....dengar kata pakej streamyx dapat notebuk

    ReplyDelete