lalu aku kemas kemas susun botol kasik comel.. spray alkohol atas meja. buang sampah..pi mai pi mai ke hulu ke hilir refill barang tak cukup dan sebagainya.Lagu dari ibnor reza berkumandang dari radio jenama tak tersohor.
Weng kin tengah sibuk berborak dengan seorang gadis India yang cute, (aku tak tau kenapa aku suka orang india)... dan BSC sarat dengan sampel ah Kin. Dalam masa mengemas aku terfikir nak testing plate expired, mana tahu boleh guna lagi... Kin seakan tahu idea-perkara-manambahkeserabutan-palotak dalam minda aku ni lalu memberi kenyataan, bahawa kerjanya akan selesai tak lama lagi dan setelah itu, aku dapatlah guna BSC tersebut.
Aku pun berkata OK.
Disebalik kejadian yang tersurat di dalam lab itu ada kisah yang terselirat...; sebenarnya aku sedang buat kerja-kerja kerani di bilik bawah bumbung tingkat atas, di mana tingkat atas tersebut ialah tempat yang sedang aku pijak ketika berada di lab.
Oleh kerana Kin sedang bekerja , aku pun turun bawah nak sambung kerja yang lain... terbeliak biji mata bila melihat jam di komputer..6.30 minit! apa lama benar aku kemas bench.
penutup;
How time flies.
khalas; 6.40, Jumaat
No comments:
Post a Comment