Bukan saja dia yang menderita,
berjuta lagi dalam dunia
Bukan hanya dia
tetapi seantero manusia
Mengapa perlu dititih untuk yang seorang sahaja
Antara aku dan kita, ada hati pelbagai warna
Taulan
Bukan aku seorang yang kaya, malah aku juga kedana
Penuh hutang keliling pinggang
Selalu juga menghitung mengenang
Akan amanat di batu jemala
Rebah terduduk mengadap si DIA
Jika aku kaya bukan hanya Alia
InsyaAllah bukan hanya Alia
Dia datang lewat dinding internetku
Tika pintu hati dipenuhi rahmat
Tika diri sedar dan sering mengingat
Duit aku sebenarnya BUKAN duit aku
Itu kata TUHAN.
dari aku Zaharaini
terlalu tinggi untuk difahami...
ReplyDelete