Semalam, hantar anak ke kelab hampir satu jam lewat. 30 minit sahaja latihan bersama rakan. Saya minta dengan coach untuk guna dewan selepas kelas. Tambah lagi satu jam lebih hanya untuk mereka berdua.
Tak sangka, rezeki mereka dilatih secara peribadi selama jam berbaki. Sambil melatih anak-anak berdua, master bercakap-cakap dengan saya.
'Kita boleh cuba masuk tournament pertama bulan 10 ni." September untuk mereka grading lagi sekali dan Oktober untuk percubaan perlawanan pertama mereka dalam WTF.
Saya pandang Imam dan Abe. Jurulatih mereka sambung lagi. 'Boleh mula jogging anggaran 7-8 kilometer setiap hari.' Selepas itu banyak lagi prosedur yang master terangkan, ujian beep, stamina dan sebagainya. Paling seronok bila bercerita pengalaman beliau grading tali pinggang hitam, Dan 1, Dan 2...sehingga Dan 6.
Anak berdua, jogging 7 -8 km sehari boleh sangat, dengan syarat maknya ada sekali. Hmmm, masak.
No comments:
Post a Comment