Friday, August 19, 2022

IYS

 IYS.

DUNIA real satu masa dulu. Kami berhubung dengan rakan global melalui IYS.


IYS merujuk kepada International' Youth Society. Sistem IYS ni, kita kena pilih rawak tiga rakan dari pelbagai negara dengan mengisi borang. Dulu (tingkatan tiga) saya pilih Perancis dan dua buah negara lain. 


Saya dapat rakan dari Perancis. Virginia perslier. Kami berutus surat selama beberapa tahun sehingga lah terputus hubungan. Surat tak berbalas lagi. Saya agak mungkin kerana sambung belajar atau pindah.


Surat pertama ringkas saja, surat -surat seterusnya disertakan foto. Kami menulis berkenaan negara masing-masing dan aktiviti harian. Bayangkan bagaimana perasaan menanti surat dari rakan pena, jauh di seberang laut.


Di peringkat sekolah tinggi, saya ada beberapa orang rakan Jepun. Pernah beraya di rumah. Hiro, Mitsue, Miyamoto. Kami  juga terputus hubungan setelah tamat belajar. Jepun sistem media sosialnya tidak sama. Bila masing-masing berkeluarga ada Hiro bagitahu saya lewat emelnya, untuk ke Malaysia bersama isteri. Katanya mahu memperkenalkan isterinya kepada saya. Takdir, kami tidak bertemu kerana mereka terus ke Langkawi sedangkan saya terikat dengan kerja.


Sebelum kahwin, saya juga ada special case ala-ala dalam novel, seorang yang saya kenal melalui ICQ. Perkenalan ini membawa kepada pertemuan dengan seorang kawan yang baik sehingga ke hari ini iaitu bekas penjawat awam negara Bhutan yang sekarang membuka agensi pelancongan Yoezer Chenma Travels . Rasanya sudah lebih 15 tahun persahabatan jarak jauh ini, dari anak belum sekolah hinggalah sekarang anak daranya masuk kolej. Sebelum itu saya pernah menghubungi seorang journalist di sana, chuki wangmo. Demi mencari kawan pertama yang hilang dari radar, sampai sekarang tak jumpa.


Begitulah secebis kisah bagaimana pada zaman saya, sebuah persahabatan dibina secara nyata.


Hanya gambar  dan surat2 perslier yang tak ada.

No comments:

Post a Comment