Friday, August 19, 2022

IYS

 IYS.

DUNIA real satu masa dulu. Kami berhubung dengan rakan global melalui IYS.


IYS merujuk kepada International' Youth Society. Sistem IYS ni, kita kena pilih rawak tiga rakan dari pelbagai negara dengan mengisi borang. Dulu (tingkatan tiga) saya pilih Perancis dan dua buah negara lain. 


Saya dapat rakan dari Perancis. Virginia perslier. Kami berutus surat selama beberapa tahun sehingga lah terputus hubungan. Surat tak berbalas lagi. Saya agak mungkin kerana sambung belajar atau pindah.


Surat pertama ringkas saja, surat -surat seterusnya disertakan foto. Kami menulis berkenaan negara masing-masing dan aktiviti harian. Bayangkan bagaimana perasaan menanti surat dari rakan pena, jauh di seberang laut.


Di peringkat sekolah tinggi, saya ada beberapa orang rakan Jepun. Pernah beraya di rumah. Hiro, Mitsue, Miyamoto. Kami  juga terputus hubungan setelah tamat belajar. Jepun sistem media sosialnya tidak sama. Bila masing-masing berkeluarga ada Hiro bagitahu saya lewat emelnya, untuk ke Malaysia bersama isteri. Katanya mahu memperkenalkan isterinya kepada saya. Takdir, kami tidak bertemu kerana mereka terus ke Langkawi sedangkan saya terikat dengan kerja.


Sebelum kahwin, saya juga ada special case ala-ala dalam novel, seorang yang saya kenal melalui ICQ. Perkenalan ini membawa kepada pertemuan dengan seorang kawan yang baik sehingga ke hari ini iaitu bekas penjawat awam negara Bhutan yang sekarang membuka agensi pelancongan Yoezer Chenma Travels . Rasanya sudah lebih 15 tahun persahabatan jarak jauh ini, dari anak belum sekolah hinggalah sekarang anak daranya masuk kolej. Sebelum itu saya pernah menghubungi seorang journalist di sana, chuki wangmo. Demi mencari kawan pertama yang hilang dari radar, sampai sekarang tak jumpa.


Begitulah secebis kisah bagaimana pada zaman saya, sebuah persahabatan dibina secara nyata.


Hanya gambar  dan surat2 perslier yang tak ada.

Tuesday, August 9, 2022

TKD dan anak

 

Add to your post
Post

Monday, August 8, 2022

Hidup


Sekarang mahu tenang-tenang saja

Hidup berladang amal

Mahu mengenal akhirat

Mahu mengutip apa yang perlu

Melunas apa yang tertunggak

Di alam dunia sebelum akhirat


Sekarang mahu tenang-tenang saja

Hidup cuma sekadar adanya

Mahu mengambus noda 

yang berona kusam

Mahu menggilap hati 

yang berona kehitaman

Mahu beruzlah dalam keheningan

Hijau alam dan damai hutan


Sekarang mahu tenang-tenang saja

Mahu bergelumang hanya dalam fitrah 

Amal sahih menuju Ilah


Saturday, January 29, 2022

Che Ah dan Doktor Part 1


 

Sejak semalam aku telefon si doktor tak berangkat. Lepas teks Iman, itu ini begitu begini terus aku telefon.

Hantar mesej pula. Calit kelabu juga.

Dalam hati terdetak hidup lagi ke ni? Atau dalam flight balik sini. 

Lepas subuh tadi telefon lagi, tak berangkat . Di kampung agaknya. Kalau kelas tak mungkin.

Pagi semasa menghala ke rumah Che Ah barulah ada panggilan masuk.

"Ho."

"Ho." Lega. At least wujud lagi yang seorang ni.

"Ada sini mung?"

"KL wei. xdak orang kat umah sana." 

"Owh... saja ja kalau sini aku drop kat mung dulu. Aku sorang."

Sepi

"Aku ingat ingat lupa la." Dia cuba recall zaman sekolah berpuluh tahun lalu. 

"Alahhh. Sepupu Iman. Ummu Aiman Ariffin."

"Iman aku rasa macam ingat."

"WEeiii.. mung tingkatan 3 dulu kelas mana. Aku Che Ah dengan Iman sekelas. 3-4."

"Aku tingkatan 3 brapa ea?"

"Bukan kelas aku sebab aku tak ingat muka mu dalam kelas tu. Masa tu aku che Ah Iman masa tu bespren. Aku tak ingat mu jadi kita tak pren taun tu. "

"Owh... mung tak ingat aku? Lepas tu aku tingkatan 3 berapa?"

"Mungkin kau pandai sikit dari aku. 3-3, 3-2 kot. kita sekelas masa peralihan." Ya, anak tok guru pondok ni biasanya ranking  kelas atas-atas.

"O...Mu di mana tu."

"Atas jalan lagi."

"Kirimkan yang aku sekali. Ada duit tak tu. Nanti aku transfer."

"Mu nak berapa? Jangan sebut ratus-ratus. Aku tak da ratus."

"Takat mu ada. Ada berapa."

"Berapa nak? Aku ada." Sebenarnya duit dalam poket cukup-cukup aku ja.Lepas borak sebaris dua  kami off line. aku buat lencongan ke pusat bandar, parking tepi bank. Tarik sikit untuk doktor. Pagi masih terlalu muda, urusannya mudah saja. Tidak sesak malah terlalu lega.

Dari situ terus ke rumah Che Ah, dengan Iman di tepi, dalam talian.  Sepanjang satu jam lebih perjalanan aku menghimbau suasana tingkatan 3-4. Meja tepi tingkap. Che Ah dan Iman meja belakang, aku meja depan diorang. Kongsi-kongsi duit beli komik dan surat khabar berita harian, sebab dalam tu ada siri komik 'MAUT' hero dia kacak. Kongsi-kongsi bekal makan. Kongsi-kongsi gosip.

Cerita kongsi-kongsi terlalu banyak tahun itu. Dari bilik darjah sekolah hinggalah bilik darjah di pusat tuisyen.


Wednesday, January 5, 2022

ROS dan Teman

 

"Kita teruskan usahasama ros la ya?"

"Ok...No problem."


Dua baris itu sajalah ringkasan teks melalui whatsapp antara aku dengan seorang rakan pelabur

semalam.

Setahun sudah berlalu, rasanya sudah lepas paras modal dan dapat keuntungan sikit dari segi jualan ros.

Kontraknya setahun, tapi perkongsian ini santai-santai , suka-suka, ada untung ada tak ada untung tidak mengapa. Jalan saja. Menyusuri usia emas dengan hanya ingin bertemankan sahabat lama.

Tak adalah banyak, sekadar ingin belajar bagaimana berbahagi untung bila berkongsi. Tak adalah rasmi, sekadar ingin lihat 'flow' seni bisnes. 


Rupanya begini. 

2022, kami teruskan usahasama kecil ini. Kerana dia tak punya masa,  rasanya kami di sinilah yang akan terus berfikir bagaimana ingin mengembangkan sedikit duit yang dia laburkan; Giatkan lagi semaian ros untuk dijadikan ros bajet, fokus kepada cara penjagaan dan rawatan, sediakan satu rumah khas untuk si mawar, sediakan satu plan marketing induk khusus.


Biiznillah


Tuesday, January 4, 2022

Pencapaian Mak Mak



Orang lain wallahu a'lam
Ada ambil kira tidak perihal pencapaian
Untuk jadi kayu ukuran 
Demi kelangsungan masa depan

Ada anjakan tak besar, sikit pun jadilah

Saya,
Tak ambil kira sangat pencapaian dari segi anjakan diri sendiri
Adalah muhasabah sikit sudut situ sini
Tapi tak adalah nak kira sampai darjah perpuluhan, margin sudut dan peratusan 

Cuma saya,
sedikit teruja dari segi 
pencapaian anak-anak dalam tempoh PKP
Puas hati walau di cop singa
Begitulah barangkali perasaan arwah bapak saya dulu
Tak kisah anak dia merungut, dapat label singa
Asal terbentuk acuan yang dia patri pada anak
Dia puas

Asma umur lapan tahun 2021
Sudah pandai potong bawang, ricih ricih
Sudah pandai buatkan air sukatan satu keluarga
Sudah pandai basuh baju dan jemur walau baju sendiri
Sudah pandai lipat baju
Sudah pandai mengasuh Najah

Imam umur sembilan tahun 2021
Sudah pandai basuh pinggan walau pinggan sendiri dulu
Sudah pandai uruskan reban arnab
Sudah pandai basuh lantai 
Sudah pandai cuci lantai
Tak bersuruh 

Abang Sheikh umur 10 tahun 2021
Hmm apalah abang ni
Kerja rumah pun nampak kekok lagi
Asyik bersarang atas katil petang bawak ke pagi
Pantang mengasuh Najah sekejap
Tak sampai 10 minit dah meraung si bongsu 
Emosi pula berlebih lebih
Adik beradik semua gerun
Harapkan abang hatinya cerah
Pelajar contoh harapan sekolah
Moga terpimpin diri 
Dan mampu memimpin famili
Harap 2022 ni abang mampu basuh beras sendiri
Biar bertanak nasi bertanam ubi
Untuk mandiri di kemudian hari

Si Najah
Entah la Najah oiii



Inilah yang lajunya kalau bab anak
Bab sendiri tak tahulah apa yang maju
Pencapaian mak mak sangat


Foto: Sumber internet