Sunday, January 27, 2013

Sebenarnya bukan bola sepak

Meneliti saya melalui facebook, ramai yang mengenali saya sebagai peminat bola sepak... sebenarnya saya meminati sukan. Bola tampar atau pun kalau nak moden sikit orang panggil volleyball adalah sukan kegemaran saya. ke dua adalah acara olahraga. dan kalau ada dua tiga orang pelapis LCW yang setara Lin Dan, mungkin saya meletakkan badminton pada tingkat ke dua... nak tengok piala Thomas di angkat pulang semula. Bola sepak ini salah satu dari sukan, dan di Malaysia sukan ini adalah fenomena. 

Kerana semangat sukan yang ada dalam diri saya, serta fenomena bola sepak di negara kita...ada seorang sarjana mengatakan beliau bimbang saya akan hanyut dan terbawa-bawa dengan dunia. 

Apalah...

Kalau sukan memanah yang menjadi sunnah nabi itu satu fenomena, tentu angin sukan dalam diri saya menjadi ribut juga angkara tergila-gilakan sukan memanah. well.... sukan memanah mulai naik sekarang selepas kita layak ke olimpik tempoh hari. 

Majulah sukan untuk negara.

2 comments:

  1. Cikgu teringin nak belajar memanah.....kat area rumah cikgu di msia ada kelas memanah ni tp xtau la bila dpt join

    ReplyDelete