Sunday, January 27, 2013

Sebenarnya bukan bola sepak

Meneliti saya melalui facebook, ramai yang mengenali saya sebagai peminat bola sepak... sebenarnya saya meminati sukan. Bola tampar atau pun kalau nak moden sikit orang panggil volleyball adalah sukan kegemaran saya. ke dua adalah acara olahraga. dan kalau ada dua tiga orang pelapis LCW yang setara Lin Dan, mungkin saya meletakkan badminton pada tingkat ke dua... nak tengok piala Thomas di angkat pulang semula. Bola sepak ini salah satu dari sukan, dan di Malaysia sukan ini adalah fenomena. 

Kerana semangat sukan yang ada dalam diri saya, serta fenomena bola sepak di negara kita...ada seorang sarjana mengatakan beliau bimbang saya akan hanyut dan terbawa-bawa dengan dunia. 

Apalah...

Kalau sukan memanah yang menjadi sunnah nabi itu satu fenomena, tentu angin sukan dalam diri saya menjadi ribut juga angkara tergila-gilakan sukan memanah. well.... sukan memanah mulai naik sekarang selepas kita layak ke olimpik tempoh hari. 

Majulah sukan untuk negara.

Wednesday, January 9, 2013

Kadang-kadang saya juga ingin...

Kadang-kadang saya juga ingin menangis. Bila saya berdoa disetiap hamparan sejadah supaya diperluaskan peluang, diberi kekuatan, dan dipimpin kemas oleh Tuhan, lantas DIA memakbulkan doa saya dengan kasih sayang, saya pula menerima pemberian itu dengan sepenuh kesyukuran. Tiba-tiba pemberian Tuhan itu digetus getus hina oleh orang yang tidak pernah ingin memahami, yang saya tidak boleh tidak perlu berjumpa dengannya hampir setiap hari. Aduhai mulut hamba Allah itu.