Thursday, October 27, 2011

subjek baru

suka pula tengok satu cerita ustaz dari page adik ni... sila series bila baca ya kawan-kawan.

Dalam Kelas... Mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... Sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid-murid...

USTAZ: Minggu depan kita akan belajar tajuk baru...Jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... Baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... Sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti.. ... ... ...

MURID-MURID : Orait ustaz!

Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam..

USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah?

Ramai Murid-murid yang mengangkat tangan..

Ustaz pun tersenyum... Lalu berkata...

USTAZ : Saya tak percaya lah....

MURID-MURID : Betul Ustaz... Kami baca.. USTAZ : Cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... Mana ada ayat 287.. Harini kita akan belajar tajuk baru... Dosa-dosa menipu ...




Tuesday, October 25, 2011

Sampai hati

Lepas masukkan nuffnang nampak serabut pula blog suka suki ambo ni. Jadi ambo pun ejas la sikit lay out supaya nampak ringkas.

Dalam blog ni yang paling ambo sayang ialah gambar kartun keyboard ctrl z tulisan korea, keyboard tu akan hide scrap book font. Keyboard tu juga secara tak langsung menjadi trade-mark blog ni. macam gambra-gambra ada trademark orang lidi pegang hati. Haduss...sakitnya hati bila sekejap tadi jari sendiri menyahkan keyboard tu dari sini. Terbayang-bayang lagi gambarnya. Rasa nak menitik air mata pun ada. Mana nak cari lagi. Tak ada dalam soft - copy. Sudah bertahun blog ni diwujudkan keyboard itulah peneman, di saat setiap entry dikambus oleh entry-entry yang lain, keyboard itu gah di situ jua adanya. Setia menunggu ambo mengetik cerita.

Makin tua makin kejam rasanya hati ambo. Adeh,...rasa ngilu dalam hati ni terkenangkan gambar keyboard itu.

mode: sedih.

Makan gula

Makan gula ni bukannya salah, tapi bila banyak makan gula naik lemak juga badan. Hari ni terai air mocca ais masa sejuk memang rasa macam minuman kesihatan tapi bila jadi suhu bilik, haduyaaa betul-betul macam dah makan gula. Dah la sebelum tu bedal 7up lagi, yang terang-terang lebih gula. Aiseh, tekak rasa melekit pula, nak cerita pun payah.

Rentetan dari banyak makan gula, akibatnya gula yang lebih dalam badan disimpan dalam bentuk yang tak jadi gula dah... ia akan jadi lemak. Lemak ni makin dilayan makin menjadi-jadi. Tengoklah tuan blog ni, cuti sakit mata sehari saja tapi bila masuk kerja balik bukan main payah nak angkat kaki naik atas usha-usha kerja hakiki (pojan,2011).

Sunday, October 23, 2011

Cerita sedih

Cerita sedih ni kalau dilayan lemah jiwa. Bila lemah jiwa mula lah melalut mempersoalkan apa yang Tuhan dah lakukan.

Kemon la gels, orang laki sedih tak tunjuk pun...paling kurang diorang bunuh diri atau bunuh orang. paling tidak tendang pintu pagar rumah.

Kita boleh untuk bersedih tapi alangkah bagusnya kalau kita hadkan kesedihan kita dengan istighfar...menangis dua atau tiga 'lap' sudah lah... janganlah dibawa mengarut sangat dengan mempersoalkan takdir Allah pula. Siapa kita nak bersoal-soal dengan ketentuan...terimalah apa adanya kerana Dia bagi nyawa pun dah kira cukup bagus yang amat sangat. Aish, nak berkira itu tak dapat ini tak dapat pula...Sampaikan kita nak ungkit amal ibadah, nak di'barter'kan dengan kehendak sendiri. Keymon la...keymon....

Saya kalau bab cerita sedih ni boleh saja nak cerita, nak cerita sampai banjir pun boleh, tapi bila fikir apalah sangat sedih kita berbanding sedih orang terkedu juga niat di hati. Apalah sangat cerita sedih kita.

Kenapa perlu meratap untuk sesuatu yang kita belum miliki, apakah kita lupa untuk melihat apa yang di sisi, lalu disyukuri.

Thursday, October 20, 2011

nuffnang ni agak2 ...

Agak-agak nuffnang ni pandang tak blog ambe. sebab orang2 ni depa pilih derr blog si anu ni nak letak iklan menda, blog si anu tu nak letak iklan menda. stakat blog ambe ni depa nak letak iklan menda gamok nya.

Jika ada orang nuffnang skodeng blog ambe (ambe yakin ada)... apa kata kita deal in win-win situation, u kasi i iklan yang hot-hot sikit, di mana adanya kompeni iklan xbuat komerselise pon lagi iklan tersebut n hasut follower-follower pipiyapong ikut sinin. I pula akan pablisy iklan2 u olls sesuka hati. sekian terima kasih.

Wednesday, October 19, 2011

Makin Jelas

Sejak blog pojan upgrade jadi berkotak-kotak yang apabila klik dekat kotak tersebut dan jenggg boleh baca entry-entry yang lepas-lepas, saya rasa ada satu pencahayaan yang diilhamkan Allah. Ada pro dan cons juga pojan buat kotak-kotak, pronya saya dapat pencahayaan consnya ialah otak tua saya menggagau-gagau skema baru blog beliau adaaaanyaaaaa.

Pencahayaan.

Pencahayaan ini memang betul-betul ada kaitan dengan tajuk. Tidak seperti tajuk sakit gigi yang kalau mungkin sama dengan isi entrynya pun sikit saja iaitu ayat rasa-macam-semacam.

Pencahayaan ini adalah mengenai satu entry beliau bertajuk 'bukan benci doktor' (nahaslah dia kalau benci doktor sebab bini dia pun doktor kehkeh).

Pencahayaan ini adalah mengenai masa depan saya yang pada satu masa dahulu saya sangat-sangat nak masuk kelas sains sebab sakit hati dengan Serbia, bukan nak jadi doktor. Bapak saya pulak nak saya jadi ustazah. Masa zaman sweet 16 itu saya tak mau jadi ustazah sebab dah memang saya nak masuk kelas sains. Tapi sakit hati dengan serbia bukanlah satu cita-cita malah jauh sekali cita-cita yang terang cahayanya. Tahu perang bosnia - serb bila tahunnya? tanya saya, saya ingat.

Masa sekolah menengah juga (atau masa undergraduat dah ingat-ingat lupa) ada satu scene romantik di mana saya sedang bercakap-cakap dengan ibu saudara saya; ia juga soal masa depan tapi lagi sekali ia bukan cita-cita yang jelas walaupun dah ada bau-bau embisyen. Dalam cakap-cakap berlatarkan sawah bendang saya bertanya dan berkira-kira sendiri dan jelas ibu saudara saya juga mendengarnya. Ayat kira-kira saya itu seperti berikut: Habis belajar ni kerja apa yang boleh bekerja dari rumah dan masa itu boleh diurus ikut suka. hmm, bertani pun boleh. Saya berkira-kira soal cita-cita namun masih tidak jelas.

Saya masih belajar kerana saya masih belum jelas apa yang saya mahu corakkan... dan sekarang bila makin jelas makin semangat nak habiskan... InsyaAllah...

Kagum dengan budak-budak yang kecik-kecik lagi dah jelas halatuju hidup...saya syak itu budak-budak klon dari sel orang tua. Saya masih budak-budak, cuma sel saya matang cepat sangat.

Tuesday, October 18, 2011

Sakit gigi

baca blog orang ni kita dah boleh agak tuan punya blog tu orang ada duit ke orang yang kurang duit...bila baca blog orang tu boleh gi macam-macam destinasi best-best, klik gambar situ klik gambar sini lepas tu cerita kebahagiaan yang amat sangat sebab berpeluang...rasa macam semacam. Bila baca blog orang ni dengan rintihan yang mendayu-dayu, bersusah payah memujuk diri supaya bertabah hati, rasa macam semacam jugak.

cerita ni tak ada kaitan dengan sakit gigi.