Di Selatan Thai, saya mempunyai ibu saudara dan sepupu sepapat yang baik hati. Hanya sekali saya ke daerah itu kerana ibu bapa saya mahu melawat datuk yang sakit.
Di sana, saya tidak peduli sangat urusan melawat datuk sakit. Sebaliknya seronok bermain dengan sepupu-sepupu yang lebih kurang sebaya. Maklumlah pada masa itu saya masih kanak-kanak ribena.
Kerana akal saya agak serap kenyal, jadi saya boleh mengingat sedikit sebanyak bahasanya. Huruf-huruf yang sebanyak 44 itu saya hafal agak lewat iaitu semasa menengah rendah (Sekarang sudah lupa kecuali 4 huruf yang atas dan beberapa huruf yang lain, ngaaa, ruginya).
Sekali itu sahaja sesi ziarah saya ke negeri orang. Memang saya terlalu rindukan mereka sehinggakan cita-cita untuk ke sana tidak pernah padam. Namun begitu, setiap kali saya nyatakan hasrat tersebut kepada ibu saya, dia melarang keras. Di sana tidaklah seaman negara kita, pistol bebas dalam kocek, bunuh membunuh perkara rutin, begitulah alasan ibu saya.
Sebaliknya saudara saya di sana selalu datang melawat Malaysia. Pada suatu malam semasa kami berkumpul beramai-ramai di rumah ibu saudara saya di salor, mereka bercerita perihal suasana tegang di sana. Entah bagaimana ibu saya menyatakan kebimbangan untuk kesana kerana keadaan itu. Maka ibu saudara saya yang kecil molek itu dengan tegas mengeluarkan satu kenyataan yang berbunyi
"Eii kak (Ibu saya), dengar sini. Allah kata; Qullan yusiibana illa maa kataballahulana...(sehingga akhir).
maksud dia (nya); tidak akan terima musibah ke atas kita kecuali apa yang telah Allah tuliskan (hingga akhir)..."
Beliau menambah lagi, kena yakin dengan apa yang tertulis dalam kitab Allah...pergilah ke mana-mana sekalipun kita akan
berasa aman.
Terkedu saya jadinya. Ibu juga nampak kagum/
Ibu saudara saya; walaupun hanya penoreh getah di selatan thai, tapi amat saya kagumi. Saya kagum kerana bukan sekadar dadanya berisi tetapi keyakinannya kepada rukun yang enam. Sedangkan saya hanya manis berkata-kata, ajak berperang belum tentu mara.
Dengan suara tegas ibu saudara saya membacakan ayat itu kepada kami, semarak semangat saya untuk ke sana semakin menjadi-jadi. Ketegasan itu juga menjadikan ayat tersebut melekat dalam otak saya sehingga hari ini.
p/s: aunty saya bilang, keretapi di sana free saja,,,tak payah bayor...
kak zha, ibrak dari ayat tu juga saya gamble nak bawak azkiya pi perhentian :)
ReplyDelete