Sejak kecil juga saya berangan-angan mahu memelihara harimau . Saya berkhayal bila saya membawa harimau saya berjalan-jalan di sekitar bandar kota bharu dan kampung kubang tin, saya menjadi tumpuan orang ramai (jenis eksenterik). Bila saya tidur pula harimau saya yang digelar Alang itu akan menjadi bantal peluk saya...
Hari ini bila saya ulang membaca SBDJ karya tamar jalis (kalau baca QURAN xpula bersungguh gini...ish ish),
angan-angan saya segar semula.
*******************
Harimau itu tidak jadi mencakar muka orang itu dengan kukunya. Datuk
menepuk kepala harimau itu dua tiga kali. Saya lihat harimau itu dengan
penuh manja menjilat lengan datuk.
"Kau tahu aku ke sini”, kata datuk.
Harimau itu goyangkan ekornya sam¬bil mengesel-geselkan badannya pada
kaki datuk.
"Merbahayakah aku ikut sini?", tanya datuk pada harimau.
Dan harimau itu bagaikan mengerti dengan apa yang dikatakan oleh datuk.
Dia mengaum dengan perlahan lalu memusingkan kepalanya dari arah
matahari terbit ke arah matahari jatuh.
"Kita ikut arah yang ditunjukkannya”, kata datuk pada saya.
Datuk menyuruh lelaki yang mahu menikamnya dengan buluh runcing bangun.
Begitu juga dengan lelaki yang berbadan tegap. Kali ini saya lihat
gerak-¬geri lelaki bertiga itu kian bersopan dan menghormati datuk.
Mereka tidak berani memandang wajah datuk. Saya tidak tahu apakah
perbuatan itu kera¬na malu atau kerana mereka takut pada datuk.
"Biar aku jadi kepala jalan, kalau ada diantara kita berniat jahat,
jangan marahkan saya bila menerima padahnya”, datuk mengingatkan lelaki
bertiga. Mereka diam dan tunduk.
"Untut, kau jaga kami dan bawa kami ikut jalan selamat”, kata datuk.
Harimau yang berada beberapa ela di hadapan datuk segera menghampiri
datuk dari rusuk sebelah kiri. Harimau itu mencium badan datuk dan
menjilat tangan kiri datuk sebelum berlari ke depan semula. Kami terus
mengekori harimau itu.
********************
Bila saya baca bahagian ini, watak datuk sudah saya gantikan dengan dengan diri saya. hebat bukan? ngeh2. Untut datuk pun comel, gagah perkasa.