Friday, December 24, 2010

Kenapa saya takut lipas, check it out

Fakta Lipas

  1. Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila


  2. Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit..


  3. Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus


  4. Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup


  5. Lipas mempunyai darah berwarna putih


  6. Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.


  7. Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram

  1. Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia


  2. Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina


  3. Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya


  4. Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.


  5. Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani


  6. Lipas ada gigi di dalam perutnya


  7. Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu


  8. Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat


  9. Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula


  10. Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung


  11. Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut


  12. Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam


  13. Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.



sumber; xdapat dikesan, saya plagiat dari emel.

nota nombor 20, saya yakin saya juga mampu lakukan. hehehe.
--

Saturday, December 18, 2010

Hujan fasa 2 (II)

sambil minum kopi di dapur, mata terhala tepat ke arah kandang kambing. Itik-itik bersuka ria menyambut musim hujan. Lembu sakit gigi sebab itu lah rumput tak luak, kaki pun sakit agaknya. Ayam ayam terkedu secara berjemaah, tak pasti pula perasaan ayam waktu hujan.

Yang sadis ialah kambing. Mengenangkan nasib kambing, rasa kopi jadi tak berapa kow. Dari kecik sampai besar, kambing mak tak pernah turun kandang. Setiap kali aku makan nasik dengan pandangan menghala ke halaman belakang, aku membayangkan diri menjadi kambing yang tidak mendapat hak sebagai binatang.

Sadis... bila mata kami bertentangan, ia akan mengembek...dan mengamuk...

huk huk huk...ikutkan hati aku nak lepas je kambing tu...tapi menderhaka pula namanya. Membebel tak cukup tanah la gamaknya ke dua orang tua ku itu.

Dan hujan turun semakin lebat.

Friday, December 17, 2010

Hujan fasa 2

Setelah panas ceng ceng lebih kurang dua minggu, kini hujan fasa dua bermula.

Maka bermula lah siri lembam dalam kalut nak siap kerja itu dan ini. Siri lembam ini agak tidak bagus untuk jantung kerana kekurangan aktiviti kardiovaskular, makan banyak nasi, disamping pertambahan kandungan gula akibat telan air kopi dan roti gardenia salut planta.

eh...mana hilang perenggan panjang bawah ni...cerita pasal kambing? leceh la nak tulis semula. Lain kali lah... sebab esok mungkin hujan lagi...selalunya idea senang 'mari'...

Sunday, December 5, 2010

Fakta;Darah beku ke paru-paru, air ketuban masuki saluran darah antara punca utama mati bersalin‏

Darah beku ke paru-paru, air ketuban masuki saluran darah antara punca utama

SEORANG wanita bersalin anak kelima dan cukup bulan tanpa sebarang komplikasi. Namun, ketika pemantauan rutin kira-kira empat jam kemudian, jururawat menemuinya dalam keadaan tidak bermaya, pucat dan sesak nafas.

Pemeriksaan awal tidak menunjukkan sebarang tanda pendarahan nifas yang berlebihan atau manifestasi penyakit jantung dan paru-paru yang jelas. Kajian ultrasound jantung atau ‘echocardiography’ mendapati bahagian kanan jantung membengkak dan tidak berdenyut dengan baik - petanda saluran darah ke paru-paru sudah tertutup berikutan peralihan gumpalan darah beku dari kaki ke paru-paru. Inilah kesan masalah embolisme paru-paru akut yang menjadi cabaran getir bagi setiap pengamal perubatan yang mengendalikan wanita mengandung dan baru bersalin. Di Malaysia, kajian menunjukkan lebih kurang 15% kes kematian ibu mengandung atau yang baru bersalin, disebabkan masalah itu.

Ia disebabkan dua punca iaitu pertama, gumpalan darah beku atau ‘deep vein thrombosis’ yang terbentuk di betis atau pinggul wanita yang mengandung akibat kurangnya kelancaran darah menerusi betis dan pinggul wanita berikutan tekanan kandungan dibawanya. Risiko ibu mengandung mengalami penyakit ini adalah empat kali ganda berbanding wanita biasa dan risiko ia berlaku selepas bersalin adalah lima kali ganda berbanding sebelum bersalin yang mana separuh kes dilaporkan berlaku melahirkan anak.

Kedua, air ketuban yang memasuki saluran darah ibu ketika bersalin atau ‘amniotic fluid embolisme.’ Ia tidak menyebabkan saluran darah tersumbat secara mutlak seperti di atas sebaliknya reaksi anafilaksis yang menjadikan saluran paru-paru menyempit dan akhirnya tertutup. Kadar kematian akibatnya amat tinggi dan sehingga kini, cara merawatnya masih belum dapat dikenal pasti.

Dua punca itu mempamerkan manifestasi klinikal yang sama iaitu, wanita berkenaan mengalami sesak nafas, tekanan darah merudum, kadar nadi meningkat drastik, pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri.

Justeru, mereka yang mengiringi wanita itu seperti suami, perlu prihatin dan mengamati keadaan isteri ketika bersalin dan selepas bersalin. Jika ia berlaku, wajarlah jururawat atau doktor dimaklumkan secepat mungkin bagi rawatan segera. Andai berlaku di rumah, pastikan bantuan pernafasan dan tekanan dada cardio-pulmonary resuscitation atau CPR didahulukan sementara menunggu bantuan ambulans.

Apakah faktor risiko masalah ini? Bagi wanita tidak mengandung, pengambilan pil perancang keluarga adalah faktor utama yang boleh menyebabkan masalah ini. Selain itu, merokok, berat badan berlebihan, penyakit kronik lain seperti kanser atau keadaan yang mana kurangnya pergerakan fizikal berpanjangan seperti patah tulang kaki atau pinggul, duduk terlalu lama dalam kapal terbang - semuanya boleh menambah risiko gumpalan darah di kaki.

Bagi ibu mengandung, faktor seperti umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko.

Kaedah rawatan penyakit ini bergantung kepada puncanya. Jika disebabkan gumpalan darah beku, maka pesakit perlulah dirawat dengan cara ‘fibrinolysis’ iaitu menghancurkan gumpalan darah berkenaan. Tahap kejayaan menggunakan kaedah rawatan ini adalah amat tinggi tetapi perlu disusuli ubat untuk mencairkan darah bagi mengelakkan ia berulang.

Ubat seperti Heparin dan Warfarin perlulah diambil sekurang-kurangnya tiga bulan selepas bersalin dan tanpa henti. Jika disebabkan air ketuban, maka pesakit perlu diberi bantuan pernafasan ventilasi dan ubat untuk menyokong tekanan darah optimum. Seperti yang disebut, kadar kematian disebabkan oleh punca ini adalah 80% dan usaha menemui cara rawatan terbaik masih lagi diteruskan.

Info : Embolisme paru-paru akut
  1. Punca utama kematian ibu mengandung dan yang baru bersalin.
  2. Tanda-tanda perlu diamati termasuk sesak nafas, tekanan darah merudum, peningkatan kadar nadi dan pesakit kelihatan pucat, tidak bermaya atau tidak sedarkan diri.
  3. Faktor risiko - umur, bilangan kehamilan yang ramai, kandungan kembar atau kehadiran penyakit lain seperti penyakit jantung akan menambah risiko.
Rencana oleh Profesor Madya Dr Azarisman Shah Mohd Shah, Pakar Perunding Perubatan Dalaman dan Kardiologi, Timbalan Dekan (Akademik) dan Timbalan Pengarah Pusat Konsultasi Klinikal, Kuliah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Bandar Indera Mahkota, Pahang.

Sumber :
BHarian 28/11/2010

Thursday, December 2, 2010

RG09... Ulasan TG Nik Aziz Mengenai Isu Pelantikan TPM‏

ulasan yg tidak disiarkan oleh media perdana:

Berhubung isu perlantikan YB Lim Kit Siang selaku Timbalan Perdana Menteri yang kononnya dikeluarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, sukalah untuk saya menyatakan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah membuat apa-apa keputusan dan tidak pernah mengadakan apa-apa perbincangan tentang hal ini. Syak saya teramat kuat bahawa permainan media telah digunakan dengan amat dahsyat di dalam memanipulasi kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apa yang peliknya dengan budaya media milik Umno?

‘Islam plastik’ yang pernah saya tuturkan satu ketika dahulu pun pernah dilaporkan sebagai ‘Islam Palestin”. Salah dengar dan salah lapor ialah satu budaya biasa dalam amalan media milik Umno.

Hari ini, isu perlantikan Timbalan Perdana Menteri ini diolah sekali lagi oleh media milik Umno dengan begitu hebat. Lalu dijemputlah segala pemimpin-pemimpin Umno segenap lapisan untuk memberikan ulasan. Seolah-olah Umnolah satu-satunya parti yang mempertahankan Melayu, seolah-olah bangsa Melayu ini hanya akan berdaulat melalui keris tumpul Umno dan seolah-olah rebah Umno bererti rebahlah Melayu. Hanyir dan busuk sekali dakwaan-dakwaan sampah yang disebarluaskan ke dalam minda masyarakat pada hari ini.

Ingin saya nyatakan, pendirian saya dari dahulu hingga sekarang tidak pernah berubah bahawa bangsa tidak mempunyai sebarang nilai di dalam Islam.

Melayu, Cina atau India tidak pernah mempunyai sebarang nilai tambah di sisi Allah SWT melainkan dengan taqwa. Seorang yang berbangsa Cina tetapi bertaqwa kepada Allah SWT jauh lebih mulia dari seorang yang berbangsa Melayu tetapi hidup dengan rasuah, menindas, mengkhianat dan sebagainya. Sekalipun songkok setinggi tiga jengkal di kepala, tanpa taqwa kepada Allah SWT, ia tidak mempunyai sebarang nilai.

Lupakah kita bahawa Umno pernah menyerahkan kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan sekalipun Umno yang mempunyai majoriti di Dewan Undangan Negeri? Di waktu itu, ke mana perginya ketuanan Melayu? Tersorok di dalam songkok tinggi Umno?

Ketika itu, ke mana perginya professor-profesor bertaraf cendikiawan yang sibuk mengulas isu ketuanan Melayu pada hari ini? Peliknya apabila Tun Dr Mahathir sendiri menggesa supaya dilupakan asal usul keturunan demi menjayakan 1Malaysia, tidak pula didesak untuk diusir keluar negara? Bukankah melupakan asal usul keturunan ertinya melupakan Ketuanan Melayu?

Apa yang penting ialah dasar, jika dasar Islam. Sesiapapun boleh menjadi pemimpin. Di Kelantan saya pernah mengeluarkan kenyataan berkali-kali bahawa Menteri Besar Kelantan boleh terdiri daripada seorang yang berbangsa Cina dengan syarat merupakan seorang muslim yang soleh. YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang muslim yang soleh.

Seorang muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!

Wednesday, December 1, 2010

Lukisan pakai cat dalam komputer dekat bhgn aksesori > paint




Yang ni pulak terhasil masa aku dok cari-cari mana "mood" belajar, bila nak rajin...bila nak habis...bila nak kerja... bila nak jadi boss... dan bila nak duduk goyang kaki sambil tunggu duit masuk.

Lukisan yang sekarang dah hancus


Ini adalah lukisan ke-2 aku dalam kanvas kecik sikit dari yang first. Aku pakai cat minyak. Tapi masa ni kira baru separuh jalan.

Lepas tu aku tokok tambah dengan pokok-pokok pelik sehingga tenggelam laut biru tu. Dan jadi macam celoreng-celoreng...

Abe Mat cukup tak puas hati dengan kebejatan hasil karya aku yang ditokok tambah.

Bukan apa abe Mat, benda benda art ni macam dadah juga. Masa tu tengah gian nak menconteng dan masa tu jugak kat kampung kita susah nak cari kanvas. Leonardo da vinci pun main taram atas kanvas sama, bezanya beliau makin taram makin lawa. Aku makin taram makin sebarai.