Sejak semalam aku telefon si doktor tak berangkat. Lepas teks Iman, itu ini begitu begini terus aku telefon.
Hantar mesej pula. Calit kelabu juga.
Dalam hati terdetak hidup lagi ke ni? Atau dalam flight balik sini.
Lepas subuh tadi telefon lagi, tak berangkat . Di kampung agaknya. Kalau kelas tak mungkin.
Pagi semasa menghala ke rumah Che Ah barulah ada panggilan masuk.
"Ho."
"Ho." Lega. At least wujud lagi yang seorang ni.
"Ada sini mung?"
"KL wei. xdak orang kat umah sana."
"Owh... saja ja kalau sini aku drop kat mung dulu. Aku sorang."
Sepi
"Aku ingat ingat lupa la." Dia cuba recall zaman sekolah berpuluh tahun lalu.
"Alahhh. Sepupu Iman. Ummu Aiman Ariffin."
"Iman aku rasa macam ingat."
"WEeiii.. mung tingkatan 3 dulu kelas mana. Aku Che Ah dengan Iman sekelas. 3-4."
"Aku tingkatan 3 brapa ea?"
"Bukan kelas aku sebab aku tak ingat muka mu dalam kelas tu. Masa tu aku che Ah Iman masa tu bespren. Aku tak ingat mu jadi kita tak pren taun tu. "
"Owh... mung tak ingat aku? Lepas tu aku tingkatan 3 berapa?"
"Mungkin kau pandai sikit dari aku. 3-3, 3-2 kot. kita sekelas masa peralihan." Ya, anak tok guru pondok ni biasanya ranking kelas atas-atas.
"O...Mu di mana tu."
"Atas jalan lagi."
"Kirimkan yang aku sekali. Ada duit tak tu. Nanti aku transfer."
"Mu nak berapa? Jangan sebut ratus-ratus. Aku tak da ratus."
"Takat mu ada. Ada berapa."
"Berapa nak? Aku ada." Sebenarnya duit dalam poket cukup-cukup aku ja.Lepas borak sebaris dua kami off line. aku buat lencongan ke pusat bandar, parking tepi bank. Tarik sikit untuk doktor. Pagi masih terlalu muda, urusannya mudah saja. Tidak sesak malah terlalu lega.
Dari situ terus ke rumah Che Ah, dengan Iman di tepi, dalam talian. Sepanjang satu jam lebih perjalanan aku menghimbau suasana tingkatan 3-4. Meja tepi tingkap. Che Ah dan Iman meja belakang, aku meja depan diorang. Kongsi-kongsi duit beli komik dan surat khabar berita harian, sebab dalam tu ada siri komik 'MAUT' hero dia kacak. Kongsi-kongsi bekal makan. Kongsi-kongsi gosip.
Cerita kongsi-kongsi terlalu banyak tahun itu. Dari bilik darjah sekolah hinggalah bilik darjah di pusat tuisyen.