| |
|
Sunday, January 31, 2010
cerita motivasi pengalaman student phd... ngeh ngeh , (disedut dari email hamba)
Enough with rat race?

Malam tadi bapak memulakan sesi menaik-anginkan aku...
"Abang long dah pergi ke China, dah bentang projek di China dah ha...."
Ab. Long yang sekarang di UK, dah travel banyak negara dah, bapak TIBA-TIBA menganginkan aku dengan nama dia..., ish. lagi malang Long jauh lebih muda ... kenapa laaa tiba-tiba bapak mengenengahkan nama sepupu saat aku sesak nafas. Fuh... berasap.
Tersirap darah anakanda. Bapak memang pandai menjentik nafsuku... nasib baik dah matang. Kalau tak maka akan bermula lah sekali lagi sidang parlimen tak rasmi dalam rumah tu. Aku kan anak bapak.
Mak senyap je, bagi mak tak ke mana-mana lagi BAGUS.
Aku jawab sambil kontrol nafas. " Orang pun buleh je nak gi, kalau result yang ni okay. Ingat nak fly Indonesia dulu..." Waaaahhhh.. memandai...banyak duit anakanda!... itulah bapak, sapa suruh cabar anakanda yang ganas ni.
"Apa kelas Indonesia..." huk...Bapak bilang apa kelas Indonesia!? Haaa... bapak! Ngeee.... Sabor Sabor ...
"Orang nak gi ke Gajahmada..."
"Kalau uni dia buleh la.."
Dan aku cepat-cepat cari isu mengenai kegawatan ekonomi ... dan bla bla..sambil-sambil berusaha menurunkan tahap takat didih minyak dalam tubuh. Comel apa indonesia..?bahasku dalam hati.
Dari kecik sampai ke tua... Termengah2 aku berlumba dengan sepupu sepapat dalam hal potensi diri. Kalau tak bagus, habis la kena kondem. Kondem yang aku tak larat nak dengar. Yang menyakitkan hati. Penat aku ... penat!
Selepas secara tak sengaja menyahut cabaran bapak.. (BAPAK SELALU MENCABAR AKU DENGAN CARA INI///) aku tiba-tiba terfikir... kenapa nak diturut sangat. Dah itu rezeki sepupu aku, tu tak kira sepupunya sepupu aku yang kat amarika lagi, sepupu aku yang gah dengan BITARA maresma lagi... aku PENAT GILA DENGAN RAT RACE begini... Biarlah aku jadi aku...
Masa aku mintak nak ke Mesir lepas spm dulu, depa tak pula kasi (result aku tak ok kot, tapi aku orangnya optimis, belum cuba belum tahu)...bertahun-tahun jugak aku menangis terkenang2kan tak dapat ke Mesir. Teringat Rasyidah dan Ummu aiman yang menetap di sana... kira makan tahun gak makan hati berulam jantung . Jangan di sebut mesir dekat telinnga , pantang aku dengar. Ab.Long nak ke UK dulu pun sempat gak hirup air mata... sambil2 kupas bawang masa kenduri kesyukuran beliau.
Masa dapat tawaran sambung master di fak Medik di UM , lagi la.//siap makan nasik cicah air mata...laki aku sampai tak tahu camana nak pujuk...
Dah nak aku balik , aku cari USM KK...sekarang dah balik...tak berpaling lagi dah...aku taruh semua hati ke bumi Melor. Nak ke Penang tempoh hari pun dah jadi berat... Jangan disuruh-suruh aku ke luar negeri lagi.
Tapi malam tadi, berseriau darah aku ... bapak meletakkan aku di trek lumba tikus kembali. Bapak memang geliga, serta merta penat balik dari penang hilang. Bapak, bapak, ... hadoi...jika dengan begitu membuatkan bapak gembira dan bapak bangga... aku rela penat demi bapak...
teringat cerita papadom... sapa tak sayang anak, cuma implementasi sikit lari...
Argg... ENOUGH WITH RAT RACE PLS....
Saturday, January 30, 2010
Semput nyawa
Arakian aku bersyukur sebab dapat felo
Namun begitu , tanggungjawabnya besar ya amat dong. Kena masuk high impak jurnal, kena interview every session, kena up date progress report.
Rasa macam semput nyawa, mana satu nak gagau dulu, nak tidur pun tak berani. Kalau nak study, nak study jurnal mana dulu. Banyak nak kena tahu. Nak makan rasa tak nikmat. Nafsu, tak cukup nafsu nak melingas ke lain perkara. Hari-hari , tiap minit, tiap saat dok fikir benda sama.
Itu sebab aku malas nak cuti hujung minggu, cuti pun otak ke sana...ke lab. Hingga kan aku dah terbayang-bayang bagaimana rupa 'viva' nanti. tesis macamana pula...?
Aku turun bas di Pasir Mas, awal pagi... Nak menghabiskan satu hari genap di rumah bersama 'hantu makmal' yang terawang-awang depan mata rasa macam nak demam.
REALLY THIS IS A REAL NIGHTMARE.

Ke Penang
Pagi-pagi sesudah subuh di Stesen Bas Sungai Nibong, aku tenung lama bungkusan nasik lemak sesenduk, dengan harapan nasi itu boleh bertukar jadi nasi berlauk ikan aya.
Tengahari makan di Anjung Budi, best. Bila aku sound ; Dik, teh beng satu." Adik comel tu pandang aku semacam, mungkin dia ingat aku kerabat raja siam. Oh... " Er..teh ais ya."
Masa makan-makan sambil tengok laut, bos komen anak mami comel-comel, ada pula yang putih-putih.
"Betul tu. Nak i pinangkan untuk u ke?" Aku melayan.
"Boleh juga."
"Yang mana satu? Yang tu?" Aku muncungkan kepada salah seorang adik.
"Mana-mana pun boleh."
"Okeh... tapi kena selidik dulu. Cukup semayang, cukup kaya ehehehe, ooo...minat anak mami rupanya...minat yang bara bara...u kawin dengan i , u nampak i macam anak mami agaknya."
"Betullah tu.."
Kalau ke mana-mana, cari tempat makan ranking nombor satu, cari tempat comel jatuh nombor dua.
Petang sebelum naik bas, ariesma razana kawan masa sekolah tumpangkan aku ke Suri. Makan-makan, habis char kuey teow aku ingat nak pesan abc dan capati nak rasa semua yang ada. Tapi aku tahan. Nafsu semata-mata.
Orang penang baik-baik belaka. Aku senyum, mereka senyum balik. Rasa mesra alam ini membuatkan aku bercita-cita nak ke sana semula then nak ambik bas rapid nombor lain pulak.
Itu sebab aku suka travel cara 'cowboy'... makan dengan mamak, mandi dalam tandas, tidur atas masjid, sesat jalan tanya orang. Mengasimilasikan budaya.

Wednesday, January 27, 2010
Tersurat dan Tersirat

-Tadi aku dan seorang member bercakap-cakap mengenai soal hati ... tiba-tiba cerita zaman dulu-dulu terbungkah semula. Terima kasih TUHAN kerana menganugerahi mereka.
Kawan,
Siapa yang mampu menduga hati, siapa pula yang berani mempercayai dua ulas bibir?
Seluruhnya kita Homo sapien berani. Berani menanggung risiko untuk menduga dan mempercayai.
Seluruhnya kita manusia mempunyai hati yang asalnya bersih putih (dan telah pun diwarnai)
Seluruhnya kita insan asalnya mengakui kewujudan tetapi ramai yang mewujudkan penafian mengenainya.
Mewujudkan penafian.
Adakah dengan menafikan sesuatu yang murni itu hati menjadi tenang?
Adakah menafikan sesuatu yang murni itu hati mampu untuk berbahagia?
Adakah menafikan sesuatu yang murni itu... satu kepuasan?
Murni itu seperti akidah fitrah
Murni itu seperti perasaan kasih sayang
Murni itu seperti sifat mahmudah//
Murni itu seperti perasaan
Menafikan sesuatu yang murni seperti perasaan; sedangkan riak wajah, air muka, gerak gaya tidak selari dengan penafian dari dua ulas bibir...kelihatannya amatlah tidak kena.
Tetapi siapa kita untuk menduga hati orang, cukuplah sekadar mempercayai kelibat dua ulas bibir. Lagi diduga, lagi melemaskan...
Jujurlah walau pahit...
rupanya kiasan itu besar hikmahnya...amatlah besar...tambah2 lagi kepada diri sendiri.
Tuesday, January 26, 2010
wajah

Spray spray spray sambil tunggu idea,..timbul minah ni, tetiba bos datang...masanya untuk pulang ye yeee!...oleh kerana balik awal malam ni, sambil tengok tv aku nak match reference dan rewrite manuskrip (2 hari cukup ke nak menulis, pasti tak cukup namun aku malas nak masuk zone panik nanti labwork aku berterabur, bak kata kezen aku mmutar itik, by the way..bos pun kata;say a tak nak u stress) ... anyway team mate dah hantar manuskrip dia hari ini, tahniah.
Manuskrip aku? InsyaAllah menyusul... akan kugoreng dengan releks dan bahagia, jangan bimbang otak ini milik Tuhan... esok sudah solat subuh tu aku nak panaskan enjin kereta terus.. pagi2 aku nak start lab, tunggu 16 jam...ambik result baru. hmm... Hah! pukul 1 pagi baru baca plate? ohh... kena ubah plan ..kena ubah plan... naya laki aku nanti.
Monday, January 25, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)