lagi diet
hikhikhik
Aku start diet 8 Mei 2026. At first aku tak makan nasi aku skip neskafe yang menjadi 'rokok' aku sejak kecil. Betullah kalau Allah berkehendak benda tu jadi, memang jadi lah... kun fa ya kunn. Aku sendiri tak percaya weh, aku boleh nekad macam ni sekali.
Aku bukan tak makan nasi terus, rutin rejim tak makan nasi dan potong kafein secara drastik ni aku buat sehingga 27 Mei, dalam tempoh tu aku makan juga sekali dua, aku makan nasi yang punya Indeks Glisemik rendah.
Mulai Hujung Mei, bahasa mudah Hari Raya Korban aku dah ambil nasi dengan kuantiti segenggam. Buat suku-suku separuh lepas tu aku buat IF 12:12. Selang beberapa hari buat tu, aku nekad nak lompat pada IF 10:14. Alhhamdulillah jadi weh...setakat ni, in shaa Allah pada masa akan datang juga.
Cikgu batik aku, Cik Mat tanya kenapa tiba-tiba nak diet ... aku jawab senang aku nak mengorat yang lain. Hak hak hak hak.
Tak adalah, kita sendiri lah rasa tubuh kita tu macamana, sebelum badan aku membelon dan hancur kerana kerakusan aku terhadap makanan-makanan sedap di perbatasan negara ni baik aku kawal, walaupun dah terlewat, orang lain dah buat lama.
Aku nak kejar student pun dah mengah, jantung aku semakin lemah, nak sempurnakan duduk tahiyyat awal akhir pun seksa, baju pun banyak yang tak boleh pakai padahal semua elok-elok belaka...aku rasa macam banyak benda delayed dalam aktiviti harian aku kerana menggendong benda tak terpakai dalam tubuh, terasa yang amat weh... lalu pada suatu hari entah hari apa aku nekad sungguh-sungguh.
Semoga pada hari aku kurus kelak, aku kekal tak pakai make up, kekal pakai baju selekeh dengan selipar buruk dan kekal humble dan tak berlagak... dan aku mampu menari dan shuffle depan laki aku macam dulu-dulu kala... bukan depan lelaki dan laki orang kat luar sana. HAKS!
No comments:
Post a Comment