Wednesday, April 29, 2026
Bhutan
Tabloid
Sekarang ni buka facebook macam baca tabloid.
Tak sama seperti dulu-dulu. Aku pun dah tak seronok nak share daily life dengan orang yang tak de kena mengena dalam hidup aku. Bila aku buka fesbuk sekarang, macam buka Harian Metro, Majalah URTV, Mangga, Berita Harian. Ya, macam baca paper. On the other hand, aku terpaksa juga open public akaun fb aku tu atas nama 'bisnes', supaya orang yang tak da kena mengena dengan life aku tau aku jual apa dan moga2 ada rezeki dari situ (Malangnya soal perihal bisnes aku pun aku tak berapa nak ekspos dekat sana. Hmm)
Anak aku gen Z adalah bertanya macamana nak bagi subjek BM A, tambah-tambah part karangan. Aku spontan jawab. "Owh, kena rajin la buka facebook. Barulah ada idea nak mengakal."
"Fesbook yang medsos makcik-makcik tu?!"
Hampeh. Medsos makcik-makcik.
Diorangkan alam tiktok, video pantas... membantu ke buat karangan?
Ingat tak cikgu-cikgu zaman kita 90-an dulu pesan apa? "Rajin-rajin la baca surat khabar, barulah kita ada pengisian untuk buat karangan" ✌
Hari rajin
Hari ini hari rajin. Semalam hari lumpuh.
Begitulah kitar hidup aku yang tak berkerja dengan orang. Boleh pilih mana hari rajin dan mana hari malas. Sebenarnya ada hari aku kena kerja, otak aku susun banyak benda dan it-is-a-must-to-do-list, tapi saraf motor jem, tak bersambung dengan anggota badan. Lumpuh aku hari tu. Tapi bila mai hari rajin, otak tak sempat nak bagi order tangan kaki dah mencapah ke sana ke mari.
Anak-anak dah sekolah semua, abe hari ni kena bertugas kat sekolah jadi penyambut tetamu untuk hari syarahan kalau tak silap. Bangun pagi abe jadi mudah sebab ada benda baru yang dia kena buat kat sekolah, excited. Imam macam biasa, pukul 7 semua yang dia kena bawa ke sekolah dah tersusun rapi kat muka pintu. Najah pula, semalam seharian tak mandi sejak pagi, hari ni tak mandi lagi. Malas aku nak jadi mak singa. Balik karang tau la dia.
Asma? Asma tak sekolah hari ni. "Ma xsey di sekolah mami esok. Tak belajar."😐
Cerita anak-anak ni tak ada kesudahan, tambah lagi tiga orang dah masuk alam remaja. Lagi banyak cerita yang diorang kongsi. Macam-macam hal dan kadang-kadang akan menerbitkan semula kisah lama kita waktu lalu.
Hari ni aku nak buat apa ya?
pagi dah siap dengan pokok bunga, porch aku dah siap basuh, kain baju on the way nak bilas, ruang tamu aku sedang siapkan sambil2 menaip ni hihihi. Aku nak salin tikar getah jap lagi. beli tak sampai 3 bulan dah nak bertukar..itulah kau bela mambang kaki empat berbulu corak-corak. Reti nak menggaru kerjanya. Lepas tu baru la aku masuk dapur ... bab dapur ni, lemah betul semangat aku.
Nanti aku tulis lagi. Tadaaa. 💝💕
Monday, April 27, 2026
Tebuk lubang butang oiii
Thursday, April 23, 2026
Sekadar Menjenguk
2026
Blog ni sentiasa aku ingat, sentiasa aku bayangkan apa yang hendak ditulis,
Tapi
Sekadar membayangkan tidak memaknai apa-apa. Tidak berbekas di layar skrin, seolah-olah tuannya sudah lama tiada di alam maya ini.
Ada, aku ada saja. Cuma bersembunyi di dalam realiti. Sedar tak sedar aku sekarang sedang mengintai senja dari jendela di daerah Bumi
Aku mula menulis di sini lebih kurang dua dekad yang lalu. Bila mengintai jejak waktuku, rentak alun frasa dan klausa berubah tiap kali melangkau batas waktu.
Hari ini aku datang lagi diari mayaku
Terlalu banyak hendak aku tulis untuk dunia, sekadar tatapan pedoman dari kisah hidup insan kerdil ini kepada yang singgah.
Entah dari mana hendak aku mulakan, kerana dalam tempoh ketidakwujudan aku di sini, siri-siri cerita yang terkumpul di ruang hati telah aku bungkus dan aku simpan kemas-kemas.