Sunday, May 31, 2026

IF 10:14

lagi diet

hikhikhik

Aku start diet 8 Mei 2026. At first aku tak makan nasi aku skip neskafe yang menjadi 'rokok' aku sejak kecil. Betullah kalau Allah berkehendak benda tu jadi, memang jadi lah... kun fa ya kunn. Aku sendiri tak percaya weh, aku boleh nekad macam ni sekali.

Aku bukan tak makan nasi terus, rutin rejim tak makan nasi dan potong kafein secara drastik ni aku buat sehingga 27 Mei, dalam tempoh tu aku makan juga sekali dua, aku makan nasi yang punya Indeks Glisemik rendah.

Mulai Hujung Mei, bahasa mudah Hari Raya Korban aku dah ambil nasi dengan kuantiti segenggam.  Buat suku-suku separuh lepas tu aku buat IF 12:12. Selang beberapa hari buat tu, aku nekad nak lompat pada IF 10:14. Alhhamdulillah jadi weh...setakat ni, in shaa Allah pada masa akan datang juga.

Cikgu batik aku, Cik Mat tanya kenapa tiba-tiba nak diet ... aku jawab senang aku nak mengorat yang lain. Hak hak hak hak. 

Tak adalah, kita sendiri lah rasa tubuh kita tu macamana, sebelum badan aku membelon dan  hancur kerana kerakusan aku terhadap makanan-makanan sedap di perbatasan negara ni baik aku kawal, walaupun dah terlewat, orang lain dah buat lama.

Aku nak kejar student pun dah mengah, jantung aku semakin lemah, nak sempurnakan duduk tahiyyat awal akhir pun seksa, baju pun banyak yang tak boleh pakai padahal semua elok-elok  belaka...aku rasa macam banyak benda delayed dalam aktiviti harian aku kerana menggendong benda tak terpakai dalam tubuh, terasa yang amat weh... lalu pada suatu hari entah hari apa aku nekad sungguh-sungguh.

Semoga pada hari aku kurus kelak, aku kekal tak pakai make up, kekal pakai baju selekeh dengan selipar buruk dan kekal humble dan tak berlagak... dan aku mampu menari dan shuffle depan laki aku macam dulu-dulu kala... bukan depan lelaki dan laki orang kat luar sana. HAKS!



                                                            Foto: Sumber internet




Friday, May 15, 2026

DIET

 Weiii

Aku nak crita pasal diet ni, dah lebih 1o taun aku niat diet...diet sekejap -fail...time mai angin kus kus tiba2 diet lagi.pas tu fail ... ini kali lah Alhhamdulillah weiiii..10 hari aku bleh kontrol tak makan nasi puteh, air manis ada lah 2 hari itu pun cut kow kow ... Ya Allah.... macam mimpi Masya Allah

Kali ni aku tak gedik nak cari partner diet, aku tak gedik nak buat announcement kot fesbuk, sebab aku tau tahap semangat aku pasal diet ni macam dopamin dalam tubuh aku. Naik sekejap je

Aku nak tulis banyak lagi tapi cukuplah dulu aku nak announce dengan gediknya kepada pembaca yang tidak aku kenali bahawasanya, aku berjaya diet oiiiii dengan izin Allah. Yu huuuuu.




Escapism

Minggu ni ada hari aku ulang alik RP-KB.

Ada benda triggered diri untuk balik ke rumah lama. Alhhamdulillah. Kalau tak, aku macam berada di comfort zone, tak mau keluar dari rumah kecil di sini. 

Teringat time teman arwah mak dalam bulan puasa, ajak duduk sekali mak tak mau last - last aku ulang alik RP-. KB sebulan Ramadhan. Angkut anak-anak. Petang gerak, lepas sahur drive sini.

Kali ni aku dan Asma saja yang balik. Anak-anak ada periksa penggal sebenarnya, tapi kalau dah tak tahan aku dah tak hirau benda... aku redah. Dengan mata pun dah tak berapa sharp, kaki kiri cepat angkat bendera putih, kudrat pun dah tak seperti dulu tapi bila hati kata jom!...aku memang tak peduli. 

Dah lama aku tak balik rumah lama, sejak mek tak ada aku balik hanya pada hari raya, atau saudara mara buat makan. Itu saja. Tapi minggu ni ada sesuatu yang triggered. Sesuatu tu, aku dah sabar lama, dan aku dah penat ulang suara...

Jadi, aku malas cakap banyak...aku lari. Hahaha. Aku zone out hinggalah hati aku ni normal balik.

Sometimes we tolerate things too much till  we hurt ourselves, then we break down and we burnt out. .Furthermore, people whom we consider they are part of us, don't seem to understand the circumstances. Imagine how pathetic it is.

Well, time heals. 


Foto: sumber internet


Wednesday, April 29, 2026

Bhutan

Jika ada yang bertanya negara mana aku nak gi, aku nak ke Bhutan

I'm not a person who likes travel. I jenis 'perumahan'😑, but Bhutan, i really want to go there.

Ada banyak cerita tentang aku di sana. Aku pasti ada bhutanese yang membawang pasal aku, and i am somebody to them, not just kawan dari medsos. Sama juga macam perasaan aku kat diorang. They are not strangers, walaupun tak pernah jumpa. Berbual, bertanya khabar over 20years, itu bukan lagi strangers.

Aku rindukan Chuki, kawan perempuan yang baik hati.

 Sebelum jumpa Chuki, aku lost contact dgn chimi, aku randomly email siapa2 yang dekat sana semata=mata nak cari Chimi. First aku email Chimi journalist, dia reply tapi she didnt help much. Mana aku dapat nama dia, as i said earlier i simply chose. nama pun sama, aku ingt itu Chimi yang aku cari tapi bukan. then barulah aku approach Chuki, Chukilah yang tolong aku dapatkan information pasal Chimi. Yang aku tau Chimi dah berenti kerja dekat Rhabsel n tours n jadi sami tu dari dia. Dan dia jugalah yang expose latar belakang Chimi masa tu. Yang aku tak pernah tau, which is Chimi pun ak rasa unintentionally tak mau bagitau aku.

Dari situ aku dah anggap Chuki kawan yang dekat sangat, macam "Chuki esok kita nak makan apa ya?" even jauh merentas gunung ganang sana hubungan aku dgn dia. Dari dia kerja as gov servant sampailah dia berhenti buat business sendri n collapse, and ada masalah dlm rumah dia... and sometimes lost a few chapter of our daily life,..tapi kita masih kawan. dari anaknya darjah 2 hinggalah wangmo tu dah habis kolej n kahwin. Then, Chuki lost...

Aku nak cari tak daya, jauh. Aku just mesej kot messenger fb, dia tak reply. berbulan2 menyepi, makan tahun mungkin...aku tak ingt nk hitung timeline.

ONE day Chuki reply. Dia kata dia kena penjara 15 tahun, yang ni dia boleh reply sbb dapat kelonggaran keluar penjara due to kematian suami. Tak lama hanya beberapa minggu kat rumah mak.

Dia tak mau bagitau sebab apa... Tapi seingat aku sebelum kami lost contact dia ada tanya aku nak pinjam duit. Saja2lah dia tanya sbb dia pun tahu aku dengan dia lebih kurang je dari segi financial, mungkin mengharapkan keajaiban dari jawapan aku. Aku tak ada duit sebanyak yang dia minta, aku tanya nak buat apa pun dia tak jawab

I respect her choice and privacy btw.

Dan yang buat aku sedih, dia kata last mesej yang aku hantar kat dia tu... yang reply tu bukan dari dia, warden penjara yang tolong jawabkan. aku ingat lagi teks tu berbunyi lebih kurang ; Got problem. Sebb aku tanya kenapa lama tak dengar khabar.

Chuki kata, dekat penjara dia tak buat apa, cuma dia suka tanam bunga. Penjara dah jadi cantik sebab bunga yang dia tanam. 😢😭. Sedih la, rindu. 15 tahun, sisa mungkin lagi 10 tahun untuk jumpa Chuki balik. FYI, bunga kat Bhutan tak sama dengan bunga kat tempat kita, ada yang hidup celah batu. Bunga juga lawa dan pelik2. Kitorang selalu share gambar bunga masing2. Time aku kawan dgn Chimi dulu, benda2 yang kami nak share aku pos je ke sana, Mahal nak mmppp... Chimi pun ada poskan aku buku pasal Bhutan ...2 buah. Dia tau aku suka buku. Tapi bila dengan Chuki aku tak mampu dah nak poskan barang, mencanak naik harga pos. Komitmen pun da tinggi.

Dengan umur kami, masih ada peluangkah untuk jumpa. FB chuki pun dah deactivate, sama dgn fb page business dia. Wallahu a'lam. Untuk rakan2 non Muslim aku, kalian memang selalu ada dalam doa ...semoga kalian berjumpa kembali jalan fitrah. Aku pun tak tahu hujung nyawa aku macamana, semoga kunci syurga aku mampu ikat kemas di hujung lisan aku ni hingga ke akhirnya, dan kunci syurga itu juga akan dimiliki oleh orang2 yang pernah hadir dalam hidup aku, termasuklah kalian kawan2ku yang masih tidak beriman tapi punya hati yang sangat baik. 










Tabloid

 Sekarang ni buka facebook macam baca tabloid.

Tak sama seperti dulu-dulu. Aku pun dah tak seronok nak share daily life dengan orang yang tak de kena mengena dalam hidup aku. Bila aku buka fesbuk sekarang, macam buka Harian Metro, Majalah URTV, Mangga, Berita Harian. Ya, macam baca paper. On the other hand, aku terpaksa juga open public akaun fb aku tu atas nama 'bisnes', supaya orang yang tak da kena mengena dengan life aku tau aku jual apa dan moga2 ada rezeki dari situ (Malangnya soal perihal bisnes aku pun aku tak berapa nak ekspos dekat sana. Hmm)

Anak aku gen Z adalah bertanya macamana nak bagi subjek BM A, tambah-tambah part karangan. Aku spontan jawab. "Owh, kena rajin la buka facebook. Barulah ada idea nak mengakal."

"Fesbook yang medsos makcik-makcik tu?!"

Hampeh. Medsos makcik-makcik.

Diorangkan alam tiktok, video pantas... membantu ke buat karangan?

Ingat tak cikgu-cikgu zaman kita 90-an dulu pesan apa? "Rajin-rajin la baca surat khabar, barulah kita ada pengisian untuk buat karangan" ✌

Hari rajin

 Hari ini hari rajin. Semalam hari lumpuh.

Begitulah kitar hidup aku yang tak berkerja dengan orang. Boleh pilih mana hari rajin dan mana hari malas. Sebenarnya ada hari aku kena kerja, otak aku susun banyak benda dan it-is-a-must-to-do-list, tapi saraf motor jem,  tak bersambung dengan anggota badan. Lumpuh aku hari tu.  Tapi bila mai hari rajin, otak tak sempat nak bagi order tangan kaki dah mencapah ke sana ke mari.

Anak-anak dah sekolah semua, abe hari ni kena bertugas kat sekolah jadi penyambut tetamu untuk hari syarahan kalau tak silap. Bangun pagi abe jadi mudah sebab ada benda baru yang dia kena buat kat sekolah, excited. Imam macam biasa, pukul 7 semua yang dia kena bawa ke sekolah dah tersusun rapi kat muka pintu. Najah pula, semalam seharian tak mandi sejak pagi, hari ni tak mandi lagi. Malas aku nak jadi mak singa. Balik karang tau la dia. 

Asma? Asma tak sekolah hari ni. "Ma xsey di sekolah mami esok. Tak belajar."😐

Cerita anak-anak ni tak ada kesudahan, tambah lagi tiga orang dah masuk alam remaja. Lagi banyak cerita yang diorang kongsi. Macam-macam hal dan kadang-kadang akan menerbitkan semula kisah lama kita waktu lalu. 


Hari ni aku nak buat apa ya? 

pagi dah siap dengan pokok bunga, porch aku dah siap basuh, kain baju on the way nak bilas, ruang tamu aku sedang siapkan sambil2 menaip ni hihihi. Aku nak salin tikar getah jap lagi. beli tak sampai 3 bulan dah nak bertukar..itulah kau bela mambang kaki empat berbulu corak-corak. Reti nak menggaru kerjanya. Lepas tu baru la aku masuk dapur ... bab dapur ni, lemah betul semangat aku.

Nanti aku tulis lagi. Tadaaa. 💝💕






Monday, April 27, 2026

Tebuk lubang butang oiii

 Dua tiga hari lepas aku belek kisah-kisah basi aku. Seronok betul baca kisah lama, hehe. Menghimbau banyak kenangan.  Sepatutnya aku teruskan menulis seperti itu, menulis untuk aku. Bukan untuk orang lain. 

Well, it supposed to be that way.

Apa cerita hari ini?

 Kisahnya malam tadi aku kena jaga booth dekat KBmall.

Kak Su, (yang aku save no whatsappnya sebagai kelas batik) dah tanya aku sebelum tu ok tak aku kena jaga booth kraf. Aku ok saja kalau hari bekerja. Jadi, aku kena bertugas sebelah petang, at about 6pm-10pm. Dah tu, sampai rumah lebih kurang 11pm+. tungtangtungtang around 2 gak la hari aku berakhir. 2AM ni waktu normal aku tutup 'buku'.😀

So,pagi2 aku chill.  Ye lah, dah banyak guna tenaga duk time travel dari semalam ke hari berikutnya. Tambah-tambah kalau time aku jadi kelawar yang langsung mata tak boleh nak shut down. Jadi back to cerita hari ni, niatnya nak mereput sajalah kat rumah...tuptup kaksu call tanya ada nak pi mana2 tak pagi ni. Aku macam blurr, memang aku tak pi mana tapi aku dah set nak berkhalwat dalam gua je.  "Tak pi mana2 kaksu, ada pa?"

"Kalau tak da pa mai kot ni metar." metar=sekejap.
"Orait..tapi nak kena setel benda jap." 
"Orait..setel2 kerja za dulu k."
Setel benda pebenda, aku nak beli nasi je pun dan ada la satu hal nak qr payment duit komuniti tak lepas. aku bab2 benda leceh ni boleh naik darah... Then selesai kerja2 peribadi aku (termasuk menjadi tenggiling) aku bersiap nak pi kilang (which is aku lebih suka panggil kilang batik cikgu Mat as studio).

Otak aku waktu tu punyalah flat sampai aku tak fikir banyak apa yang kalut sangat kaksu call aku pepagi buta walaupun itu bukan tabiat dia. Aku jalannn je macam zombi. Soon after that another call came in dari Kaksu . "Beli pisau Zaaaaa! pisau kecik, pisau lipat. Lubang butang kemeja tak siap lagi ni oiiii."

walaweiiiii! Rupa-rupanya kemeja yang nak dipamerkan untuk ekspo Felcra KL tak siap lubang butang. Kakaka. Tengahari dah nak gerak sana. Baideway. Good Luck Kaksu! All the Best In shaa Allah.


foto: Kemeja batik clay air tangan kitorang, design ni latest 2026. 











Thursday, April 23, 2026

Sekadar Menjenguk

 2026 

Blog ni sentiasa aku ingat, sentiasa aku bayangkan apa yang hendak ditulis, 

Tapi

Sekadar membayangkan tidak memaknai apa-apa. Tidak berbekas di layar skrin, seolah-olah tuannya sudah lama tiada di alam maya ini.

Ada, aku ada saja. Cuma bersembunyi di dalam realiti. Sedar tak sedar aku sekarang sedang mengintai senja dari jendela di daerah Bumi

Aku mula menulis di sini lebih kurang dua dekad yang lalu. Bila mengintai jejak waktuku, rentak alun frasa dan klausa berubah tiap kali melangkau batas waktu.

Hari ini aku datang lagi diari mayaku

Terlalu banyak hendak aku tulis untuk dunia, sekadar tatapan pedoman dari kisah hidup insan kerdil ini kepada yang singgah.

Entah dari mana hendak aku mulakan, kerana dalam tempoh ketidakwujudan aku di sini, siri-siri cerita yang terkumpul di ruang hati telah aku bungkus dan aku simpan kemas-kemas. 

Saturday, August 3, 2024

Menyerah sajalah

Menyerah sajalah. Serahkan semua kepada Dia. Hari sudah masuk senja, hati kita ini kita serahkan saja kepada Dia. Sedih, gembira, suka, duka. Kembalikan saja kepadaNya. Harapan pada dunia, kita tak dapat apa. Andai dapat kita miliki pun, nilainya mahu disandar kepada apa, kepada siapa? Harapan, yang tersandar atas nama cinta makhluk ini sangatlah punya potensi untuk goyah. 


Serahkan semua padaNya. 

Hidup ini, kegembiraanmu hanyalah ketika bersama Tuhan. Percayalah.

Monday, July 1, 2024

Dunia ini sepi

 Dunia blog ini sepi kecuali ada yang sudi singgah dan baca

Blog bukanlah sebuah diari, bukan juga satu lembaran isi hati. Kelasnya mungkin sebuah antalogi cerita-cerita basi, yang telah berlalu. Cerita-cerita tentang memori, tentang pemerhatian peribadi sang penulis, cerita yang lebih umum. 

Penulisan ini, matang berkadaran dengan usia. Alhhamdulillah, matang sudah walau ada sisi bodohnya. 

Dalam dunia blog yang kian sepi ini, siapalah yang sudi membuka baca setiap kali saya terbitkan di dada skrin ini? Siapalah agaknya walau tak ramai. Atau tidak ada sesiapa pun kecuali sistem yang menyemak balas.

Saturday, April 13, 2024

Akulah yang manja

 Semalam aku bertemu mereka, para pengasuhku masa kecil dahulu.

Sudah berdekad tidak berjumpa mata sesama, jadi sepanjang dekad itu bayangan mereka hanyalah ketika remaja dan muda. Sekali, aku terkedu memandang wajah-wajah mereka seorang demi seorang. Air mata ingin tumpah namun terpaksa aku tahan. Begitu rupanya masa memamah tubuh kami semua, Sudah uzur abang-abang pengasuhku yang baik. 

Semasa kecil, aku punyai ramai pengasuh. Selain dari ibu-ibu saudara aku dimanjai kakak-kakak dan abang-abang jiran sekampung. Aku menjadi manja kerana dimanjai mereka. 

Kalau dengan kakak-kakak pengasuh, aku diheret ke mana saja hingga ke taman tema dan tempat kerja. Sering juga tidur di rumah jiran-jiran, jika mereka ke dapur, aku ke dapur, mereka ke tanah aku ke tanah. Musim raya aku jadi tukang sibuk tunggu kakak pengasuh bakar biskut raya. 

Kalau dengan abang-abang akulah yang paling nakal. Teringat aku pernah curi surat cinta dalam beg sekolah A.Di, baca sebaris dua aku lari bawa balik rumah. Baru saja buka helaian surat terdengar basikal Adi, "Hoi! Hoi!..." Terkocoh-kocoh Adi meluru, merampas kembali surat cintanya. "Eiii budak ni..Eiii!!"  Nak marah lebih-lebih tak boleh maklumlah aku budak asuhannya yang manja. Ya Allah, nakal sungguh aku masa kecilnya. Maaf zahir batin Adi.

 Teringat pula perihal bergaduh sebab kacau makan megi. Sudahlah kawan tu simpan megi sebungkus dengan penuh kasih sayang. Aku tau punyalah dia sorok tak mau berkongsi, akhirnya aku juga yang bertenggek tepi mangkuk mamee ayamnya. "Geram laaa hoooo." Geram pun dapat juga sesuap dua megi Adi.

Adi balik sekolah, balik main, Adi tidur tengahari ...aku juga yang tukang kacau. Tarik rambut, pijak belakang. Sampai Adi buat-buat menangis. Nakal sungguh.


Itu baru Adi. Belum cerita lagi aku dengan A.Mi. dan abang kembar yang selalu aku ingati. Banyak juga kenangan di rumah mereka. Sebab aku tak ada abang, mereka semua abang-abangku. Aku tak kisah kena buli, kena bebel, kena 'prank'... sebab masa mak kerja mereka akan jaga aku. Bila aku di luar rumah mereka adalah mata-mata yang mengawasi keselamatan aku. TAk kurang dapat ais-krim free. Dapat baca komik dan novel koleksi abeyea dan abewea. 


Bila semua kerja dan berumah tangga, aku mula hadkan batas. Tidak lagi bergurau dan berbual, jumpa juga hanya masa raya. Itulah bezanya pengasuh abang-abang berbanding pengasuh perempuan. Zaman kecil dan sekarang tidak lagi sama. Tapi kasih aku pada mereka tetap tidak kurang malah semakin aku mendoakan mereka dalam diam. Agar mereka sentiasa sihat dan dalam kasih sayang Tuhan, sebagaimana mereka memberi aku kasih sayang sehingga sekarang.


Masa A.Mi meninggal Adi tanya aku. "Kak, ingat tak lagi A.Mi ngasuh kak zaman kecil."

"Ingat." Aku hanya jawab sepatah. Ami meninggal beberapa tahun lepas.  Ami pendiam orangnya, rajin tolong orang tua dan yang aku tak lupa Ami dan lembunya. 

Masa aku sekolah menengah, Adi datang jumpa aku dan bagi 'warning' "Kalau Adi nampak kamu jalan dengan orang laki, dua-dua Adi sepak masuk parit besar Pasar Kota Bharu tu." Sampai ke sudah aku tak berani couple. 

"Kalau dia boleh, kalau orang tak boleh."

"Ah...Tak kira!"


Semalam, lama aku tak jumpa A.wea... sekali dia membebel sebab aku campur-campur air sirap dan oren untuk anak. Langsung aku teringat zaman kecil kami. Begitulah dia membebel padaku masa aku kecil dahulu. "Ha,, campur lagi, campur semua ..air jagung tu campur. Biar cerah perut anak." A.wea mengomel. Cerah perut dalam daerah kami maksudnya cirit-birit. 

"Cerah perut la molek, putih sikit." Aku ketawa.  

Abe Wea sudah uzur, tubuhnya kurus saja, ada terkena strok ringan. Ayea juga tidak sihat mana. Jantung Adie sudah pun dioperasi. Amie, sudah meninggalkan kami semua. Awea dan Ayea sama baya dengan arwah kakNorli, Adie Amie sama baya dengan Kakros. Mereka tak adalah tua mana, kalau pangkat abang sepertinya mereka abang sulung dan abang tengah.

Nak bermanja seperti masa kita kecil tidak lagi mungkin, hanyalah tinggal aku yang mendoakan agar Tuhan menyayangi mereka sebagaimana mereka pernah menyayangi aku suatu masa dahulu. Biarlah Tuhan menjaga mereka seperti mereka menjaga aku ketika kecil dahulu. Aku adalah saksi perbuatan baik mereka... in shaa Allah.


Sepanjang aku memandu pulang, air mataku tumpah laju. Sudah uzur mereka semua, pilunya hati ini. Tuhan, jagalah mereka, para pengasuhku.


Wednesday, January 3, 2024

CINTA PEMUDA CINA


Hampir sedekad lalu, seorang pemuda cina, yang dia panggil saya dengan gelaran kak, pernah tenggelam dan karam dalam laut cinta seorang janda Melayu. Punya anak dua. Saat karam hatinya, terlantar dia di hospital, sasau tidak menentu sepanjang tempoh itu. "Apa lagi salah kita kak, saya bagi duit tiap-tiap bulan, anak-anak dia pun saya bagi. Kalau dikira sepanjang saya dengan dia sudah puluh ribu saya belanja."
"Dah kamu tak cerdik. Nak melabur pun biarlah tunggu halal. Kamu tu kenalah Islam dulu. Yakinnya kamu dia tu hak kamu. Baru dua tahun. "
Pemuda cina itu, penasaran tidak menentu, makan sudah tidak mahu, tidur juga tidak berjam waktu. Terpaksalah saya menahan amukan perasaannya. Cuba usahakan penyelesaian. "Tak apalah, biar kak bercakap dengan dia. Mana contactnya."
Tiba-tiba saya pula menjadi 'The Go Between.'
"Kak, saya bukannya ada perasaan macam tu sekali. Kerja sama-sama, saya cuma saja-saja hantar nota adalah sedikit simbol love dan ayat yang saya rasa macam biasa. Dia saja lebih-lebih. Saya anggap dia kawan baik." Dan bla-bla-bla-bla. Jawapan dari sebelah perempuan, saya sendiri hampir bingung. Kamu bermain dengan perasaan pemuda yang masih tak punya pengalaman macam kamu. Tentulah dia menyambutnya dengan naif. Sudah itu, kenapa setelah bertahun baru hendak bersuara mewakili diri. Sudah dalam perasaannya.
Begitulah, jika Tuhan berkata jangan maka jangan. Natijahnya, sebuah kehancuran. Hancur hati, hancur kepercayaan, hancur harga diri.
"Sudahlah. Kak pun tak tahu nak cerita macamana lagi. Biarlah dia dengan dunia dia. Budak baik, mestilah ramai yang tunggu kamu, kan? Macam kamu ni, kalau akak ada adik yang single, tentu dah temukan kamu. Jangan kau nak terjun laut pula! Kau ni bukan boleh diharap kalau dah meroyan begini." apa lagi yang boleh saya kata, hanya itu sahaja, selebihnya hanya mampu menjadi pendengar setia, sekurang-kurang ringan beban jiwanya.
Katanya sudah move on, sampai sekarang masih sendiri.
Jika R^s!s itu umum, lalu bagaimana dengan cinta pemuda cina ini. Cinta tidak kenal adakah kamu Melayu atau Cina, adakah kamu India atau Kadazan. Bagaimanakah Bilal Bin Rabah jika pada zaman Nabi SAW. Bagaimanakah Adam Corie, pada zaman kita ini?
R^s!s itu milik individu yang dalam hatinya berbuku prejudis dan pesimis. Ia milik individu. Terpulang kepada kamu, atau saya untuk memandang siapa mereka di sisi kita.
Tuhan tidak menghukum dengan apa yang diniat, Tuhan menghukum apa yang diperbuat. Wallahua'lam.
Dia adikku yang baik, seorang pemuda cina.

Foto Sumber Google>Ctto





Comment
Share

Friday, May 26, 2023

Redup kasihNya


Sebagaimana redup hari terakhirmu di sini
Sebagaimana redup kasihmu kepadaku
Sebagaimana redup hatimu yang rendah itu
Sebagaimana redup dunia menghantarmu
Dengan hawa sejuk dan damai
Barangkali Firdausi menggamit
Senang
Menunjuk-nunjuk akan kasih Tuhan.
Mandi bersih bersih
Pakai cantik cantik
Dengan kain kapas putih
Wangian barus bidara
Sungguh lawa berseri
Wajah kekuningan lagi
Sungguh untung sekali
Selamat berpergian , kekandaku sayang
In Shaa Allah Husnul Khatimah.


Dedikasi buat kekanda
Norizan Che Harun
Jumaat
1 pagi
26 May 2023

Nukilan
Zaharaini MG






Wednesday, February 1, 2023

Menifestasi kasih Ibrahim

 Pagi ini saya menyaksikan menifestasi kasih 'Ibrahim a.s'.

Selalunya Aidil Adha itu, disambut kadang hanya sekadar upacara. Segelintir menyaksi dengan roh dan rasa.
Sang gembala lah selalunya menyorot perasaan Ibrahim A.S, kerana kasih kepada yang bakal dikorbankan.
Pagi ini bila mendengar
Hamba Tuhan mencari seekor kambing jantan
Hanya untuk nilai nyawa seorang anak
"Anak sihat nanti, berniat cari kambing jantan, untuk jamuan makan-makan."
Dialog itu menerbak ke hati saya, spontan berkata... sungguh yang berlaku dari sekecil zarah mahupun sebesar gunung bersamanya rahmat dah kasih Allah. Bukanlah zalim seperti apa yang terlihat dari zahir.
Anak, jika nyawa boleh ditukar ganti.

Sunday, January 29, 2023

Along abadi di hati


Bagai semalam terasa hangat tangan  tokmi 
Menyuap nasi ke mulut kami
Berkongsi makan pakai segala
Zaman  bersama Along
Pantas menerjah memori
sesaat along pergi

Hening subuh ini
Mengimbas Along 
Yang berhati suci

Entah seakrab mana
Walau masing-masing
sudah punya hidup sendiri
Bersama teman takdir di sisi
Tetap aku menunggu Along 
Di birai rumah tokmi

Suka aku mendengar 
Cerita tentang kerjanya
Cerita tentang surinya
Cerita tentang anaknya

Dan halaman tokmi
Anak-anak kecil kami 
Berlari-lari ria


Bersama Along 
Tuhan menitip pesan
Dan memberi ajaran
Bahawa 
Tidak mustahil bagiNya
Dari manusia yang tidak dipandang 
Kepada insan bermasa hadapan

Walau nista orang lemparkan
Aku tahu Along
bukanlah calang-calang 



Along bintang tersembunyi


Along
Ahmad Syakir Zainal Abidin
Kasih sayang terabadi




Saturday, January 28, 2023

AKTIVITI : Masuk Nilai



    Asma tidur awal, Najah tidur awal. 10 aktiviti sehari dua beradik itu sudah selesai.

    Manakala Abe dan Imam masih terkial-kial, pukul enam masih ada tujuh tugasan belum selesai. Maka kelam kabutlah dua anak lelaki saya mencari 'kerja'. 

    Hari ke dua, Abe senaraikan tugas pada minit akhir di nota vivo. Dia membilang-bilang apa yang perlu dilakukan. "Sapu sampah siap dah, mengaji siap dah, kemas lipat kain abe pun siap, apa lagi .. apa lagi ya Mami, baca buku siap dah, kerja matematik pun siap..." 

    Di luar hujan masih menitik, jadi skop kerja agak sempit. Langit sudah berbalam kelam, menjemput Maghrib yang bakal bertandang.

    "Kalau macam tu baca la buku BI, cari lah apa-apa kerja dalam rumah ni...jogging ke, apa-apa saja." 

    Kemudian, saya lihat Abe memegang 'Salvation of a Saint', sebuah novel penyiasatan Inggeris yang terselit antara buku-buku bacaan di rak. tidak lama selepas itu dua beradik mula jogging dalam rumah sekitar sepuluh minit. Selepas Isyak pula kedengaran lantunan al-Mulk, mengambil saranan Maminya untuk memulakan hafazan surah sebanyak 1-2 ayat sehari.

    "Ime tiru aktiviti abe ke!?" 

    "Ye lah, Ime tengok senarai di telefon abe." Praktikal.

    "Hemmpph."


    Sebenarnya, ilham ini min fadli Rabbi. 

    Suatu masa dalam siri 10 aktiviti sehari ini, biiznillah akan saya kupas kepada anak-anak akan nilai kerja yang murni, reward atau upah komitmen ini palsu sahaja. Kerja yang tidak bernilai ubudiyyah akan sia-sia. Tidak sampai ke mana. Suatu masa yang sesuai bersama anak-anak perlahan-lahan in shaa Allah. 

Friday, August 19, 2022

IYS

 IYS.

DUNIA real satu masa dulu. Kami berhubung dengan rakan global melalui IYS.


IYS merujuk kepada International' Youth Society. Sistem IYS ni, kita kena pilih rawak tiga rakan dari pelbagai negara dengan mengisi borang. Dulu (tingkatan tiga) saya pilih Perancis dan dua buah negara lain. 


Saya dapat rakan dari Perancis. Virginia perslier. Kami berutus surat selama beberapa tahun sehingga lah terputus hubungan. Surat tak berbalas lagi. Saya agak mungkin kerana sambung belajar atau pindah.


Surat pertama ringkas saja, surat -surat seterusnya disertakan foto. Kami menulis berkenaan negara masing-masing dan aktiviti harian. Bayangkan bagaimana perasaan menanti surat dari rakan pena, jauh di seberang laut.


Di peringkat sekolah tinggi, saya ada beberapa orang rakan Jepun. Pernah beraya di rumah. Hiro, Mitsue, Miyamoto. Kami  juga terputus hubungan setelah tamat belajar. Jepun sistem media sosialnya tidak sama. Bila masing-masing berkeluarga ada Hiro bagitahu saya lewat emelnya, untuk ke Malaysia bersama isteri. Katanya mahu memperkenalkan isterinya kepada saya. Takdir, kami tidak bertemu kerana mereka terus ke Langkawi sedangkan saya terikat dengan kerja.


Sebelum kahwin, saya juga ada special case ala-ala dalam novel, seorang yang saya kenal melalui ICQ. Perkenalan ini membawa kepada pertemuan dengan seorang kawan yang baik sehingga ke hari ini iaitu bekas penjawat awam negara Bhutan yang sekarang membuka agensi pelancongan Yoezer Chenma Travels . Rasanya sudah lebih 15 tahun persahabatan jarak jauh ini, dari anak belum sekolah hinggalah sekarang anak daranya masuk kolej. Sebelum itu saya pernah menghubungi seorang journalist di sana, chuki wangmo. Demi mencari kawan pertama yang hilang dari radar, sampai sekarang tak jumpa.


Begitulah secebis kisah bagaimana pada zaman saya, sebuah persahabatan dibina secara nyata.


Hanya gambar  dan surat2 perslier yang tak ada.

Tuesday, August 9, 2022

TKD dan anak

 

Add to your post
Post