Sunday, January 31, 2010

cerita motivasi pengalaman student phd... ngeh ngeh , (disedut dari email hamba)



Assalamualaikum....
Wasap....wasap....Hamdah in the house.....Hihi.....Hepi2 sikit rrr mlm2 mcm ni...Dah dekat kul 3 pg ni.... mata aku masih segar bugar...anak2 dan suami dah tido....Rindu aku kat korang semua.....RINDU...UUUU...RINDU SERINDU-RINDUNYA.....
Malam ni aku bz tahap cicak kubin jer.....so....kesibukan tahap transformer akan kembali lagi nnt...
Aku skrg malam2 pun pergi lab. Balik petang jam 6, ambil anak....malam dalam pukul 11.15, pergi lagi...aku kena survive utk 3 thn +++, sepanjang pengajian aku.. Anak2 aku memang tido dlm keter lah jwbnya... Aku kesian kat hubby aku, balik tusyen jam 10.30, then makan kejap...then kami akan bergegas ke UM...perjalanan ambil masa 30minit...ambil reading dlm 40 minit, dekat kul 1 baru sampai rumah pula., pengorbanan yang cukup besar dlm perjuangan menuntut ilmu ni...aku sedih ni...Kadang2 aku stress dgn kerja2 aku, terpaksa lah dia menjadi pendengar setia...Aku doakan semoga Allah mudahkan perjalann aku.
KAt UM ni Ada Miah dan Zahian, sesekali kitaorg lunch sama2 dan bercerita hal masing2 serta cabaran n ujian hidup .Syukur ada mrk sbb aku memang x ramai kwn kat sini...
Bestnya, korang buat mini reunion, tapi aku x balik raya Cina ni...aku baru jer balik tengok mak aku... Kalau korang free2 g rrr ziarah mak aku...mesti dia hepi...tolong tengok2 kan bagi pihak aku...
Ida: Tadi aku g Myddin tapi x jumpa pun mun...Mun sokmo g bila Myddin? Awal bulan ker akhir bulan...sedap nama ahdanajiha tu....nama anak2 mun memang unik...Ida, aku tunggu mun sambung.Mari lah jale rumah aku lagi bawa ahda pulak, hari tu mun bawa aufa...
Anis Harnisah: Nis, kalau lah mun ada di alam maya ni...boleh ker aku dptkan no phone mun, dan alamat kedai opto mun tu. Aku di nasihatkan pakai photogrey. Aku nak tahu harga nya , hw much?
Anis Idayu: Nis, rupanya Denai Alam n NUsa SUbang x jauh... Abg ipar aku tu dah pindah Bukit Subang, minggu ni ajer dah 5,6 kali aku lalu depan Denai Alam tu...nnt lah aku buat visit ke rumah mun, Insya Allah.
Yani: Akhirnya awak dah habis belajar yer. So skrg dah jadi DR. WAN IRYANI, alhamdulillah...TAhniah... Saya di sini baru nak bermula....Maaf lah saya x tahu pasal rumah kat Puncak Alam sangat, dan x der pengalaman pasal maid2 ni, x dapat nak menolong.
Wana: Saya memang nak pergi sangat klinik gg awak tu, nk bw anak2 sekali, insya Allah, will ctc u later on.

Enough with rat race?


Malam tadi bapak memulakan sesi menaik-anginkan aku...


"Abang long dah pergi ke China, dah bentang projek di China dah ha...."


Ab. Long yang sekarang di UK, dah travel banyak negara dah, bapak TIBA-TIBA menganginkan aku dengan nama dia..., ish. lagi malang Long jauh lebih muda ... kenapa laaa tiba-tiba bapak mengenengahkan nama sepupu saat aku sesak nafas. Fuh... berasap.


Tersirap darah anakanda. Bapak memang pandai menjentik nafsuku... nasib baik dah matang. Kalau tak maka akan bermula lah sekali lagi sidang parlimen tak rasmi dalam rumah tu. Aku kan anak bapak.


Mak senyap je, bagi mak tak ke mana-mana lagi BAGUS.


Aku jawab sambil kontrol nafas. " Orang pun buleh je nak gi, kalau result yang ni okay. Ingat nak fly Indonesia dulu..." Waaaahhhh.. memandai...banyak duit anakanda!... itulah bapak, sapa suruh cabar anakanda yang ganas ni.


"Apa kelas Indonesia..." huk...Bapak bilang apa kelas Indonesia!? Haaa... bapak! Ngeee.... Sabor Sabor ...


"Orang nak gi ke Gajahmada..."

"Kalau uni dia buleh la.."


Dan aku cepat-cepat cari isu mengenai kegawatan ekonomi ... dan bla bla..sambil-sambil berusaha menurunkan tahap takat didih minyak dalam tubuh. Comel apa indonesia..?bahasku dalam hati.


Dari kecik sampai ke tua... Termengah2 aku berlumba dengan sepupu sepapat dalam hal potensi diri. Kalau tak bagus, habis la kena kondem. Kondem yang aku tak larat nak dengar. Yang menyakitkan hati. Penat aku ... penat!


Selepas secara tak sengaja menyahut cabaran bapak.. (BAPAK SELALU MENCABAR AKU DENGAN CARA INI///) aku tiba-tiba terfikir... kenapa nak diturut sangat. Dah itu rezeki sepupu aku, tu tak kira sepupunya sepupu aku yang kat amarika lagi, sepupu aku yang gah dengan BITARA maresma lagi... aku PENAT GILA DENGAN RAT RACE begini... Biarlah aku jadi aku...


Masa aku mintak nak ke Mesir lepas spm dulu, depa tak pula kasi (result aku tak ok kot, tapi aku orangnya optimis, belum cuba belum tahu)...bertahun-tahun jugak aku menangis terkenang2kan tak dapat ke Mesir. Teringat Rasyidah dan Ummu aiman yang menetap di sana... kira makan tahun gak makan hati berulam jantung . Jangan di sebut mesir dekat telinnga , pantang aku dengar. Ab.Long nak ke UK dulu pun sempat gak hirup air mata... sambil2 kupas bawang masa kenduri kesyukuran beliau.


Masa dapat tawaran sambung master di fak Medik di UM , lagi la.//siap makan nasik cicah air mata...laki aku sampai tak tahu camana nak pujuk...


Dah nak aku balik , aku cari USM KK...sekarang dah balik...tak berpaling lagi dah...aku taruh semua hati ke bumi Melor. Nak ke Penang tempoh hari pun dah jadi berat... Jangan disuruh-suruh aku ke luar negeri lagi.


Tapi malam tadi, berseriau darah aku ... bapak meletakkan aku di trek lumba tikus kembali. Bapak memang geliga, serta merta penat balik dari penang hilang. Bapak, bapak, ... hadoi...jika dengan begitu membuatkan bapak gembira dan bapak bangga... aku rela penat demi bapak...


teringat cerita papadom... sapa tak sayang anak, cuma implementasi sikit lari...

Argg... ENOUGH WITH RAT RACE PLS....

Saturday, January 30, 2010

Semput nyawa

Arakian aku bersyukur sebab dapat felo

Namun begitu , tanggungjawabnya besar ya amat dong. Kena masuk high impak jurnal, kena interview every session, kena up date progress report.

Rasa macam semput nyawa, mana satu nak gagau dulu, nak tidur pun tak berani. Kalau nak study, nak study jurnal mana dulu. Banyak nak kena tahu. Nak makan rasa tak nikmat. Nafsu, tak cukup nafsu nak melingas ke lain perkara. Hari-hari , tiap minit, tiap saat dok fikir benda sama.

Itu sebab aku malas nak cuti hujung minggu, cuti pun otak ke sana...ke lab. Hingga kan aku dah terbayang-bayang bagaimana rupa 'viva' nanti. tesis macamana pula...?

Aku turun bas di Pasir Mas, awal pagi... Nak menghabiskan satu hari genap di rumah bersama 'hantu makmal' yang terawang-awang depan mata rasa macam nak demam.

REALLY THIS IS A REAL NIGHTMARE.

Ke Penang

Pagi-pagi sesudah subuh di Stesen Bas Sungai Nibong, aku tenung lama bungkusan nasik lemak sesenduk, dengan harapan nasi itu boleh bertukar jadi nasi berlauk ikan aya.

Tengahari makan di Anjung Budi, best. Bila aku sound ; Dik, teh beng satu." Adik comel tu pandang aku semacam, mungkin dia ingat aku kerabat raja siam. Oh... " Er..teh ais ya."
Masa makan-makan sambil tengok laut, bos komen anak mami comel-comel, ada pula yang putih-putih.

"Betul tu. Nak i pinangkan untuk u ke?" Aku melayan.
"Boleh juga."
"Yang mana satu? Yang tu?" Aku muncungkan kepada salah seorang adik.
"Mana-mana pun boleh."
"Okeh... tapi kena selidik dulu. Cukup semayang, cukup kaya ehehehe, ooo...minat anak mami rupanya...minat yang bara bara...u kawin dengan i , u nampak i macam anak mami agaknya."
"Betullah tu.."


Kalau ke mana-mana, cari tempat makan ranking nombor satu, cari tempat comel jatuh nombor dua.

Petang sebelum naik bas, ariesma razana kawan masa sekolah tumpangkan aku ke Suri. Makan-makan, habis char kuey teow aku ingat nak pesan abc dan capati nak rasa semua yang ada. Tapi aku tahan. Nafsu semata-mata.

Orang penang baik-baik belaka. Aku senyum, mereka senyum balik. Rasa mesra alam ini membuatkan aku bercita-cita nak ke sana semula then nak ambik bas rapid nombor lain pulak.

Itu sebab aku suka travel cara 'cowboy'... makan dengan mamak, mandi dalam tandas, tidur atas masjid, sesat jalan tanya orang. Mengasimilasikan budaya.

Wednesday, January 27, 2010

Tersurat dan Tersirat


-Tadi aku dan seorang member bercakap-cakap mengenai soal hati ... tiba-tiba cerita zaman dulu-dulu terbungkah semula. Terima kasih TUHAN kerana menganugerahi mereka.


Kawan,

Siapa yang mampu menduga hati, siapa pula yang berani mempercayai dua ulas bibir?

Seluruhnya kita Homo sapien berani. Berani menanggung risiko untuk menduga dan mempercayai.

Seluruhnya kita manusia mempunyai hati yang asalnya bersih putih (dan telah pun diwarnai)

Seluruhnya kita insan asalnya mengakui kewujudan tetapi ramai yang mewujudkan penafian mengenainya.


Mewujudkan penafian.

Adakah dengan menafikan sesuatu yang murni itu hati menjadi tenang?

Adakah menafikan sesuatu yang murni itu hati mampu untuk berbahagia?

Adakah menafikan sesuatu yang murni itu... satu kepuasan?

Murni itu seperti akidah fitrah
Murni itu seperti perasaan kasih sayang
Murni itu seperti sifat mahmudah//

Murni itu seperti perasaan
Menafikan sesuatu yang murni seperti perasaan; sedangkan riak wajah, air muka, gerak gaya tidak selari dengan penafian dari dua ulas bibir...kelihatannya amatlah tidak kena.

Tetapi siapa kita untuk menduga hati orang, cukuplah sekadar mempercayai kelibat dua ulas bibir. Lagi diduga, lagi melemaskan...

Jujurlah walau pahit...

rupanya kiasan itu besar hikmahnya...amatlah besar...tambah2 lagi kepada diri sendiri.

Tuesday, January 26, 2010

wajah


Spray spray spray sambil tunggu idea,..timbul minah ni, tetiba bos datang...masanya untuk pulang ye yeee!...oleh kerana balik awal malam ni, sambil tengok tv aku nak match reference dan rewrite manuskrip (2 hari cukup ke nak menulis, pasti tak cukup namun aku malas nak masuk zone panik nanti labwork aku berterabur, bak kata kezen aku mmutar itik, by the way..bos pun kata;say a tak nak u stress) ... anyway team mate dah hantar manuskrip dia hari ini, tahniah.

Manuskrip aku? InsyaAllah menyusul... akan kugoreng dengan releks dan bahagia, jangan bimbang otak ini milik Tuhan... esok sudah solat subuh tu aku nak panaskan enjin kereta terus.. pagi2 aku nak start lab, tunggu 16 jam...ambik result baru. hmm... Hah! pukul 1 pagi baru baca plate? ohh... kena ubah plan ..kena ubah plan... naya laki aku nanti.

Monday, January 25, 2010

lepas tekanan dengan paint..

yang okay setakat ini


Setakat ni, inilah graf aku yang paling okay...tapi kena work out something, oter sana sini sikit, masuk lab balik... duduk bertapa dalam 2 3 hari lagi supaya ekor dia turun ke 90 at least. segala label axis, dan tajuk tidak lulus untuk tayangan. Kalau jahat , taram masuk nilai sendiri je ni...tapi sebab prinsip sains sebagaimana yang kita belajar masa tingkatan 4 dulu, haruslah jujur dengan result. maka otomatik kena jujur. Kalau nak tipu memang senang, dah satu projek sorang...

Saturday, January 23, 2010

anak-anak kitorang yang tersayang



kokok dengan sinte, sinte adik beradik sabu... aman damai seia sekata semuanya...kokok masa tu kecik lagi





kokok zaman remaja, besar gedabak still berebut nak dok bawah ketiak bapak ... dengki dengan adik angkat beliau


Jelas tak mau mengalah...seb baik kuning bapak misali

Jeng jeng, sian tak? kuning masa mula-mula masuk jadi ahli keluarga... masa ni masih segan-segan nak makan nasik sedulang.


Sifat hasad dengki di bawak ke besar...err adik angkat beliau namanya opok a.k.a tapong (2 nama timbul akibat ketidaksefahaman ibubapa atau penjaga)

Kokok mengalami obesiti tahap 4 kerana makan non stop, pinggan xleh kering -merajuk




kokok zaman kecik2

kokok masa kecik



Ini sabu... besor macam anak rimau...bela dari kolumpo gi

Sabu & Sinte zaman remaja, Sabu baru balik jumpa doktor di ketereh, cucuk vitamin..kerajaan punya RM2 je

Sabu yang sporting...xnampak tengah senyum?

Sinte dari kecik sampai besar memang seekor yang matang dan macho..


banyak lagi gambo kenangan...tengok lama2 buleh menangis dibuatnya ...rindu giler kat sekor sekor ni...

gambo2 hasil seni arwah adik


pemandangan waktu senja-
gambar dalam paya, pink tu teratai...

semuanya tanpa skecth... all out dari kepala ke dakwat tak sampai setengah jam wa cakap lu...renjis2 je..aku tukang bancuh..ni masa dia umur 12 atau 13 tahun ye...

ada satu lagi pakai oil pastel dan pensil 2b... , malas nak korek... gambar ni memang aku gantung dalam bilik jadi senang aku snap snap...

Friday, January 22, 2010

La la la la


Friday comes again.

9 years passed by, so quick as blink of eyes. Yet the unspeakable tragedy of losing him like yesterday.

Along the way to school... i spoke very little. Thinking about pursuing study in the middle of personal financial constraint. Furthermore, rumor of another hundred percent increment of fuel price starting May 1st make me speechless.

As always, i started my monologues with late brother. Wondering if he miss me.

How are u bro, how is your life there...lucky u left this crazy world early of your age. What do you eat for today? Do they treat u equally... i am certain they do. U deserve the best of meal among all. because u went there with your stomach empty... because you were fasting whole day and every day of the Rejab. You deserve the best meal.

Sorry for not coming back earlier, so that i could fulfill your last request to fast together and dine together in KB. But your meal there is more better than here.

Bro, last night i told mom... that u are lucky among us all.. No need to think about the probability and uncertainty of future. U are safe there InsyaAllah... aren't you?

Anyway 'talking' to u in this hardest time soothed me a lot. I wonder if u can see me, wonder if u also miss me as i miss u so damn much. I wonder if my Fatihah to u safely accepted ...

Then bro... i am studying. If u were here, u must be proud of me... miss u bro, miss u so damn much... bro, at your place got tea beng a? nice one?

They must be nice to you mustn't they? pray that they will... you are nicest person in the world, u pray , u fast every Monday and Thursday, u do kind to people, u kiss me every night and day, u taught me how to drive, u didn't woke me up if i slept in your room, covered me with your blanket and u yourself slept in living room, u cooked for me when i faced major exam, accompanied me to my friend's house, we did go out together in leisure time, u let me join you in your friend's house, u waited for me no matter how late i was, u gave me lecture whenever i did wrong, we support each other, u left ur bike at home for kak Miah and went to school with friend, you carried me on your back, and with u i always feel warm...

u are tremendously nice so that u deserve to be happy.




So and so and so... monologues with bro at least put me at ease.

to the sis of Mohd. Fikri MG...JIA YOU!


Thursday, January 21, 2010

sangkut mikropipette

Cerita nya diceritakan balik ketika kami sembang-sembang sebelum mula kerja..

"Sedara i engeneer, dia memang menyampah lau tengok budak2 medik sangkut stetoskop kat leher dengan kot ... macam nak berlagak . Naik motor pun sangkut stetoskop apa hal... masuk cafe tak reti nak hanger. I bagi tau dia, itu nak menunjukkan mereka tu bakal doktor... bla... bla..."

"Lepas u sedara u cakap apa.."

"Ini yang best. Oo, kalau gitu... budak2 engeneer kena bawak spanar la, selit kat poket... naik motor, masuk cafe ... untuk menunjukkan kita bakal engeneer.. "

Sinis juak budak engneer ni. Aku terus memperpanjangkan dialog ini seorang diri..tiba-tiba aku bertanya.."Kalau kita budak sains, nak tayang apa..."

Sorang member aku jawab.. "Kita sangkut mikropipette, selit kat poket...itu lambang budak sains. "

Kami bantai gelak ramai-ramai...

Tuesday, January 19, 2010

mental blockage

anything like -age need to be considered as alarming... like mental blockage, bandage, drainage, ... neurons and dendrites are 'electrically' shock via direct transmitter, so that it sounds like... tut tut tutttttttttttttttt... err ...which part did i miss just now? and... where were we? or...

"hELO..IS IT me u looking for..."

Sunday, January 17, 2010

Master by Research respon kepada interferon

Kejap tadi aku menghayati tulisan Darus inteferon di blog beliau...yang bertajuk Phd is permenant head demage. Bagi sesiapa yang tidak faham kehidupan 'budak2' macam kami silalah melawat ke blog beliau...

Tiba-tiba aku teringat Long sepupu aku yang jauh di UK nun... shout box dia di f'ster dekat setahun sebelum dia kawin dapat anak satu...adalah 'Phd is permenant head damage' JUGA.

Tahun ini baru aku tahu kegunaan Toto/Narita di bilik Siswazah dan water dispenser ni...esok 18hb; Innalillahiwaiina ilaihi raajiun... Kau tau Darus, SV aku mintak manuskrip sebagai birthday dia esok. Dan begitulah sebenarnya sejak hujung tahun lepas aku bersetinggan di bilik siswazah ni sebab aku sayang SV aku. Aku ingat aku nak bagi manuskrip aku cantik2 punya...7 hari seminggu tu aku kerja. Tapi apakan daya... tak ada result sehingga ke saat catatan ini ditaip. Seb baik Allah bagi ko Dayah Darus, seb baik gak Allah bagi aku bos. Ada tukang lap air mata...

Malam ni aku ingat aku nak baca talqin kat diri sendiri, sebab esok dah birhtday SV yet result still negative, sampel sempat hidup sikit, but then dimakan kulat pula. Bersiri-siri lagi antimikrob yang aku nak kena test, itu baru satu method, ada lagi 2 method//

Pagi ni aku tuang kerja sebab gastik/food poisoning/ angin, pukul 3 pagi lagi dah terjaga, tergolek atas katil sampai tengahari, (aku pun tak tau kenapa aku tak dapat mengenal pasti gulai basi malam tadi sehingga habis separuh pinggan baru notice, tambah dengan etok yang 2 hari dalam peti aku bantai sampai tinggal plastik)...tapi sejak pukul 8 malam aku dah ada kat sini, buat balik step lepas, dengan perut tak berapa nak kemas.

Master by research drive me to the bottom of kerak bumi...ini bukan mix mode, ini bukan full course, ini fully by research... tapi Darus... alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan, genggam bara api biar sampai jadi arang, alang-alang berair mata, biar sampai satu kontena. ikutkan hati aku ni...mau saja aku jadi suri rumah sepenuh masa, buat bisnes serai, ..n asistan bos urus kedai yang hidup segan, mati InsayAllah tak mati-mati ..

Esok..18 hb, hadiah xsiap kepada SV.... kena tahan hati jangan biar pecah bersepai.

anyway darus, pagi2 aku masih sempat mandi walau kadang2 hampir terlupa gosok gigi...

Hidup tahun ni, makan jurnal, minum jurnal, mandi jurnal, bangun jurnal, tidur jurnal... kerja labbing...

Oklah Darus, nak balik dah ni...ingat nak tunggu tapi rasa esok nak datang awal...pintu i tak kunci ..sapu je kad putih di dinding tu...akan zam zam allakazamm

















Saturday, January 16, 2010

saja nak store surat kawan2 kat blog a.k.a storage.

-sebab nk delete email yg beribu-ribu...

1) surat chuki Friday, 15 Jan, 2010 5: 21 AM

Dearest and Nearest of my heart,

Thanks a lot for your mail and thanks for keeping in touch with me but i firstly beg sorry coz i couldn't mail you for long time.
Well, here nothing special with me in New Year as my mom was sick and i have to look after her an couldn't even come to office for long time.
Anyways, nice to hear that u and your husband is well and good.
Thats for today....take care and miss you a lot!
Always fren
Pinkey


2) Chimmi (Friday, 8 Jan, 2010 1: 11 PM)
Hi my friend
how are you and your husband, i hope your doing good. any way, Happy New year to you n your family. i reach Bodhgaya the place of enlightenment of Buddha covering almost 300 kms in 35 days. i had very good time on the way its bit harsh with indain people but i complited my peace mission covering the foot steeps of Buddha and Guru Rimpoche in 4 years reach almost 3500 kms. i still have some place left over in bhutan which i will try to complet this year and i will prepar to go to tibet to make round of Kalish the holy pick by prostration.
any way how is everybody at home, till then take care with lots of love from me and my family.
Always Chimi



Surat aku kepada satu e-group...


hmm... tahniah kepada semua yang melontarkan hujjah2, ada orang bertanya saya isu ini tetapi saya mengambil langkah berdiam diri dan terus memerhati 'debat' ini.

Dengan hujah saudara Saaid Ramzdan Ismail, yang bernas mengeluarkan dalil Al-Quran, eloklah kita sama-sama berfikir, dan menyelak semula AlQuran AlKarim ... biar sejuk hati... kalau boleh baca dengan makna2nya sekali.

surah al baqarah ayat 2
Kitab Aq ini tidak ada keraguan padanya;petunjuk bagi merika yg bertakwa.

surah al baqarah ayat 147
kebenaran itu adalah dari tuhanmu,sebab itu jangan sekali kali kamu termasuk orang yg ragu.

surah al ankabut ayat 46
Dan jgnlah kamu berdebat dgn ahli kitab,melainkan dgn cara yg paling baik,kecuali dgn orangx zalim diantara merika,dan katakanlah"kami telah beriman kepada kitab kitab yg diturunkan kpd kami dan yang diturunkan kepadamu.Tuhan kami dan tuhanmu adalah SATU;dan kami hanya kepadanya berserah diri.

surah al baqarah ayat 139
Katakan lah"Apakah kamu memperdebatkan dengan kami tentang Allah,padahal Dia adalah tuhan kami dan tuhan kamu,bagi kami amalan kami,bagi kamu amalan kamu dan hanya kepadanya kami mengikhlaskan hati.

Surah al anam ayat 116
Dan jika kamu menuruti kebanyakan orangx yang dimuka bumi ini,niscaya merika akan menyesatkanmu dari jalan allah.Merika tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan merika tidak lain hanya berdusta terhadap allah.


Yahudi, Nasrani, dan Islam adalah Agama samawi...pada asalnya mereka ahli kitab, yang asalnya beriktikad Tuhan yang sama...perubahan2 yang berlaku selepas itu lah yang mencabar ummat Muhammad...

Apakah pandangan-pandangan saudara2 mengenai isu ini berdasarkan daripada dalil Quran yang dikemukan oleh saudara saaid ini, oleh kerana isu ini bukan bidang saya... eloklah kita berbincang secara ilmiah dan mengemukakan kenyataan2 yang ber'rujuk'an. Supaya ia tidak didalangi amarah di mana syaitan amat menyukainya.

apa yang mustahak, anak2 isteri yang di bawah tanggungjawab kita sekarang haruslah diberi kefahaman sempurna, asal usul dan susur galur agama Allah ini perlu diperjelaskan... itulah gunanya ilmu Tauhid, di mana tiada dalam sukatan sekolah-sekolah biasa, dan jika tiada disekolah biasa satu keperluan untuk cari di mana ilmu Tauhid itu berada.

Masa sekolah dulu matapelajaran Tauhid bab 1 bermula...'Mula-mula kita tiada, kita baru ada, kita nampak alam...' ,dari situ ustaz2 mula menanam benih akidah..kalau kita sekarang pun goyah...tidak hairan anak2 lebih terkeliru n bersimpang siur...kalau akidah sudah mantap, insyaAllah mereka faham situasi sekarang.

Dunia akhir zaman ini...mencari kebenaran amat payah sebab itu nabi berpesan, jagalah Quran serta sunnahku.

wallahu'alam..

ketika mati kutu



lukisan ini terhasil beberapa saat yg lalu ketika kutu tengah mati, dan mata sedang memberat ...sebelum menarik nafas dalam untuk memulakan hari di bilik atas parking kereta. -dengan bantuan tikus, ditenyeh menggunakan paint di bhg aksesori dkt program belah kiri desktop...ilham ketika bukak fb amnor... kalau pakai kanvas ni...huuuu...tahun ni tak boleh menulis cerita, tak boleh melukis, tak dapat melancong, tak dapat tengok muka jiran lama-lama, tak boleh turun kb, tak boleh berangan,

Friday, January 15, 2010

Yang first-first 11hb ulang balik pada 12hb; tak jadi sebab pendek tapi nampak band




12hb aku dapat ni ; tapi Yang ni depa kata primer dimer, aku yang excited gila tiba-tiba jadi lemah semangat. Ada yang kata smear saja, bukan band. Yang ni guna ureB sebangai primer. Apa apa hal aku nak kena tanya SV betulkah idaknya makhluk berbulu itu.


Hari ni 15hb; Gel satu, tiada kelihatan sebarang kelibat genetik makhluk berbulu... aku guna primer HP2 di 4 petak pertama, ureB 3 petak seterusnya dan Vac A

Hari ni jugak, 15 hb: Gel 2, yang ada band tu koloni yang aku tak sangka2 hidup tapi xtentu lagi adakah ia makhluk berbulu itu...primer vacA, tapi macam bukan dekat expected band je... kalau aku tunjuk depa mereka akan kata ini primer dimer lagi...kena cari bukti lagi ni...

Hari ni; gel 3, err... ada nampak band tp xsempat nak pikir lagi nk gi solat kejap...lepas ni siasat balik




Wednesday, January 13, 2010

info baik punya! kopi dari arenis

Tips Elak Lemak di Pinggang..

Beberapa menjak ni cikgu anis tetiba jek ada motivasi nak melansingkan badan yg tak berapa lansing ni...sesape yg ada masalah nak menguruskan perut..jemputla baca info yg di copy n paste dari blog anizyn ni....bila dah baca nanti baru tau rupanya lemak kat badan ni pun bermacam jenis....

Masalah perut buncit tidak mengira jantina — ia boleh berlaku pada lelaki dan wanita. Bagaimanapun, kebanyakan wanita mempunyai bentuk badan ‘buah pir’ di mana pengumpulan lemak lebih tertumpu pada pinggul dan paha.

Malah, wanita yang lebih sensitif terhadap penampilan akan berusaha mengekalkan bentuk badan.

Baik lelaki atau wanita, berperut buncit bukan perkara membanggakan. Namun apabila usia meningkat, usaha mengurangkan lemak di pinggang dan menurunkan berat badan biasanya payah dan mengambil masa lebih lama.

Bagi wanita, pengumpulan lemak pada pinggang biasanya lebih ketara dengan peningkatan usia, terutama selepas menopaus. Selepas menopaus, lokasi pengumpulan lemak berpindah daripada di bawah lengan, paha dan pinggul ke pinggang.

Berita baiknya, tidak kira apa pun bentuk badan, apabila anda bersenam secara teratur dan menjaga pemakanan, bahagian paling cepat susut dan hilang ialah lemak di pinggang. Lemak pada bahagian lain akan menyusul kemudian.

Mengapa perlu hilangkan lemak di pinggang? Lemak di pinggang atau kegemukan sentral (tengah) adalah petanda kurang baik kerana ia boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Lemak ini dipanggil lemak viseral. Cuba cubit lemak di pinggang anda. Lemak yang boleh dipegang ini di namakan lemak subkutaneus iaitu lemak di bawah kulit. Lemak viseral ialah lemak yang kita tidak dapat lihat; yang terkumpul di keliling organ. (hohoho baru tau ada lemak viseral dan lemak subkutaneus)

Orang gemuk biasanya mempunyai banyak lemak yang mengisi ruang di antara dan mengelilingi organ. Ia perlu ‘dihilangkan’ kerana boleh menjejaskan fungsi organ dan dalam kes serius, ia menyebabkan organ gagal berfungsi.

Lemak viseral ada di lapisan lebih dalam, tetapi ia lebih mudah dibakar berbanding lemak subkutaneus melalui senaman, kata pensyarah pemakanan Universiti Penn State, Dr Penny Kris Etherton.

Lemak viseral dikaitkan dengan masalah kolesterol tinggi, trigliserida tinggi, tekanan darah tinggi dan terlalu banyak insulin. Pakar perubatan juga menggelarnya ‘lemak pembunuh’.

Lemak di pinggang lebih berbahaya berbanding tempat lain. Lemak viseral meningkatkan risiko untuk mendapat:

# Penyakit jantung

# Kencing manis

# Sindrom metabolik

# Masalah pundi kencing

# Tekanan darah tinggi

# Kanser usus

# Merangsang keradangan

# Dikaitkan dengan proses pengerasan salur darah (menyebabkan lebih mudah mengalami masalah jantung)

Penyelidik mendapati sel lemak di pinggang adalah sel aktif. Ia boleh menghasilkan hormon dan bahan lain yang boleh menjejaskan kesihatan.

Contohnya, ada sel menghasilkan hormon yang merangsang masalah kerintangan terhadap insulin (menyebabkan sel tidak sensitif kepada insulin yang bertugas mengangkut gula dari darah ke dalam sel).

Ada pula sel lemak menghasilkan hormon estrogen yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara. Bagaimanapun, penyelidik masih mencari jawapan bagaimana hormon berlebihan ini boleh menjejaskan kesihatan tetapi yang pasti, berlebihan sel lemak di pinggang mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.

Mungkin ada yang terfikir untuk menjalani proses sedut lemak. Menurut Perunding Pembedahan Plastik dan Kosmetik Pusat Perubatan Sime Darby, Dr Lim Chai Leng, proses ini hanya untuk membuang lemak subkutaneus di bawah kulit dan bukan lemak viseral. Lemak viseral masih tetap ada dan hanya hilang melalui senaman. (tok sah la sedut-sedut....karang lain plak jadinye...)

Menurut Perunding Kanan Endokrinologi, Universiti Malaya, Profesor Dr SP Chan, tahap kesihatan seseorang tidak akan berubah dengan pembedahan sedut lemak kerana ia hanya untuk tujuan kosmetik supaya nampak cantik.

Untuk meningkatkan tahap kesihatan, seseorang itu perlu bersenam dan menjaga pemakanan, terutama bagi individu yang berisiko tinggi mendapat kencing manis seperti mempunyai ahli keluarga menghidap penyakit berkenaan.( huhuhu family kita ada yg kencing manis)

Siapa yang berisiko mengalami masalah ini? Seseorang itu dikatakan mempunyai simpanan lemak viseral jika ukuran pinggangnya melebihi 98 sentimeter (40 inci) bagi lelaki dan 83 sentimeter (33 inci) bagi wanita. (ukur jangan tak ukur)

Walaupun orang yang gemuk dan obes mempunyai lebih banyak lemak viseral, tidak bermakna individu dengan berat badan normal tidak mengalami masalah ini. Ada ramai orang yang tidak gemuk tetapi berperut buncit. (hmmm...aku antaranya)

Kajian menunjukkan lelaki dan wanita berusia 70 tahun ke atas dengan berat badan normal tetapi mempunyai banyak lemak viseral berisiko tinggi mendapat kencing manis.

Walaupun kajian itu ke atas warga tua, ia juga boleh dijadikan peringatan kerana kini ramai golongan muda menghidap kencing manis.

Tiada cara mudah, pil ajaib, makanan atau senaman khusus yang mampu menghilangkan lemak di pinggang. Malah, senaman khusus seperti angkat tubi juga tidak akan membuatkan perut anda kempis. Cara terbaik untuk mengurangkan lemak di pinggang ialah:

# Bersenam — Senaman aerobik seperti berjalan cepat, menari, berjoging, berbasikal, bermain badminton atau berenang boleh membantu membakar lemak di pinggang dengan cepat. Untuk lebih berkesan, lakukan senaman lima kali seminggu dengan sekurang-kurangnya 60 minit setiap sesi.

Lebih lama dan bersungguh-sungguh anda bersenam, lebih banyak lemak di pinggang akan hilang. Senaman yang tertumpu pada bahagian tertentu tidak akan membantu. Senaman ini perlu mampu meningkatkan degupan jantung anda.

Kajian Pusat Kanser Fred Hutchinson di Seattle menunjukkan wanita gemuk yang bersenam secara teratur boleh mengurangkan antara 3.4 peratus hingga 6.9 peratus lemak viseral (bergantung kepada kelasakan senaman) tanpa mengubah pemakanan mereka dengan penurunan berat badan sebanyak dua kilogram. Lebih cergas senaman dilakukan, lebih banyak lemak viseral dapat dihilangkan.

# Makan makanan mengandungi banyak serat. Serat bukan saja membuat anda cepat kenyang, tetapi kenyang lebih lama. Ia akan mengurangkan pengambilan makanan berlebihan. Elak makanan ringan dan banyak lemak.

# Dapatkan tidur secukupnya. Tidur terlalu sedikit (kurang enam jam) atau terlalu banyak (lebih lapan jam) menyebabkan badan menghasilkan berlebihan hormon tekanan, kortisol. Hormon ini merangsang penyimpanan lemak di pinggang.

# Belajar mengawal tekanan melalui pelbagai pendekatan, termasuk bersenam. Ia dapat mengurangkan penghasilan hormon kortisol yang sekali gus membantu memudahkan anda mengatasi masalah kegemukan secara keseluruhan.

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

moralnya :
moh la kita bersenam...cik ila jadi ketua ye...cik mas jadi pembantu ...kak ina kl jadi perancang makanan sebelum bersenam, cik alyyani jadi tukang kira dan cikgu anis tukang jaga radio hehehe...

BUAT BOS


BOS ... FOR U ;)

sekelip mata bos ada di sini
bersemadi dalam ruang waktu
mencari arah PERJUANGAN yang abadi

kau bos bertahta berseri
menyelinap di segenap jiwa
tiada yang lain mengusik hatiku
keramatnya

dengan lafaz ikhlas ini
leburkan wasangkamu
biar hilang hitam yang dulu kelam
agar jernih
dijiwamu

perjalananku masih jauh ke sana
kesabaran menjadi taruhan
harumnya kasih kerana kesetiaan dan kebahagiaan

andai dapat ku petik sang kejora
pasti aku hadiahkan kepadamu
menyuluh kegelapan di sepanjang malam
kerinduan

selamatkan naluri putih bersih
kebenaran adalah milik kita
ungkapan dan gurindam
menjadi keramat kasih sayang
yang abadi...

(with slight modification ; sekelip mata, by bumiputera rockers)

Tuesday, January 12, 2010

aku?

Tugas SV sekarang yg terhidu oleh kolig

  1. Meeting animal ethic
  2. pikir projek final year student
  3. ada 6 projek student master
  4. jadi co supervisor
  5. member ISO
  6. planning lecture
  7. Edit manuskrip geng2 ni
  8. Manage Anak-anak dan suami
  9. Masuk pertandingan itu ini
  10. Manage aduan
  11. Projek yg team dia menang V Time innovation, akan wakil malaysia ke International convention of QCC in New Delhi tahun ini...
  12. Yang tidak dapat dikesan tidak tahu...

datang awal, balik lewat...tak tau tidur pukul berapa...

hu...Aku?

song from secret garden

Maydee

Song From A Secret Garden - Secret Garden

di saat kegelapan,

ku mencari cahaya untuk menerangi diri,

di saat ku jatuh,

ku sedar KAU sentiasa bersamaku,


di saat ku alpa,

KAU beri pengajaran supaya ku berubah,

di saat ku memerlukan,

KAU sentiasa berada di sisi,


aku tahu diri ini cukup lemah untuk menempuhi

hidup ini tanpaMU...


Ya arhamarohimin...

Ya aqqromal aqqromin..

Ya ghoirroroziqin...

Ya ammar nal khaifin...

Ya wuli yal mukminin...

Ya mau firatin muknibien....


Ya Allah pandang lah kami....

berikanlah kami hidayahMU....

semoga kami sentiasa diberkati

dan diredhai olehMU....


Amin3 ya Allah....


(forwarded by a friend)

Monday, January 11, 2010

cerita kontot bersambung...



Masih bencikah dia kepada manusia bernama Afifi ini? Tujuh tahun bukan suatu jangka masa yang singkat. Alangkah dia berdoa agar kenangan itu berkubur di mana-mana wilayah dalam hati wanita itu. Pada saat pertembungan empat mata terjadi, Afifi seperti dipaku mati oleh senyuman Suraya yang entah ikhlas atau yang bagaimana. Wanita penuh karisma itu langsung tidak punya emosi ketika membentangkan proposal syarikat yang diwakilinya...

Kisah sepanjang malam hingga entry ini ditulis


1) Aku bukan malaikat.

Petang semalam aku tekad aku nak kerja betul-betul sampai malam,tetapi hati sebelah kiri memujuk-mujuk supaya balik awal ; ANUGERAH JUARA LAGU KE 24 TU beb...
Hati sebelah kanan pula melarang; AJL tu buleh bagi citation untuk kamu punya kerja ke? Tak payah la nak bersusah payah bazir masa... Lari timing.

Lepas run Gel, visual bawah UV, tangkap gambar... aku turun. Kononnya nak studi... kalau balik sah-sah la aku bukak AJL.

Di bilik kat opis aku letak nota depan PC...entah la...AKU BUKAN MALAIKAT...tangan cepat saja klik tv3.com.my.... Astaghfirullah... ini BLACK punya pasal...
Apa nak jadi? Kebetulan bos sampai... aku gitau dia, baiklah kita balik rumah...sama saja hati cepat saja nak tengok benda-benda begini.

Allah masih sayang kan aku...Masa untuk sampai ke rumah diperlahankan Bos bantai makan mamee sambil drive, sambil-sambil borak. Rumah yang boleh reach 20 minit, dekat-dekat sejam baru sampai. Kelajuan tahap siput. Takkan aku nak mengamuk kat laki aku pasal benda AJL ni...Lalu aku bersabar dan memujuk hati God loves me, God loves me...dan terus melayan bos.

Balik rumah , aku bukak tv lagi... ish ish... yang hujung-hujung saja... BLACK punya pasal. Yuna pun buleh tahan...tapi host 3 orang malam tu betul2 menghidupkan suasana, sepanjang ingatan aku, 3 orang tu hos Malaysia paling kool yang aku pernah tengok.

2) Mencari keberkatan
Aku mencongak-congak sendiri, kenapa aku buleh masuk U. Sekolah tak pandai mana, sekolah rendah jarang benar nak dapat nombor sepuluh ke bawah. Tak sampai sepuluh kali , KOT? Sekolah menengah, nota tak pernah siap...nota sains tingkatan 3 je, full silibus siap tulis. Tu pun sebab cikgu Zaleha rajin cek buku. Tulisan aku jadi lawa, buku aku balut kertas romantik. Tapi selain itu dari peralihan sampai habis sekolah... aku tak pernah komplit nota.

Tapi kenapa buleh masuk U?

Dekat dengan Allah.
Masa tu, cikgu selalu pesan selalu Dekat dengan Allah...lalu aku berpakat-pakat dengan kawan...dalam rancangan mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebab takdir kita di tangan Allah..hal-hal masa depan yang tidak kita ketahui itu Allah sahaja yang tahu, begitu juga result exam, bila nak kawin dan sebagainya... maka cikgu pesan...dekatlah dengan Allah dengan selalu merintih kepadaNya terlebih dahulu

Dekat dengan ibu bapa.
Pekung di dada ni aku bukak supaya menjadi teladan... bapak aku orangnya garang, jadi aku tak berapa ngam dan dan bercakap benda-benda perlu sahaja. Kalau boleh setel through mother, aku rasa better aku aproach mother dulu. Tapi sebab nak result lawa ustaz kata kena cari keberkatan, aku beranikan diri cium bapak di pipi buat pertama kalinya sewaktu tingkatan 3. Aku tengok mata bapak merah... terharu KOT. Berjaya!..Demi mencari keberkatan aku berjaya memecahkan air batu, yang selama ini aku tak ngam dengan bapak... aku semakin close. Still tak banyak cakap, tapi aku cuba mencari topik, (banyak hal juga yang terjadi sebenarnya selepas itu)...but anyway... things getting better eventhough it takes years...

Sampai sekarang walau dah ada bos, aku tak lupa cium bapak tiap-tiap hari nak turun kerja.
Mother tak payah cerita la...

Dekat dengan cikgu
Yang ni memang kelakar, nampak cikgu kecik hati sikit, kami sekelas berderet-deretlah beratur jumpa cikgu di bilik guru...sebab nak mintak maaf. siap guna duit kelas bagi hadiah. Masa nak exam pula , dalam dewan tu siap si Hamdah baca doa sebelum mula jawab exam. Lepas tu, hari terakhir, upacara bagi hadiah kepada penjaga-penjaga exam yang sudah tentunya cikgu-cikgu belaka. Dan kami berterima kasih kepada semua.

Kaitannya dengan tahun ini.
Selain Allah, mak dan bapak, aku ada mak mentua, bos, dan Supervisor 2 orang. huu...Wallahua'lam. Err..Aku bercakap soal mencari keberkatan. Keberkatan dan keberkatan. Dan tahun ini aku perlu lebih gigih menjaganya untuk melengkapkan modus operandi.

Flashback
Bayangan Private Company
Sebelum aku masuk kerja sini, aku dah terbiasa dengan YES BOS ketika di syarikat swasta tempat aku kerja dulu. YES BOS aku dulu tidak bersandaran kepada mana-mana sampel. Jadi kerja boleh disiapkan ikut arahan dan ikut date line.

Namun di sini, jika result makmal tak keluar, tiada laporan BEST untuk dilaporkan. Memang tak seronok langsung kalau jumpa SV tapi tak ada result. Date line pun aku tak berani nak taruk.

Nasib kami satu team hampir serupa KOT, yet aku tengok DANIA jumpa SV hampir setiap minggu. Apa yang dia lapor? Aku dah naik CEMBURU dengan DANIA ni., mana tau kasih sayang SV terlebih-lebih mencurah kepada budak DANIA ni..Lastly aku tanya dia; apa yang dia discuss dengan SV sebenarnya, result ok KOT? Lalu Dania berkata; Jumpa je ...Ada result ke tak ada result ke jumpa je...Yang tak jadi pun tunjuk...ambik berkat.

Lalu aku terfikir...KEBERKATAN ada di situ, dengan berjumpa SV selalu. Di sini, bukannya private company... di sini.... Gedung Ilmu yang bersandaran penuh kepada keluhuran...

Lalu tahun ini, aku nak compete dengan DANIA bab-bab mencari KEBERKATAN. Supaya ...aku dapat ANUGERAH NOBEL di MALAYSIA. (Ni, masa aku jadi menteri TV, aku nak adakan satu realiti TV untuk anugerah nobel... One in a million dihapuskan...peruntukan 1 juta itu untuk pemenang anugerah NOBEL yang mengharumkan nama negara dan penyumbang besar terhadap penemuan-penemuan baru tapi tak glamour macam sheikh muzaffar, seperti prof norazmi mohd nor, Prof Shaharom dan sebagainya)






Sunday, January 10, 2010

Letter to chuki wangmo


Chuki, this week i really thinking of you. And i a bit disappointed with myself, thinking of how i couldn't write to you lately. Anyway, its better late than never, i wish u a happy new year.

Starting on January first, i have been working 7 days per week, which is quite tiring./ I didn't have much time to spent on family matters and any other things. I pray that my husband understands my working schedule.

Oh, How are u starting your new year? despite your err whatever problem you have, i pray that everything is in your control. Some problems we faced actually is not for us to solve... sometimes we have to let it pass by itself, and we have to be strong and patient and ... grudge and hold tightly to ..for me is GOD.

Well, chuki, i got your missed call... and this is the only way we can do isn't it? besides e-mailing, and YMing, we only can leave a ring or two just to let know that we miss each other truly.

For this year, i have so much thing to ask God and whatever it is, nothing as important as this; i pray that my life will be guided wholly by Him, and pray that He shows me what right is right , so that i willingly follow the right thing.I also pray that He shows me what wrong is wrong so that i can avoid the wrong doing or thing.

And Chuki, this year i feel sad for our friend chimi... i feel that .something is not right.. i told my husband and showed him chimi's latest news... and well... i feel sad. And i wonder how is the family...

Chuki, let us live happily... and thanks for the friendship... 1 year 5 month old..my warmest regards to daughter, standard 9 isn't she? and mother and father also/

Saturday, January 9, 2010

Prostration man...


The Prostration Man


I had come to attend a workshop at the College of Science and Technology in Phuentsholing.

Sonam Yuden quickly rushed towards me and informed me that her guest has arrived.

I saw a man dressed in rags, pulling a wooden trolley behind him and with every step, drop his body forward and stretch it full length on the ground, with his arms outstretched in the front.

"Is that your guest?" I asked her, a little perplexed.

"Yes. I know him through my sister. He is doing prostration from Phuentsholing to Paro. He will stay here tonight. Please engage him in a conversation while I go and do some quick shopping. I won't take long."

I said okay.

A group of children soon gathered around him. The man had yak hide strapped on both his legs and wooden hand-shields for his prostrations. As he prostrated he dragged along with his body, a wooden trolley that was tied to his waist by chains. A small colorful flag tied on a stick fluttered at the back of his trolley.

Sonam walked towards the man who had now stopped his prostration and was undraping the ropes off his baggage that was fastened to the trolley.

I followed Sonam, who ran towards the children and shooed them away.

The man turned back, smiled and said kindly "C'mon Sonam…, don’t do that. They are just kids, poor children!"

I was surprised by the fluent English that he spoke in a clear and loud accent.

Sonam instructed the security guard at the college gate to look after her guest's trolley.
Then she led us to her apartment on the ground floor of the CST staff colony building. I helped the man carry his briefcase.

Sonam Yuden brought us tea and went out shopping, leaving me and the prostrating man in her house. The man changed his dress and sat on the sofa, facing me.

"It's nice meeting you. I really appreciate what you are doing" I told him, feeling amazed by his incredible undertaking.

"Oh, thank you" he laughed and took out a sungma from his bag.

"Here, please take it. This is from Bodh Gaya"

"Thank you, Lama"

"Oh C'mon man, don’t call me a Lama!" he laughed. "I am not a Lama. You can call me a friend or just call me Chimi. That’s my name".

"Okay" I replied with a mix of devotion laughter. I saw that Chimi was a humorous and lively man.

"Tell me, how long have you been into serious Buddhism?" I asked him.

"Five" he replied and then continued, "I worked as a tour guide before."

I learnt that it was he who escorted Richard Gere to Taktsang when he visited Bhutan.

Surely he looked like any active and fun loving man if it weren’t for his shabby dress that smelt of dust.

"Who is your master?" I asked him, sipping my tea and picking up a biscuit.

"Rabjam Rinpoche" he replied.

"Shechen Rabjam Rinpoche?"

"Yes. He is my Tsawai Lama. Rinpoche treats me like his own son. He has this habit of calling me 'my only piece Shechen Gomchen' "giggled Chimi.

"Is this your first time prostration?"

"No. I have done a couple of times before, this is my fourth. The last time I prostrated was from Lumbini to Bodh Gaya. My destination this time is from Phuentsholing to Paro Kyichu Lhakhang"

"Where do you plan to go next?"

"I don’t know. I don’t keep any plan. I will think about it after I complete my present task"

"You started this morning from Phuentsholing?"

"Yes. Actually my original plan was to do the prostration from Bodh Gaya but I had to dismiss the idea because of dangerous traffic along the border."
"How do people react when they see you?"

He laughed.

"Well, sometimes people make fun of me. Some people think I am mad. This morning a group of girls saw me from the bus and exclaimed 'Aiiii....' They were looking at me very pitifully."

At this I burst into a loud laughter. He laughed, too.

"C'mon, I am not a beggar" he said. Then he changed into a serious tone and said emphatically "You know, it is for them that I feel great pity. People do not realize that they will have to die sooner or later"

There was a moment of silence.

"Don’t you face financial problem? Where do you get the money from?"
Now I was beginning to feel as though I were a journalist interviewing him. I was asking him one question after another.

"Well, things just click on" he snapped his finger. "Pray to Guru Rinpoche and everything will be fine. It just clicks" he said. His face radiated the warmest and assuring smile.

"Do people offer you money when they see you on the way?" I asked him.

"Oh yes, there are those who offer good wishes and donations out of respect. This afternoon, a lady in Land Cruiser bearing a BHT number plate stopped by me and offered me some cash. I think she was Ashi Deki."

Chimi took out a rolled bundle of cash from the side of his bag pocket.
"How much is there?" I asked him curiously, and feeling stupid at the same time.

"I didn’t bother to count" he replied, and passed me the cash. I counted it for him. There was one thousand ngultrum.

"I am sure you will grab the media attention very soon. What would you tell them if they were to ask you why you are undertaking this challenging task?"

"I believe that the only time to cleanse our sins is now when we have the energy and the willingness to do so,” said my friend. “It’s wrong that many people today think that practicing the dharma is only for the elderly."

This was a wonderful message.

Just then Sonam Yuden arrived carrying two large plastic bags of fruits and vegetables.

Chimi even carried a sewing needle with him. He began to stitch a torn portion of his dirt-smeared bag. It pained my heart to see him do this.

I quickly walked back to my room in the guest house, emptied my things on the floor and came back with my favorite leather bag to give it to the prostration man.

"I know you can afford to buy a new bag. I understand that. Well…if you don’t mind, it will be an honor if you please accept this bag of mine. This bag has traveled with me everywhere – from Thimphu to Delhi to London, and many other places. I would be very happy to see it reach with you to Kyichu lhakhang." I told him.

The prostration man thanked me and accepted my bag with a kind smile. My mind flooded with a pleasant emotion at the thought of my bag reaching Kyichu lhakhang with the incredible man.

"Do please pray for me that I may meet with a great teacher too and be able to develop a mind like yours." I told my friend.

"Sure, man. I shall make these aspirations and prayers for you" he said.

Soon dinner was laid. Sonam had cooked rice with ema datsi and many other delicacies.

After dinner, before we departed, I asked Chimi for his mobile number. I saved it as 'prostration man' in my cell phone.

We never met again.

However, later I saw him reported by the media. The last time I read about him was that he had reached ThrumsengLa, prostrating along the snow-covered road from Bumthang to Trashiyangtse.
26 CommentsPosted on 02 Sep 2009 by JigmedTobgay

Panas!

Gambar 1: Siti Nurul Syuhada, tiba-tiba nak upload gambar dia sebab tak best mengumpat kalau tak kenal tuan.

Gambar 3: Khaizil emylia yang tiba-tiba bertanduk (tentera dikehendaki)-iklan free tanpa bayaran. Khidmat sosial khusus untuk kawan-kawan.

Gambar 3: Tiba-tiba mr. interferon muncul tak ada kaitan dengan cerita di bawah

Gambar 4: Ah ben, malas nak taruk sebab dia dah glemer dengan blog dia. Cari sendiri.

Malam tadi balik dah pukul 11, kalut kalut turun lab kena pulak tunggu ahben habiskan movie dia 15 menet pas tu tunggu adinda tu mengemas. ngam ngam dekat pukul 11 malam kami blah. Lagi tu sempat pula dia eksyen rempit potong cilok keta kami depan library, derhaka betul la si ah ben ni. Tapi hari ini si ahben ni la jugak yang belikan kopok untuk kami.

Sebelum tidur malam tadi aku sempat draf kerja untuk hari ini... hari ini pulak elok-elok aku setel 50% plan yang aku draf semalam bacaan well pulak melemahkan semangat...tak ada tunjuk tanda inhibit pun? e- coli tak takut pegaga ke? sudah... aku nak start panik. Aku cepat-cepat selit result celah logbook, aku terus proceed untuk PCR. Padahal PCR tak ada pun dalam list aku malam tadi. Masih ada benda yang nak kena 'treat'...tapi aku tak mahu panik lama-lama, so aku swing plan.

Nak proceed PCR bukannya sebentar..aku korek koloni sikit bubuh dalam air, rebus. Nak tunggu ni halah halah... bukan main lama...aku nak start proceed lain bimbang meletup mesin heat shock. Hamba pun tunggu la..aik, sambil tunggu si Khaizil amelia tiba-tiba bertanduk, dia sodokkan aku another cinderella story...sambil aku tengok heroin menari aku berlari tengok mesin...kebetulan si ahben belikan aku kopok dengan teh ais...aku makan dalam makmal... aku tak tau la pencemaran tahap berapa yang melekat dekat kopok aku ni...semua ni budak-budak yang ajar.

ok la.. aku nak turun solat dulu..mesin dah off pas solat aku naik lagi...tak tau nak buat mana satu dulu... anyway 18hb dah dekat..

Friday, January 8, 2010

Hari ini kan Jumaat


Hari Jumaat.

Azuan berpagi-pagi dengan motor baru ke kampus- aku yakin alasannya nak siapkan western blot sebelum solat jumaat itu ikhlas, bukan kerana ssemangat suzuki hitam dan topi keledar hitam..kalau pakai semua suit hitam maka jadilah azuan KESATRIA BAJA HITAM.

Aku pula, kalau tak kerana Azuan telepon nak kirim nasi kak wok, agak-agak lepas Jumaat baru sampai ke KK. Aku pandang bos, aku pandang katil saiz queen, aku pandang buku ridest digest Ah ben (gelaran manja aku kepada sweet life) tepi bantal, aku intai langit kelabu, ikut jendela dapur, terasa angin sepoi-sepoi bahasa err..bahasa angin maaf aku tak faham...ikut kata azuan di KK hujan renyai-renyai. Ohh... sayangnya aku nak meninggalkan bilik antik ni... aku tengok jam, pukul 10 lebih...

"Kalau payah sangat kerja lepas Jumaat, balik pukul 10 malam ni. esok sambung lagi."
"Bos...kalau kita gi lepas Jumaat kesian pulak azuan dah kirim nasik."
"Tolong panaskan enjin la kalau gitu..."
Dengan lembik (aku pandai bab buat-buat lembik tengkuk), aku capai kunci ...

Tak lama kemudian kami gerak.

Tak sampai lima minit aku bye bye bos dari tangga parking kereta, khaizel amilia zalzali dengan siti nurul syuhada terkedek-kedek masuk,..aku rasa mereka buat walkaton dari perumahan bandar baru masuk kampus sebab tu mereka tak besar besar. Makan nasik tak sempat masuk perut , zat nasik dah keciciran di tengah jalan. Oleh itu bodi mereka menten anggun.

Kring kring motorolaku berbunyi...Syuhada Hamidon ajak keluar, aku memang dah janji dengan dia dari semalam...jadi kami keluar, masa ni aku tak set up lab work lagi...baru usha usha jurnal. so, aku keluar dengan senang hati. Rezeki aku , si Ad belanja Ayamas. Sebelum tu banyak kedai dah kami nak masuk tapi kena tunggu lepas Jumaat...depa pun nak masuk syurga jugakkan. Di Ayamas tak mengapa, ada waitress... yang lelaki dah ke masjid. Bla bla bla kami borak...bab jumpa member lama aku tak pernah bosan...ni member kategori timeless.

Then...lepas ad antar aku balik semula aku melangkah keluar dari viva biru muda itu dengan sayu... huks sayu.... ye la... sekarang ni kiamat dah dekat tapi masing-masing semakin sibuk tak hingat... bila dah boleh jumpa kena la menghayati sikit.

Duduk kejap depan pc, dua remaja kecik-kecik tu dah nak berangkat balik, diorang lapar so nak menghala ke kedai kak wok, kalau kedai tu tutup aku rasa mereka buat shoping tingkap di zon ria sambil tunggu orang bukak gerai pasar malam. ha...Tak semena-mena ah ben sampai, minah ni kalut-kalut naik lab tung tang tung tang...ye ye aku ada teman . Aku pun apa lagi terus menapak ke lab.

Skarang ni rehat, sambil usha jurnal.. apa lagi blogging la.. ah ben la ni ajar aku blogging. nampak gayanya diari tahun ni aku tak payah beli mahal-mahal, cukup agaknya dengan buku latihan garis dua 80 muka surat.



Thursday, January 7, 2010

PMR vs...


Hari ni slow sikit, bukan tak bermakna gaban aku merajuk. Tapi sengaja beri laluan untuk bernafas. walaupun 18 hb dah dekat (ngeee)... anyway so far aku dah siap analisis data...

Huu, 2010 baru rasa macam belajar betul...seperti mengulang kembali sejarah PMR, aku malas nak cerita pasal SPM ...usahanya cam melepaskan batuk di bilik siswazah. Masa SPM la novel pertama aku siap. Cikgu Ratni dok tunjuk meiosis mitosis, aku kat meja hujung tekun tulis novel. Dari angle cikgu nun sebelah papan hitam, mesti cikgu kagum tengok anak murid dia yang berhemah ni terbongkok bongkok menulis di meja hujung makmal sains... kesian cikgu Ratni, pepehal makan nasi rumah cikgu time raya memang best.

PMR itu hari aku bantai study sampai 3 4 pagi, bertemankan radio kat ruang tamu. Anyway bab kemahiran hidup, aku angkat bendera putih. Sarung kotak maksu Yah aku jahit, kotak tu sendiri aku bodek Pok Mud tukang kebun (skandal Mc Sue) tolong oter... bab gergaji aku buat2 lembik tangan last2 sekali cikgu Mat yang masuk campur (skang ni cikgu Mat PK di skolah agama area buluh poh ye). Itu masa tingkatan 2, cikgu Mama ajar jahit baju, tak siap sampai skarang. may be mak aku dah buat kain buruk. Tapi bila Mama ajar masak...aku memang terer ah.. siap wei ikan sumbat aku.

Cikgu Mat ngan Mama ni aku sayang sungguh, walau cikgu ajar KH tapi masa stay back Nomi dan sorang geng ni untuk cover math ...cikgu yang temankan dan bagi tutorial matematik ,siap belanja tea beng. fuh PMR dalam kenangan...studi rumah nomi di beranda tingkat atas dengan kengkawannya...pas tu join study group dia di sekolah agama melor padang raja... hari lain plak dia join study grup aku di sekolah ??? di kota bharu... usaha penuh jihad la katakan. Tup..tup..bila dapat result BM dengan BA aku rabak. Nomi aku malas nak cerita... dia amek nama studi tu pun sebab maklong yang potpetpotpet barangkali...kalau tak studi pun, gitu gak rezat dia. Siap masuk suratkabar lagi minah tu. Time dia dapat MARA...aku nangis giler... bukan jeles ke hapa... dah hilang sorang geng lepak aku.

Nak dibanding-bandingkan...skarang walau kerah 7 hari seminggu, aku masih cukup tidur , 5 jam. Balik opis pukul 11, layan On the first beat sampai 12. (sempat weh).. habis lewat pukul 1 lebih dah jalan ke alam roh. PMR ari tu lagi dasyat...hmm... macamana ni gaban...belum sampai tahap tak tidur aku dah pancit siang-siang..."ahh.. skang kau lemah iman...tu sebab cepat sesak..." berdesing.



Wednesday, January 6, 2010

apa macam?

Lagi isu penggunaan kalimah Allah

KUALA LUMPUR, 5 Jan - PAS memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyalahgunakan perkataan Allah bertujuan untuk mengelirukan atau menjadikan isu tersebut sebagai politik murahan mendapat sokongan rakyat.


Pendirian PAS itu dibuat Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui satu kenyataan yang dibaca Ketua Penerangan, Idris Ahmad selepas mesyuarat khas Lajnah Politik bersama Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.


Bagaimanapun PAS ujar Abdul Hadi, amat menghormati prinsip kebebasan beragama seperti yang ditekankan oleh Islam kerana manusia tidak boleh dipaksa untuk menerima mana-mana agama melainkan ia merupakanpilihan sendiri.


Prinsip kebebasan beragama juga katanya, telah termaktub dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.


"Walau demikian, dalam konteks masyarakat di Malaysia, suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira atas kepentingan awam bagi memelihara keharmonian pelbagai kaum dan agama," kata kenyataan itu.


PAS turut menjelaskan bahawa berdasarkan kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenarkanuntuk digunakan oleh agama Samawi seperti Kristian dan Yahudi.


Namun, penggunaannya secara salah dan tidak bertanggungjawab harus dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.


Sehubungan itu, PAS dengan tegas menolak sebarang bentuk tindakan agresif dan provokatif jahat yang boleh menggugat keharmonian dan mencetuskan ketegangan masyarakat di negara ini.


"PAS dengan segala rasa penuh tanggungjawab bersedia untuk menjelaskan isu ini kepada semua pihak bagi mewujudkan suasana yang harmoni berdasarkan kepada prinsip keadilan seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan di jamin oleh Islam," katanya lagi.


Turut hadir dalam mesyuarat sebelum itu Presiden PAS,Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden, Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat, Ustazah Nuridah Salleh.


Pendirian tersebut juga dibuat selepas mengambil kira semua faktor termasuk melihat kepada pandangan semua pihak sebelum ini.


Khamis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.


Hakim Datuk Lau Bee Lan dalam keputusannya memberitahu Herald mempunyai hak pada sisi perlembagaan untuk menggunakan perkataan tersebut.


Keputusan ini menimbulkan reaksi negatif daripada pelbagai pihak termasuk 13 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bertindak membuat laporan polis sebagai membantah tindakan majalah milik aktivis Kristian itu.


Antara NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ikatan Rakyat India Muslim Malaysia (IRIM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Belia 4B.


Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri melahirkan kebimbangan penggunaan perkataan Allah disalahgunakan biarpun tidak salah untuk diguna kesemua agama samawi.


Sementara itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.


Hari ini, KDN akan memfailkan permohonan bagi penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu yang dibuat pada 31 Disember.



Salam Perjuangan
hamdy 013 3696712 www. rancanghidup.blogspot. com